Tuesday, November 30, 2010

Ditag: 20 Kelebihan


OK. Cik Cty yg konon2 stalker blog ni telah menekan butang cltr+shift+a dan 'salin & tampal' url blog ni dalam satu entri beliau. Dalam bahasa yg lebih saintifik, aku telah ditag. Agak aneh disitu bila stalker tag tuan punya blog yg di'stalk'. Mungkin ni trend baru dalam alam maya ni. Amanah dari Cik Cty adalah bagi 20 KELEBIHAN DIRI

Pening gak nak cari sampai 20, sebab aku rasa aku normal. Oleh yang demikian, aku cerakinkan (cerakin??) 20 tu jadi 4 bahagian. Bukan semua kelebihan. Terdapat gak kepelikan dan kerosakan. Harap maklum. Lari topik sikit. Sebab aku tengok ko punya pon sama gak. Haha..


1. Tentang aku
*Anak bongsu Ncik Bakri & Puan Saniah
*Anak jati Johor

*Membesar di Felda

*Tak tinggi, tak kurus

*Pelajar tajaan kerajaan yang malas pergi kelas



2.Perjalanan mengutip ilmu

*Tadika Kemas, SKDIS, SMKAT, KMJ 08/09, USM

*Budak lompat (dulu ada ujian PTS)

*Memusuhi subjek ilmu hisab a.k.a matematik

*Memusuhi kelas waktu pagi

*Satu-satunya pelajar perempuan yang ambik subjek Sains Sukan masa SPM 2007 kat SMKAT



3.Kepelikan kelas pertama

*Resting heart rate aku 109 (normal 60-100bpm)

*Suka teramat sangat bau fogging dan bau petrol

*Suka makanan sejuk. Masak megi, letak dalam freezer 3-5minit, baru makan.

*Setiap hari,otak shut down bila pukul 5pm sampai pukul 9pm. Memang tak boleh study time tu.

*Sanggup makan ubat pepejal atau panadol berpapan-papan, daripada minum ubat air (ubat batuk)



4.Info tambahan

*Suka Fynn Jamal

*Peminat barangan Adidas (Miss
rafiAdidas)
*Friends mean lot to me

*Tak mintak dipuji. Pujian itu pembunuh

*Tak suka kata-kata pujangga yang berbunyi 'i follow u. Follow me back k'.


Ok. Amanah terlaksana =)

Sunday, November 28, 2010

Wajah-wajah Emas Sukan Asia Guangzhou 2010


Ok. Sukan Asia 2010 Guangzhou habis sudah. Semalam. Dalam masa 16 hari, 9 kali lagu Negaraku berkumandang. Semua rakyat Malaysia, sila bangga. Kat bawah ni atlit yang dapat naik podium paling tinggi, sambil nyanyi lagu Negaraku. Good job guys~!!


Alex Liew & Andirian Ang: Bowling berpasangan


Alex Liew: Bowling All Event


Azizulhasni Awang: berbasikal trek keirin


Chai Fong Ying: wushu taijiquan


Ku Jien Keat: karate


R.Puvaneswaran: karate


Mohd Azlan Iskandar: Squasy perseorangan lelaki


Dato' Nicol Ann David: Squasy perseorangan wanita


Squasy berpasukan wanita



Berjuta million billion tahniah pada skuad hoki lelaki.

Catat sejarah


Cukup ke 9?? Pada pandangan tersurat, cukup. Sebab berjaya lepas sasaran. Pada pandangan tersirat, masih boleh ditambah. Bak kata Chef De Mission a.k.a Pengarah MSN, Dato' Zolkples Embong

"18 perak yang kita dapat boleh ditukar kepada emas".


Balik Malaysia, celup pingat tu ngan warna emas. Nescaya bertukarlah ia. Ok. Gurau.
Apa2 pon, tahniah pada semua atlet dan pegawai. Tak lupa gak pada pasukan FAMEMAS. Agenda lepas ni, Sukan Olimpik 2012.



Regards,
Rafidah B.

Exercise and Sport Science 2

Majulah Sukan Untuk Negara

Saturday, November 27, 2010

REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN ASHAARI


Ok. Kali ni Ncik Ben Ashaari buat segmen REDAH AKU DAN KAU PUNYA. Sebelum ni beliau buat segmen BIDH, Cerita Kreatif ngan Saya Suka Blog Awak La. Dua2 tak dapat join. So kali ni join. Balas dendam sebab selalu tak dapat bukak blog beliau masa kat kampus. Hee... Ni la masa untuk kita terjah entri dari blogger lain yang best2. Ok. Masa untuk tunaikan amanah.

