Tuesday, July 26, 2011

Jom Lepak Di Youtube


Ok. Aku dah makin lupa kewujudan blog ni. Sebab aku dah ketagih dengan dunia alam maya yang lain. Nama beliau Youtube. Dan kat rumah, setiap hari aku akan bukak channel-channel ni...
Sapa-sapa yang sering dilanda kemurungan, subscribe la channel Ryan Higa ni. Beliau hot. Even hotter than sun. Teehee..!!!


 Kevin, bapak kau sangat cool. 


 Daniel, Alejandro, and Fabian. Cover yang diorang buat semua mantop. Lagi best daripada penyanyi asal


 Bak kata Boboiboy, terbaikkk...!!!


 
Tu dia... Anwar Hadi


Suara sedap kebaboom, cover superb + tutorial gitar yang senang nak faham. Pakej lengkap kat channel ni. 


Fynn Jamal, salah seorang sumber inspirasi aku. Terima kasih dah sebab bikinkan saya Ranap dan cd Projek Kesian.




Sekarang, makin ramai rakyat Malaysia yang nak jadi youtube celebrity. Ucapan aku, selamat maju jaya. Jadilah youtube celebrity yang berguna..

Friday, July 22, 2011

Random Question


Aku tengah cuba jawab soalan yang aku reka sendiri, tentang dunia hiburan/hartis. Soalan yang random, plus tak mencabar minda langsung. Soalan ni aku cuba sedaya upaya jawap dalam masa 5 saat. Bunyi macam aktiviti ni sangat membuang masa. Tapi aku rasa macam best plak cabar diri sendiri macam ni

1. Pelakon Lelaki Pilihan
ZULHUZAIMY
2. Pelakon Wanita Pilihan
NOORKHIRIAH

3. Penyanyi Lelaki Pilihan
ANUAR ZAIN

4. Penyanyi Wanita Pilihan
WANI ARDY

5. Pelawak Pilihan
MIOR AHMAD FUAD B. MIOR BADRI (Din Beramboi)

6. Youtuber Pilihan
NIGAHIGA

7. Rancangan TV Pilihan
THE BIGGEST LOSER

8. Channel TV Pilihan
AFC 

9. Channel Radio Pilihan
ERA.FM

10. Channel Youtube Pilihan
NIGAHIGA again. Teehee!!


Dan bila aku buat tetiap hari, ada soalan yang jawapannya akan berubah. Nahh... Aku tak tetap pendirian. Taste aku macam sux ke tak, tu lain cerita. Esok mungkin aku boleh beralih ke tema yang lebih mencabar, dunia kira-kira. Pengkamiran, statistik, perbezaan, congak, zzZzzZZ =.=!

Tuesday, July 12, 2011

Anwar Hadi Yang WWWOW


1. Blogger of The Year
2. Video of The Year
3. Must Follow Personality 
 

Tahniah. Dapat 3 award dalam Digi WWWOW Awards. Anda memang hebat. Eh... Salah. HebatnyeewWww...!!

Tuesday, July 5, 2011

Ohh... Itu Sangat Memalukan

1.Berjalan dengan penuh malas pergi makmal sains sukan untuk jadi subject research kepada senior sendiri. Banyak mata yang memandang sinis. Mungkin sebab muka aku yang sangap nak tido. Perjalanan dari hostel ke makmal sains sukan makan masa 15 minit. Lepas 10 minit berjalan, handset bergetar. Tanda ada SMS masuk. Raba poket tractbottom belah belakang. Oh damn..!!!! Macam mana aku boleh tak sedar poket tu terkeluar.

2.Bangun lambat bukan masalah besar waktu hujung minggu. Bangun je, terus cari air panas kat water dispenser. Sampai depan pintu bilik, terus masuk. Terkejut, sejak bila aku ada roomate Chinese? Double terkejut, kenapa cadar aku warna lain. Oh dang..!!! Aku dah salah masuk bilik. 


3.Main conteng-conteng buku adalah ubat mujarab untuk hilangkan mengantuk masa tengah kuliah. Hari tersebut, kawan aku mintak kertas nak bikin conteng-conteng. Aku hulur buku. Beliau ambik. Lepas 2 minit, beliau tanya sambil gelak konfius 'ni buku apa?'. Oh sax...!!! Beliau dah selamat baca diari aku.   
 
4.Keluar makan tengah malam antara rutin harian aku sebagai student. Nasi lemak biasa atau nasi lemak spesial (ada ayam) selalunya jadi pilihan. Hari tersebut, dalam hati nak special tapi duit kata biasa. Lepas fikir, mulut dengan lincahnya cakap pada pelayan 'nak nasi lemak biasa'. Diam 6 saat. 'ayam tak nak dada eh'. Pelayan + kawan-kawan buat muka terkejut beruk sebelum ketawa macam nak gila. Oh sengal..!!! Nasi lemak biasa mana ada ayam. 

Friday, July 1, 2011

Noh Hujan & Mizz Nina Nikah

Selamat bernikah, artis lelaki yang jadi pujaan hatiku

 
Noh Hujan 
Anda sudah tidak bujang. 

 
Mizz Nina

ni gambar tunang


Yang ni special. Fresh dari ladang. Credit pada kawan aku yang jugak kipassusahmati Hujan. Special credit to tweeter agcoco/hujanband


 

Tahniah... Semoga kekal ke akhir hayat.
Ok. Ni bukan blog hiburan. Ni blog personal. Cuma lately selalu update pasal hiburan. Mungkin pengaruh tv yang semakin menggila waktu-waktu cuti sem ni. Hurmm.....