Sunday, November 14, 2010

Politik Itu Kotor!!!!


Cukup muak dangan sandiwara politik sekeliling. Aku bukanlah pemerhati dan pengikut setia perkembangan politik dan negara. Alasan aku cukup tipikal, kesibukan sebagai pelajar. Isu politik negara terpaksa dijadikan bahan sampingan, bukan bahan utama resepi kehidupan. Tapi tak bermakna yang aku tak tau langsung isu semasa. Dan aku tidaklah seteruk rakyat lain yang tak tahu langsung tentang tunjang utama pemerintahan negara. Gagasan 1 Malaysia. Kes Aminurrasyid. Isu royalti minyak rakyat Kelantan. Aku tahu tentang itu. Aku masih ada jiwa patriotik yang mahu melihat satu hari nanti, nama Malaysia terpalit dalam sejarah sebagai negara gemilang. Aku mahu lihat itu. Semua rakyat mahu lihat itu.



Di awal mukadimah aku catatkan, aku bukan pemerhati setia politik negara. Tapi lewat masa ini, aku tertarik dengan politik ‘tepi kain’ aku. Dan pada waktu aku menulis ini, aku rasa diri aku dijerat dengan permasalahan politik ‘tepi kain’ ini. Aku bukanlah sapa-sapa di bumi gedung ilmu tempat aku berdiri. Tapi ada suara-suara sumbang memekik yang buat aku rasa, aku juga ada hak untuk berpendapat. Mungkin aku bacul. Penakut. Tak berani tampil bersuara berdepan muka dengan pemilik suara sumbang. Tapi aku kira suara sumbang itu juga bacul. Penakut. Kerana hanya mampu membising sana sini, tanpa dikorek permasalahan pihak yang dihentam.


Mereka angkuh mencanang hiruk-pikuk pasukan itu dan kumpulan ini. Riak bersuara di depan ramainya manusia yang mana kau kira berpihak pada engkau tentang isu goyang kaki si polan dan si polan.

Aku berikan beban bukti kepada suara tersebut. Aku nyatakan di sini. Kau berpengaruh besar. Kau ada kuasa besar. Pengikut yang setia membuntuti kau ramai. Tapi mampu atau tidak, kau mencorak kejayaan tanpa bantuan yang pada mata engkau kuasa mereka sehalus kuman.

Taktik yang kau gunakan adalah taktik paling busuk aku kira.


***OTAK KAU DAH TERBALIK YE, WAHAI RAFIDAH BAKRI
***AKU RASA AKU DAH BIOL~~!!!

2 comments:

  1. hurmm x tau hala tuju politik kita skrg.. dah jadi cacamarba dah.. huhu.. asal tukar tonggak jer msti ada fahaman dan pendekatan yg nk d bawa.. Hurmm, sy pulak x stuju nk buat bangunan tertinggi tu yg mncecah perbelanjaan RM5 billion, bagus duit sbyk tu dia bg kpd mahasiswa n mahasiswi sbagai biasiswa.. ada lg hasilnya tuk melahirkan modal insan yg berjaya seiring memajukan bangsa dan ngara.. betul tak??? huhuhu

    ReplyDelete
  2. sangat2 setuju!!!!! tak puas ati apsal biasiswa JPA lain2. Kalau Universiti kat bandar, jumlah dia lebih sikit dr U yg dekat luar bandar. mana adil!!!

    ReplyDelete