Amanah pertama. 5 entry dalam blog beliau yang paling disukai. Kebanyakannya yang berbentuk tips untuk blogger. Dan dengan bangganya mempersembahkan entri yg telah dipilih:


1. Tiada Orang Nak Baca Entri Ku Inikah??
2. Apa Yang Terkurang Sebenarnya
3. Suai Kenal Blogger... Berminat?
4. Bagaimana Aku Boleh Post Entri Dengan Cepat?
5. Jangan Pandang Hina Saudara Seagama

Amanah kedua. 5 entri dari blog sendiri yang patut dibaca oleh blogger. So, entri2 ni telah terpilih. Mostly yang naikkan trafik blog ini. Aku rasa best, tak tau la pada orang lain. Hee...

1. Aidiladha di Kelantan: Kami Yang Jakun
2. Teknik Menjawap Peperiksaan [part 2]
3. Cerita Budak Universiti
4. Normal Ke Tak??
5. Kebanggaan Pak Polisi Seluruh Dunia


Ok. Tu saja untuk segmen ni. Ucapan untuk semua, selamat menerjah dan meredah. Sama2 kita meriahkan segment ni

Nak Mintak Maaf

Ok. First off all, nak mintak maap pada semua. Nak amik kesempatan untuk jelaskan beberapa perkara tentang blog dan tuan punya blog ni.

Mula2 pasal shoutbox. Memang tiap2 hari blogwalking, selalunya pagi. Tengok dashboard. Most of entry yg baru, akan dibuka. Kadang2 tak habis baca pon entri tu. Memang niat nak tinggalkan jejak kat semua blog yg dilawati. Tapi ada satu masalah besar kat kampus ni. Untuk pengetahuan, lappy ni connect internet guna wifi USMKK. Free. tapi, USMKK blocked banyak website. So, 'kotak jerit' tu tak boleh nak dibuka. Boleh buka waktu tertentu je. Kadang2 boleh tinggalkan jejak, tapi selalunya tak. Keluar menatang ni..





As mentioned, USMKK blocked banyak website. Paling tak boleh bla bila blog Ncik BA boleh dibuka time ofis hour je. Weekend & malam & cuti umum tak boleh buka. tah sistem apa yg admin wifi ni pakai pon aku tak tau. So,tak boleh nak join banyak segmen yg Ncik BA buat. Latest, saya suka blog awak. Nak join, tapi blog Ncik BA selalu tak boleh buka. keceewa bai...


Masalah paling utama bila online kat kampus ni, line lembab macam siput. nak loading blog yg saiz bawah 100kB pon lambat yg amat. So, susah nak blogwalking. Bila oranglain tinggalkan kesan kat chatbox, tak boleh nak balas semula. Ni gabungan masalah no 1 & no 3.


So, berazam nak manfaatkan cuti sebulan kat rumah ni dengan sebaik mungkin. Sebab 'admin' streamyx kat rumah ni tak block mana2 website.


Segala kesulitan amat dikesali


Thursday, November 25, 2010

Bila Crocs Dibaling-baling

Ok. Pada suatu petang yang suam2 kuku, berkumpul 6 orang pemuda-pemudi harapan bangsa di padang memanah USMKK. Tujuan mereka cuma satu. Ingin mengimbau nostalgia tatkala diri masing2 masih belum mumaiz. Tepat jam 6 petang, upacara flashback bermula. Seorang paparazi handalan sempat merakam beberapa aksi semamsa upacara bersejarah tersebut berlangsung.

Kumpulan ditetapkan......


Strategi disusun.......


Upacara bermula.....








Sekali kami main baling selipar daa.....




sesi praktikal. Arip ajar cara susun



pembahagian ketua kumpulan



Rumah Biru



Rumah Pelangi


*********************

Aksi kejar-mengejar & baling-membaling







ambik kau!!! Crocs naik atas kepala


Hero Rumah Pelangi. Sebab tu diorang menang



Muka frust sebab MENANGgung kekalahan


Keputusan:
R. Biru (0) vs R. Pelangi (2 setengah)

*siap ada setengah.*



notakaki: Aku nak return game ni! Tak puas hati sebab kalah!!!!
notahati: Upacara yang sangat best
notatangan: Sapa paparazi tu??!!!

