Sunday, October 31, 2010

1 Penyokong, 1 Bendera


Ok. Sedang berpijak di bumi...



Malam tadi..



Tahniah & sila tabik hormat pada...



Rakyat2 Kelantan tengah teruja sebab akhirnya diorang dapat gak..









*POK KITO JANGE BERA*
Aku anak jati JOHOR
,
yang masih ada jiwa JohorFC

Saturday, October 30, 2010

Cha Cha Slide

Ok. Masa healthex hari tu, awek2 Sport Science 2 ada buat Cha Cha Slide (jom tonton, tapi tak clear sangat. Video penuh takde. Yang kat bawah lagu je). Sambutan agak mengghairahkan menggalakkan. Instead of poco2, cha cha slide lagi best + mantop. Nah.. Amik lirik. Senang kalau nak kat joget dalam bilik. Boleh kurus bhai..

video
Cha Cha Slide

*intro
This is somethin new
The Casper slide part 2
Featuring everybody up there
And this time..
We're gonna get
Funky..Funky..
Everybody clap your hand
Clap.. Clap.. Clap.. Clap.. your hand (2X)

Orait now
We gonna do the basic step
To the left
Take it back now y'all
One hop this time
Right foot let's stomp
Left foot let's stomp
Cha cha real smooth
Turn it out
To the left
Take it back now y'all
One hop this time
Right foot let's stomp
Left foot let's stomp
Cha cha now y'all

Now it's time to get funky
To the rigt now
To the left
Take it back now y'all
One hop this time (2x)
Right foot two stomps
Left foot two stomps
Slide to the left
Slide to the right
Crisscross...Crisscross..
Cha cha real smooth

Let's go to work
To the left
Take it back now y'all
Two hops this time (2x)
Right foot two stomps
Left foot two stomps
Hands on your knee (2x)
Get funky with it
C'mon, Cha cha now y'all

Turn it out
To the left
Take it back now y'all
Five hops this time
Right foot let's stomp
Left foot let's stomp
Right foot again
Left foot again
Right foot let's stomp
Left foot let's stomp

Freeze!!
Everybody clap your hands....
C'mon y'all
Check it out y'all
How low can you go
Can you go down low
All the way to the floor
How low can you go
Can you bring i to the top
Like you never never stop
Can you bring it to the top

One hop!
Right foot now
Left foot now y'all
Cha cha real smooth
Turn it out
To the left
Take it back now y'all
One hop this time (2x)
Reverse.. Reverse..
Slide to the left
Slide to the right
Reverse.. Reverse..

Cha cha now y'all
Cha cha again
Cha cha now y'all
Cha cha again

Turn it out
To the left
Take it back now y'all
Two hops two hops (2x)
Right foot let's stomp
Left foot let's stomp
Charlie brown
Slide to the right
Slide to the left
Take it back now y'all
Cha cha now y'all

*SELAMAT BERGOYANG*

Thursday, October 28, 2010

Cerita Budak Universiti


Bila masuk je sem baru, suma pakat insaf sebab pointer sem lepas jatuh tergolek.
Bila masuk je sem baru, suma sibuk pasang azam nak belajar sungguh2.

Bila masuk je sem baru, suma barang nak tukar baru. Maklumla, duit dah masuk.


Bila dah start belajar utk sem baru, mula la datang perangai lama.
Bila dah start sem baru, mula nak tuang kelas.
Bila dah start sem baru, mula la nak ngorat junior2 yg sedap mata memandang.



Bila dah tengah2 sem, mula gelabah nak study utk mid-term exam.
Bila dah tengah2 sem, start usung awek/boi-pren baru gi sana sini.
Bila dah tengah2 sem, semua excited sebab nak balik rumah. Cuti itu heaven.


Bila dah naik cuti mid-sem, sibuk ngadu homesick.

Bila dah naik cuti mid-sem, terus cari kalendar. Nak tengok bila lagi cuti.
Bila dah naik cuti mid-sem, mula la dah tak nampak batang hidung kat kelas.


Bila jadual final exam keluar, mula la merungut. Cakap jadual pack.

Bila jadual final exam keluar, mula la nak sakit jantung & barah payudara bagai. Punca, exam 3 hari straight.

Bila jadual final exam keluar, mula la bodek lecturer.



Bila study week start, baru terkedek-kedek nak cari nota.
Bila study week start, semua membuta sampai tengah hari. Mentang2 takde kelas.
Bila dah start study week, mula la makan megi hari2 sebab duit PTPTN & elaun dah kering.



Bila exam tinggal lagi dua hari, semua pakat stress.

Bila exam tinggal lagi dua hari, semua dok serbu pustakaan.

Bila exam lagi dua hari, mula la tak keluar bilik. Acah2 study konon.



