Showing posts with label entri basi. Show all posts
Showing posts with label entri basi. Show all posts

Wednesday, June 6, 2012

Rindu-rinduan

Aku selalu baca status kat facebook, bunyi dia lebih kurang macam ni 


"Kalau saya mati, ada tak orang akan rindu saya?"

Kalau masa hayat kau, kau jenis baik hati mesti ramai yang rindu. Mesti.

Tapi kalau masa hayat kau, kau jenis yang perangai tak terhingga jahatnya.... Erk.. No komen. Pikir la sendiri

Tapi sejahat mana kita, mesti ada yang rindu bila kita dah tak ada. Paling tak pon mak ayah. Mak ayah mana tak sayang anak. Tak pon, crush kau mesti rindu kau. Orang jahat pon pandai ada perasaan juga. Alangkan Mail Lambung yang gangster semua Keyyel kenal tu pon tahu jatuh cinta pada Siew Ling, inikan pulak orang biasa.  Nice guys finish last, fellas!

Cuma yang penting, amalan masa hidup. Kalau ada orang rindu, kira bonus tak terhingga la tu. 

Sunday, May 1, 2011

24:7 vs GULA-GULA

24:7 (credit: Google)

 
GULA-GULA (credit:google)

Apa benda ni?? 
Datang dari mana??
Lempang nak??

Tuesday, April 26, 2011

Panggilan Misteri

Ok. Sepanjang study week dan exam week ni, aku selalu join kawan-kawan lepak kat Pusat Mahasiswa (PUMA). Konon-konon study kat sana. Tapi selalunya diakhiri dengan sesi bukak cerita hantu. Tak kira melalui teknik verbal (cerita pakai mulut) atau visual (tengok kat laptop).

Jumaat lepas, aku tak join. Pukul 12, roomate masuk bilik. Dia kata, dia tidur kat bilik kawan dia. Mulut laju je balas ok, tapi hati dah mula berdegup kencang. Mesej sahabat handai, mereka semua masih kat PUMA. Tidur sorang la jawapnya malam ni....

Silent handhone. Dengar mp3 sambil tido. Pukul 4,handphone vibrate. Ada orang call. Nombor yang tak kenal. Kacau betol. Aku misscall semula. Empunya nombor tu call semula. Aku angkat dalam keadaan mamai gila + tak ikhlas.

'Korang kat mana?'
Aku balas 'erm... nak cakap ngan sapa'
'korang tengah buat apa?'
Aku balas 'erm.. aa... tak buat apa-apa. Nak cakap ngan sapa?'
'korang tak buat apa-apa eh? Tolong urutkan pakcik. Pakcik semput bla.. bla... bla...'
Aku terus letak. Sangat demm.. Apahal ada orang nak bergurau dengan aku time-time macam ni

Kawan-kawan lain semua masih kat PUMA. Kalau ikotkan hati, time tu gak aku lari sambil pakai baju tido + boxer gambar monyet ke PUMA. Tapi selepas berfikir sambil menggigil, aku sambung tido semula. Tapi sumpah tak nyenyak.


*********


Esoknya, cerita konon-konon seram ni disampaikan ke telinga Put, Nina & Rab.
Put balas 'nasib baik dia suruh urutkan. Kalau dia suruh bukakkan ikatan kat kepala, tak ke haru'
Mulut kau memang choii, Put =.=!


************


Sampai ke hari ni, aku tak tau sapa pakcik yang call tu. Selepas dibincangkan beberapa kali, aku anggap je pakcik tu salah nombor. Maybe dia nak call mak bidan, tercall aku. Assumption yang logik, aku rasa.

Saturday, December 25, 2010

Masa Untuk Belajar Dah Datang

Ok. Dalam masa tak sampai 10 jam, akan meninggalkan bumi johor. Akan pulang ke Kelantan. Sebulan cuti. Keluar dari kepompong kelas, kuiz, assignment, exam bagai. Sekarang, masa untuk mengadap semua-semua tu dah datang semula. Dan yang pasti, akan merindui

1. Line internet kat rumah
Memang berjuta-juta kali lagi laju dari line wifi kat kampus. Macam-macam yang tak kena. facebook boleh buka lepas waktu pejabat je. Youtube jarang-jarang boleh buka. Ini semua untuk kebaikan. Hampeh =.=!! Entri ni menceritakan keadaan wifi kat kampusku.

2. Besties

Mereka buat reunion 29 Disember ni. Tak dapat join =.=!


3. Tv
channel 551, 701 & 702. Aku rasa nak beli satu remote astro. Senang nak tengok tv kat kampus nanti. Tak yah berebut


4. My Soulmate



notakaki: lepas ni dah tak boleh update entri selalu sangat. Maklum la, line wifi cam siput =.=!

Saturday, December 11, 2010

Blog Pilihan Baru

Kumpulan/Pilihan 7 nombor 250
Aku tengah promote blog ni



Wednesday, December 8, 2010

Kisah Teladan: Hikayat Sang Gajah

Pesanan penaja: cerita di bawah diolah secara besar-besaran dari idea asal.