Rindu Sama Beliau



Dia sorang je yang boleh ceriakan pagi aku yg moody.

Demi Drama Sebabak, aku rela tak dengar lecture masa kat matrik. Masuk kuliah, telinga sumbat earphone. Dalam lecture hall, bantai gelak sorang2. Lantak orang lain nak cakap apa.


Demi Sawancara, sanggup pegi kelas lambat. Masuk kelas senyap2 lalu pintu belakang. Sengih sampai telinga.


Kat kampus tak ada Astro Warna. Youtube plak kena block. Boleh bukak time subuh2 gajah je. Tak tido sebab nak tengok Spontan kat youtube. Sanggup.


Masa Rajalawak 4, aku tak tengok peserta punya persembahan. Tengok part komen-mengomen je. Part tu lagi best kot dari persembahan.


Dia buat lawak. Dia kena kutuk. Dia cool. Dia jatuh. Dia bangun.

Rindu. Serius.

Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri



Din Beramboi


Wednesday, November 24, 2010

Penutup Semester 3

Ok. Malam ni kami (aku, Put, Rab, Nina) ada misi penting. Ni khas untuk2 student Sains Kesihatan USMKK, sebab esok hari last exam. Kasi diorang ceria sikit masa paper last esok.

Kitorang dah bagi2 tugas.

1. Rab, pengarah projek. Peneraju utama..

2. Aku, tukang promosi. Gerak dari bilik ke bilik.

3.Put, pelakon utama

4.Nina, ahli jawatankuasa Kuli (AJK)


Pengarah projek dah tetapkan tema. 'SUPRISE'. Tepat pukul 12mlm ni, agenda jalan. Agak2 kalau lepas ni blog ni sunyi sepi je, jangan tanya kenapa. Mungkin aku tengah berkeliaran cari U mana yang sudi amik aku jadi student diorang.


Yang lain, nak join?? Buat apa??




'BUNYIKAN LOCENG KEBAKARAN'

Blog Pilihan Malaysia 2010



Ok. Tadi jalan2 kat alam maya ni. Jalan punya jalan punya jalan, jumpa satu blog. Nama dia
Blog Pilihan Malaysai 2010 (BPM 2010). Menarik.




BPM 2010


Apakah BPM 2010?? Tempat untuk kita promote, bagi tau orang lain, naikkan trafik, undi dan kasi fe-mes blog yang kita suka. Ada 6 kategori.



Malas nak taip. Printscreen je dari
BPM 2010

Apa tunggu lagi. Time ni la kita nak tolong kasi femes blog yang kita suka. Jom reramai calon & undi. Tapi syarat utama, tak boleh calonkan blog sendiri. Gila apa nak calonkan blog sendiri. Tu mungkin kena buat satu lagi kategori. Kategori blogger batak. Jom mencalon mempromote blog yang anda suka.


Kena cepat eh. Last esok pukul 10 mlm. Aku dah tunaikan tanggungjawap. Korang bila lagi??


Award Dari Mr President

Ok. Ni award kedua yang aku dah dapat. Yang ni spesial sikit. Sebab award ni dari Mr President a.k.a Arter. Blog beliau sangat cun hensem. Sehemsem tuannya. Ok. Aku kasi up trafik ko. Lepas ni ko belanja ABC kat kedai Wak Seman eh.


Cantik la bro....

Jom usha pesanan penaja dari Mr President

Kenapa se7en award?
*amik sempena Profile Deviantart aku
*Sebab aku (Mr President) yang buat. Sebab tu bukan 8,9,10 or infinite
*Menggalakkan aktiviti blogger.. (kalau ada masa la)

Mereka layak kerana:
*Mereka kanak-kanak istimewa yang kreatif
*Penuh dengan kebebasan
*Suka cari erti hidup dalam belukar
*Tak jemu menulis, buat artwork, Luahkan rasa tak puas hati, simpati dan sebagainya

Ok. Tulah serba sedikit pasal award ni. Suka part kanak-kanak istimewa yang kreatif. Tapi aku tak berapa nak jelas pasal suka cari erti hidup dalam belukar. Aku dah terbayang benda lain dah. Dan aku yakin aku tak pernah buat benda2 macam tu. Hahaha. Gurau

Sapa sebenarnya Mr President ni?? Dengan bangganya, aku umumkan yang beliau adalah bekas ketua pengawas kat sekolah aku. Dan aku adalah penolong ketua pengawas, merangkap penolong kepada beliau, merangkap orang yang suka menyusahkan beliau. Haram jadah tak paham apsal aku dapat jawatan tu.


ni lencana sekolah kami.