Bila esok dah start final exam, baru sedar diri nak stay up
.
Bila esok dah start final exam, semua gi surau nak semayang hajat. Mintak petunjuk dari Tuhan.

Bila esok dah start final exam, baru la nak print slip exam



Bila dah sampai dewan periksa, mula la semua pegang nota sambil gigil badan. Study last minit.

Bila dah sampai dewan periksa, baru tersedar yang lupa bawak exam slip. Ciss...!!!

Bila dah sampai dewan periksa, semua doa dia baca. Mulut dok terkumat-kamit. Tah Apa yang dibaca.



Bila exam dah abis, semua plan nak bercuti dengan coursemate.
Bila exam dah abis, semua nota masuk kotak. Tunggu masa nak recycle.
Bila exam dah abis, semua ilmu hilang. Study utk exam.


Bila masuk je sem baru, suma pakat insaf sebab pointer sem lepas jatuh tergolek.

*situasi yang sama berulang sampai la hari terakhir pijak kaki kat U*



*Sekadar entry kosong. Tak mengata sapa2...
**Jangan malu nak ngaku2, yang benda ni pon terjadi kat korang
. Hee..

Tuesday, October 26, 2010

Alam Maya: Antara Realiti dan Fantasi

Ok. Untuk pengetahuan makhluk2 di alam semesta sekalian, USMKK dah block fb masa waktu pejabat. Sekarang ni kitorang cuma boleh online masa lunch hour dengan lepas waktu pejabat je. Menyirap gak bila dapat emel notification "Anuar Zain comment on your photo", "Pak Leman comment your status" atau "Drogba Write on your wall". Tapi bila nak check, tak bleh. So, kena la tunggu pukul 1 atau lepas pukul 5. Penah sekali aku sanggup tak makan lunch semata2 nak bukak fb. Sebab kalau bukak fb lepas pukul 5, alamatnya laptop Dell Inspiron 14' purple ni dapat sumpah seranah. Line wireless kat sini memang terkenal dengan kelajuan tahap siput vavi. Bukak fb pukul 5, nak tunggu loading sampai pukul 7 tak abis. So, aku pon ta-cing nak online fb.

Bila dah tak boleh fb, blog je la tempat bergantung harap. Pernah gak terfikir nak layan friendster semula. Tapi tak menjadi lagi idea klasik tu. Hari2 dok singgah blok orang lain. Bernafas Dalam Ego, FynnJamal, Susudalambotol, Bukan Blog Bapak Kau. Blog wajib tengok tiap2 hari. Takde entry baru pon aku tetap singgah lebih dari 2 minit. Suka baca cara penulisan diorang.

Tapi hari ni aku usha lagi banyak blog. Sebab tiba2 aku terbaca pasal Fida Aishah. SUmpah tak kenal. Lalu kat blog dia pon tak pernah, ape tah lagi nak singgah. Suma dok pakat cerita pasal dia. Fake la, tipu la, menyamar la. Tiba2, aku rasa kerdil gila. Motip?? Sebab dan memang badan aku keick. LOL. Takde la... Sebab banyak info pasal dunia blogging ni yang aku tak tau. Maklum la, aku masih tahap biji benih belum bercambah lagi dalam dunia be-lo-ging ni.

Dari blog Fida Aishah, wujud plak nama2 blogger fe-mes yang lain. Back to Fida Aishah. Semua blog yang aku baca cakap dia ni penipu. Letak gamba fake, tapi mengaku dia. Hahaha... Sangat comel tindakan beliau. Lagi satu, cerita pasal video dia nyanyi2. Kot. Aku pon tak pasti. Point sekarang ni, tipah tertipu

Senang je nak conclude kes ni. Dah nama pon alam maya. MAYA. Orang tak nampak. Blog, social network, semua benda ni halus je kalau nak tipu. Ni cerita pasal fb. Kalau dah tak kenal orang yg request, buat apa la di'approve. Ada tu plak siap tangkap cintan dengan orang yg kita tak kenal tu. Tau2, dah berpunya. Tak pon muka tahap tak boleh bla. Ambik kau.. Ubat. Nak sangat cari penyakit.

Lagi satu, tak perlu kot nak tipu2 letak gamba orang lain. Kesian kat tuan punya badan yang gamba dia kena curi. Lepas ni jangan terkejut kalau tiba2 ada ramai Anuar Zain kat fb. Jangan nak sakit jantung bagai kalau tiba2 ada 3 Lisa Surihani add kita. Dan jangan terkejut kalau profile pic fb ngan blog ni bertukar jadi.....


Tak mau. nak tuka jadi....


Cun sangat. Tak mau gak. tak pon jadi...


Okeh.. Smart.

Haa.... Aku google. Ni la Rafidah yang keluar. Tapi bersyukur la dengan apa yang ada. Tuhan dah jadikan kita dengan muka elok2. Bersyukur dengan apa yang ada.