********************

Arakian, api semakin marak. Si gajah jantan mula berasa seram sejuk tatkala melihat si gajah betina hampir terjatuh ke lautan api. Hatta, si gajah jantan berlari sepantas Usain Bolt ke arah si gajah betina. Sang anak mula meroyan tak tentu pasal tatkala melihat adegan klimaks antara ibu dan bapa mereka itu. Berkat kesabaran si burung biru kenit, mereka selamat....

Perjalanan yang penuh onak duri diteruskan. Sementelah, sampailah mereka itu ke satu kampung yang mana muka rakyat-rakyatnya semacam samseng jalanan. Si gajah jantan mula berkerut dahi, kerana memikirkan bala yang bakal menimpa mereka.

'abang sayang, dinda takut' ngadu si gajah betina.

'sabar sayang abang, kanda ada' jawap si gajah jantan.

'aduhai... mengapa ibu dan bapaku beraksi romantis pada ketika ini. Tak nampakkah mereka kepada gerombolan manusia yang bermuka bengis tak hingat di depan kita ini' ngomel sang anak.

Sedang si gajah jantan berfikir akan tindakan yang harus diambil, tiba-tiba....




IKLAN SABUN BIOZIP

Terima kasih Astro. Korang memang pandai cari timing nak selit iklan. Kot ye pon, bagi la lepas part best ni dulu. Hampeh

*************



Fuhh... Memang best cerita Jumbo Gajah Biru. Layankan anak sedara punya pasal. Last2 diorang tido, aku yang eksaited tengok cerita gajah comel ni sampai habis. Memang berjuta-juta kali lagi best dari tengok sinetron Indon yang selalu ada adegan konon-konon cemas. Lepas tu nak pause-pause part tu sambil buat muzik background dum-dam-dum-dam bajet nak buat orang takut. Cirit betol..



notagajah: Apsal aku tak pernah tau kewujudan cerita ni sebelum ni??

Sunday, November 14, 2010

Politik Itu Kotor!!!!


Cukup muak dangan sandiwara politik sekeliling. Aku bukanlah pemerhati dan pengikut setia perkembangan politik dan negara. Alasan aku cukup tipikal, kesibukan sebagai pelajar. Isu politik negara terpaksa dijadikan bahan sampingan, bukan bahan utama resepi kehidupan. Tapi tak bermakna yang aku tak tau langsung isu semasa. Dan aku tidaklah seteruk rakyat lain yang tak tahu langsung tentang tunjang utama pemerintahan negara. Gagasan 1 Malaysia. Kes Aminurrasyid. Isu royalti minyak rakyat Kelantan. Aku tahu tentang itu. Aku masih ada jiwa patriotik yang mahu melihat satu hari nanti, nama Malaysia terpalit dalam sejarah sebagai negara gemilang. Aku mahu lihat itu. Semua rakyat mahu lihat itu.



Di awal mukadimah aku catatkan, aku bukan pemerhati setia politik negara. Tapi lewat masa ini, aku tertarik dengan politik ‘tepi kain’ aku. Dan pada waktu aku menulis ini, aku rasa diri aku dijerat dengan permasalahan politik ‘tepi kain’ ini. Aku bukanlah sapa-sapa di bumi gedung ilmu tempat aku berdiri. Tapi ada suara-suara sumbang memekik yang buat aku rasa, aku juga ada hak untuk berpendapat. Mungkin aku bacul. Penakut. Tak berani tampil bersuara berdepan muka dengan pemilik suara sumbang. Tapi aku kira suara sumbang itu juga bacul. Penakut. Kerana hanya mampu membising sana sini, tanpa dikorek permasalahan pihak yang dihentam.


Mereka angkuh mencanang hiruk-pikuk pasukan itu dan kumpulan ini. Riak bersuara di depan ramainya manusia yang mana kau kira berpihak pada engkau tentang isu goyang kaki si polan dan si polan.

Aku berikan beban bukti kepada suara tersebut. Aku nyatakan di sini. Kau berpengaruh besar. Kau ada kuasa besar. Pengikut yang setia membuntuti kau ramai. Tapi mampu atau tidak, kau mencorak kejayaan tanpa bantuan yang pada mata engkau kuasa mereka sehalus kuman.

Taktik yang kau gunakan adalah taktik paling busuk aku kira.


***OTAK KAU DAH TERBALIK YE, WAHAI RAFIDAH BAKRI
***AKU RASA AKU DAH BIOL~~!!!

Thursday, September 9, 2010

Salam Lebaran

Ramadhan
Hadirmu dinanti
Pergimu ditangisi
12 purnama ketemu lagi

Syawal...
Syukur ku pada-Mu
Panjang usiaku
Alhamdulillah..
Masih mampu bersama
Di bulan penuh makna

Salam Lebaran dari Rafidah Bakri, Kota Tinggi, Johor...