Ok. Terima kasih, wahai partnerku atas award yang anda berikan. Ko buat aku rindu dengan zaman sekolah

Monday, November 22, 2010

:.AKU DAN MEREKA.: Suci??

Ok. Rasa macam nak tukar nama blog ni. Motip?? Sebab aku rasa ayat :.AKU DAN MEREKA.: ni macam suci sangat. Lagi satu, aku rasa :.AKU DAN MEREKA.: ni macam tak berapa nak kena dengan jiwa aku. Dulu masa zaman kegelapan, aku main pick je nama ni. Tak pikir untuk jangka panjang. Masa mula2 buat blog dulu. Dulu?? Tak la sangat. Tahun ni gak la.

:.AKU DAN MEREKA.: nampak suci?? A'ah, suci!! Pada mata aku la. Tak tau la pada orang lain. Nama blog dengan entri nampak macam tak serasi. Tah celah bedah mana aku kutip teori ni. Tapi teori ni aku buat sebab perkataan mencarut mengarut mengata bersepah-sepah dalam entri, pastu tajuk blog suci. Ha.. Kan ke tak kena tu.

Aku dah pikir tapi belum masak2 lagi. Nak tukar nama blog ni jadi :.BUDAK KAMPUNG.: Motip?? Tak pasti, tapi aku suka. Yang pasti, aku memang budak kampung. Aku suka jadi budak kampung. Baru nampak macam berjiwa kental berhati jitu berperasaan sempoi. Ni teori ke dua yang aku cipta sendiri hari ni.

:.BUDAK KAMPUNG.:

Tapi apa effect kalau kita tukar nama blog?? Komen dan fed-bek dialu-alukan

Sunday, November 21, 2010

Award


Jakun jap~~!!! Sebab ni first award yang aku dapat sejak aku jadi blogger. Teringat masa sekolah dulu. Selalu dapat award bila tak siap homework. Ok. Takde kaitan.



Award ni dapat dari Cik Yana. Beliau dengan baik hatinya mengetag dan menyerahkan award ni pada aku. Masa untuk menunaikan amanah:

1.Berikan satu nickname untuk saya
Saya tak nak beri. Hakhakhak...... Gurau. Ok. U can call me 'PIDA'


2. Ucapan pemberi award.

Terima kasih banyak2 pada
Cik Yana sebab bagi award kat saya. Award yang sangat bererti. Sebab ni yang first time. Serius suka. Heee... *Blushing*

3. Berikan 6 fav artis.. Artis/group yang korang minat

Anuar Zain
Zizan
Adibah Nor
Aflin Shauki
Aznil
O-Town

4.Tag award ini kepada 10 follower/blogger
Dengan bangganya, aku serahkan award ni pada

Zul, hadiah besday ko :)
Arter @ bekas ketua pengawas :)
Miera
kak Sol
Wahyd
Fieza
Farah Liyana
Fashion Lover
Sembil9n
Choki-choki

*masih mood jakun*

Pak Cik Gila Seks

Ok. Semalam kami si anak dara keluar bertiga (aku, Rab, Put) sebab nak ambik Min. Beliau baru balik dari Kedah. Kami pon berborak-borak dalam kereta sambil ketuk kepala sahabat yang disayangi bila nampak vespa & volswagen. Jalan sesak bila dah sampai bandar Kota Bahru.

Tiba satu simpang, jalan tutup. Mulut masing2 dah mencarut sebab semua pemandu2 lain memandu dengan terlalu berhemah, sampai tak bagi chance kereta lain nak jalan. Sampai satu simpang, memang sesak tahap tak boleh jalan. Tiba2 ada pak cik bermuka tak hensem berkulit hitam bergigi jarang cilok depan kereta kitorang.



Apahal pak cik ni tak gerak?? Besar kot jarak kitorang bagi. Tiba2 dreba kereta (Put) yang aku naik menjerit lepas pak cik bermuka tak hensem berkulit hitam bergigi jarang tu bla. Aku tanya apsal, sebab aku duduk belakang.

Rupa-rupanya, pak cik tu berhenti lama sebab dia buat benda paling gampang. Dia boleh tunjuk ANU dia. Dem!! Fakof!! Wadafak!!

Wahai pak cik gila seks, motip kau tayang burung kau?? Ingat kitorang ni sangap sangat?? Nak suruh kami tangkap?? Berharap kami akan jatuh cinta dengan kau?? Nak suruh kami ka-pel ngan kau?? Macam bangang!!!!

Manusia2 macam ni la yang punca 'bapa rogol anak'.

Sori semua, aku emo!!

Saturday, November 20, 2010

Aidiladha Di Kelantan: Kami Yang Jakun

Peringatan: entri ini mungkin OBESE kerana mengandungi gambar2 yang bertimpa-timpa banyaknya

*******************************
Arakian, tersebut kisah beberapa anak muda yang tidak pulang menyambut Aidiladha. Hatta, berkeliaranlah mereka tersebut untuk mencari makan. Hari2 yang penuh nostalgia bermula seawal jam 9 pagi, 17/11/2010. Berkumpullah mereka untuk menuju ke istana2 yang telah dirancang..Align Center


-muka semangat-


-muka lapar-

*******
Namun, hidup ini tak selalunya indah. Perjalanan mereka penuh dengan onak liku. Mereka terpaksa gadaikan keayuan diri yang sedang memakai baju kurung...



-Muka konon2 drop dead cool -



-Ambik kau. Belum isi perut, tayar dah protes-









arif: nasib baik aku tak pakai baju melayu
hassan: nasib baik aku tak pakai baju kurung





-Hassan: Aku nampak awek hot kat sana-

*****

Setelah berpeluh berminyak bergelak bersungut, perjalanan diteruskan ke istana pertama, istana milik Kak Jo...



-Kak Jo-





-bila perempuan berkumpul...-


-update gosip-


-anak Johor yang jakun jumpa kuih raya di hari raya Aidiladha-




*******
Kerjaya sebagai model DSLR terus dilaksana di istana kedua milik Abang Azam....


-Abang Azam-


-muka2 tak dapat balik raya-


-Ini jejaka. Mereka juga bergosip-


******
Perut yang kenyang terus diusung ke istana ketiga milik Saudari Malihah...




-Ceyt.. Konon tak nak makan. Tapi senyap2 mintak nasi-


-no caption available-


*******
Kesemua anak muda ini masih belum kenal erti penat. Kedai Lalat dicari, istana Abang Din menanti...

-Kedai Lalat??-




-Konvoi kancil-




-Pemilik istana, Abe Din-


*******
Malam yang gelap tak dihirau. Perut perlu terus diisi. Istana Kak Zi diserbu....

-ni pon Abe Din gak-



-puan punya istana, Kak Zi-






-ni paling kenyang. Semua pakat tambah-


-bincang masalah rumah tangga-


********
Malam masih muda. Si anak dara teruskan kehidupan dengan mencari hiburan di Pengkalan Chepa. Melepakkan diri di tepi airport...


-lebih gaya kau nok!!!-




*****************************
Hari kedua menjelma. Misi memenuhkan perut dihidupkan pada jam 12 tengah hari. Istana 'Coach Volleyball' (aku tak tau nama dia) diterjah. Ni istana paling digemari. Kami berulang alik ke meja buffet dengan yakin....


-empat anak dara dengan bapak mertua-




********
Perjalanan di teruskan. Semangat nak makan cheese cake. Istana Saudara Izz.....

-tuan istana buat kek, kami buat macam istana sendiri-




-sodap nak mampuih!!!-




*****
Istana 'Kawan Arif' (pon aku tak tau nama) kami kunjungi. Eksaited tak terhingga tatkala kaki melangkah masuk. Beliau ada anak sedara yang hensem...


-awak, anak sedara awak hot =.=!!-








********
Istana terakhir. Istana Kak Ida, big boss kedai makan D'village. Pergi dengan penuh semangat, dengan harapan dapat diskaun lepas ni...




-ni feveret-


-imej perosak gambar-


-Kamen Rider-






**************************************
Anak-anak yang tak putus asa menjelajah Kelantan..


-hikayat tamat-