Saturday, August 28, 2010

1 2 3 4


Ok. Mahu shopping raya. Mahu beli baju raya. Mahu beli ole2 untuk family. Mahu bersuka ria dengan sahabat handai. Mahu semuanya.

MANUSIA TAK PERNAH RASA PUAS

Mahu balik Johor. Mahu tonton wayang. Mahu buka sama family. Mahu bersenda dengan anak2 kecil di rumah. Mahu bersantai dengan teman2 lama. Mahu segalanya.

MANUSIA MEMANG TAMAK


*aKu
mAhu
iTu
semuA*

Tuesday, June 15, 2010

...



Lebih baik seri dari kalah.Lebih baik 1 mata dari tak dapat mata

Tuesday, June 8, 2010

Hari Ini

  • Masak laksa johor bersama2 bonda tercinta. My favourite. Dalam masa 3 jam, aku dah makan 2 trip. Ini ialah kesan penyakit buruk lantak. Pukul 1 makan ngan abg & kak ngah. Bertambah 3 kali. Pukul 3 makan ngan bonda. Kali ini tak bertambah. Sebab aku ambik banyak terus. Sama je kot dengan bertambah 3 kali
  • Result exam keluar. As usual, result aku sekadar di pinggiran. Naik 0.29 dr sem lepas. Masih tak capai target. Tapi nasib baik JPA aku selamat. Kalau tak, makan pasir la sem depan.
  • Dah buat Yee Yan sedih. Sorry Yan... My bad. Nanti I belanja you ice-cream. Good luck for your SUKMA.

Sunday, May 30, 2010

mengkagumi beliau

As usual, baca blog-blog org lain sblm off9. bed time story kot. telah membaca sebuah blog. milik seorang insan yang cantik pd pandang pertama aku. first, tajuk blog beliau. skema. but dont judge a book by its cover. baca entry beliau. wow.... so cool. ayat yg menangkap, isi yg mengengat & kepuasan yg terserlah. excited aku baca blog beliau. terasa macam baca majalah Hype!. dan terbaca... actually sengaja baca!! satu entry yg sgt membantu aku as beginner blogger. lepas baca entry tu, aku rasa bertambah tambah tambah excited utk mengupdate blog dgn berkesan & menjana jati diri. tak lupa kepada memjana duit. motip perkataan duit dibold n besar??!! aku sendiri x pasti. mungkin jwpnnye ada dlm buku sejarah form 4. nite!!!!

entry yg skema berserta ayat yg poyo ini ditulis dalam keadaan excited.....

Tuesday, May 25, 2010

malam yg bukan siang

ari nie gaji felda
so mak chek saniah a.k.a mak aku
berbesa ati ajak aku
temankan die g shoping
beli brg dapo je kot
aku pilih lg banyak dr mak aku
tempe, mi kuning, jajan bla bla bla
sape soh ajak aku
LOL!!!!

balik kedai
ajak haikal
my nephew g umah jiranku
nk anta kad jemputan
konon2 nk mensuka citakn die
sbb kne tinggal ngan mama die
tp sebenanye
jln yg bakal aku tempuhi tu gelap
aku bermood penakut mlm nie
bile nk balik
terpikir idea dajal
aku lari tinggalkn haikal
dan.....
die termenangis
aku ngan rase gelabah
peluk die sambil gelak guling
die kesat air mata,
control macho,
gelak geram
dan.....
lari tinggalkan aku
tp jgn risau
aku x nangis cam haikal
sori haikal
mak usu mendajalkn ko mlm nie

Wednesday, May 12, 2010

--YOU--

HEY YOU!!!
kamu selalu pikir kamu bagus
but actually you are the worst among the rest
kamu selalu anggap apa yg kamu buat sumenye btol
but actually you are tatolly wrong
kamu selalu rasa kamu baek
but actually you are too annoying
kamu selalu fikir kamu gagah utk maju ke depan
but actually you are weak even to take a step
kamu selalu belagak kamu hot
but actually you jest like a *ITC*!!

HEY KAMU!!!
look around
mind your languages
think others
no need to show off
then you are not that B***H!!

HEY YOU & KAMU!!
i'm not pointing to you
aku sekadar berfikir
yg kita tak sempurna
berpegang pd prinsip
jika kita x mampu jd juara
cukuplah sekadar menjadi yg pertama

"life is not always easy,buat sampai cemerlang (Rafidah Et Al,2010)"

Sunday, May 9, 2010

--no title--

Berikut adalah senarai perkakas
yg perlu dimiliki dlm masa 1 tahun
ingat, 1 TAHUN!!!!!
  1. PSP
  2. Nokia 5800 @ sony W995
  3. Gitar
“kenapa nk sume tu???
baek beli makanan”


Nk lengkapkan koleksi high-tech
tahun lepas beli Dell Inspiron 14’ purple
tahun ny dh beli external hard disk 320G & mp3 2G



bukan sekadar hiasan

pesanan pemilik biasiswa: sila jgn boros!!!