Aku rasa maca takut plak dengan alam maya ni. Terlalu banyak rahsia yang kita tak tau.... Quit blogging n deactivate fb??!! Belum sampai seru lagi nak buat macam tu.

Sunday, October 24, 2010

Hari yang berMAKNA

Ok. Semalam adalah hari yang berMAKNA. Bukan sebab Anuar Zain lamar aku. Bukan gak sebab aku dapat anugerah dekan. Tapi sila doakan yang dua benda ni akan jadi kenyataan. Amin.. Se-te-ret to the point. Semalam memang sangat berMAKNA.

Hari yang berMAKNA dimulakan dengan bangun pukul 5.30. Gila!! Selalu kelas pukul 8 pon aku bangun pukul 7.30. Tapi semalam terpaksa bangun awal sebab nak menjayakan hari yang berMAKNA. Sempat lagi bantai tido sementara tunggu Bibi dengan Tipah (manusia yg sentiasa aku dampingi sepanjang hari yang berMAKNA)


-Bibi & Tipah-

Hari yang berMAKNA berjalan lancar. Tugas aku habis dalam pukul 8.30. Tak tau nak buat apa sebab hari yang berMAKNA tak habis lagi. Orang lain dah lari sebab aku dah janji 30 orang yg sampai dulu kat garisan penamat dapat kawin ngan aku. Ok. Penipu besar. 30 orang yg sampai dulu dapat hadiah. Tiba2 aku nampak makhluk kaki empat berbulu halus. Waa... Aku nak buli kau. Keluarkan RM3. Ok. 2 round je. Tak puas.


-kuda ku lari gagah berani-

Masa utk menentukan kehidupan ni adil ke tak . Cabutan bertuah je pon. Tapi hadiah dia, mak aihhh... Besa + banyak. Dan hidup ni memang adil. Dapat hamper besar. Lepas ni kalau nak pilih nombo cabutan bertuah, pilih nombo 220 eh.


-saja fokus kat hamper-

Hari yang berMAKNA jadi lebih berMAKNA bila ada sesi story-mory dari pesakit. Ada la dalam 6 orang patient yang datang. Muka semua rilex je. Siap boleh main lari2 sambil gelak dengan riangnya lagi. Tapi tiba2 aku terkejut beruk lepas masa dengar Mama Ji interview diorang. Ta-cing gak la aku denga story diorang.

Sumpah tak menyesal join Program Larian Amal MAKNA (Majlis Kanser Nasional) kali ni. Walaupun jadi MC bidan terjun je, tapi kata2 Mama Ji and the gang aku ingat sampai mati. Dalam badan kita semua ada sel kanser. Cuma teruk tak teruk je yang tentukan masa depan kita.

Terima kasih pada makhluk2 berbaju kuning yang sudi jemput aku jadi MC. Tabik spring paada Kak Pajil (pengarah yg tak bagi aku buat kerja), Kak Aino (akak yg comel), Kak Yana (manusia yg sama2 rancang protokol ngan aku), Divya (manusia yg marah bila aku tak makan), dan para organizer Program Larian Amal MAKNA 2010 ni. Saya sayang kamu semua. Walaupun ni bukan event saya, tapi kamu2 semua layan saya dengan baik sekali Thanks u ols~~!!!!


-makhluk baju kuning:penganjur MAKNA-

p/s: sapa ada lagu Di Setiap Nafasku?? Aku dengar masa program ni. Sedap...!!!!
p/s/s: jom kelik

Saturday, October 23, 2010

Pergi By Aizat



Pergi by Aizat (OST talentime)

Khas utk mereka2 yang dah pergi jauh tinggalkan aku. Perginya yang kekal. Yang tak akan pulang2. Sayang aku pada kamu semua tetap menggunung, walau jauh jasad kita terpisah. Tapi aku tau. Sayangku pada mereka, tak setanding sayang-Mu pada mereka.

Bakri bin Mohamed, greatest father in the world (August,2004)
Rakyah binti Mokri, my lovely grandma (2005)
Mohd Hafizul Azlin bin Rodi, a very good person (September, 2010)
Hamidah binti Hussin, my friendly aunt (October,2010)

Tak ketinggalan pada yang masih bernyawa, tapi pergi jauh tak terkejar.

*hati selalu ta-cing bila dah dekat2 exam ni. haish..

Sunday, October 17, 2010

aA+bB= Aku Kemaruk Novel

Ok. Weekend lepas ada karninival kampus. Waktu yg ditunggu2. Macam2 ada. Ada kuda, ada rumah hantu. Ini bukan fantasi. Jangan gak ingat USM dah jadi funfair. Time ni la nak tengok macam2. Tapi sangat tak suka. Sebab duit makin habis, lemak2 tepu makin bertambah kat badan. Ampunkan sy JPA. Saya dah bazirkan duit anda. Tapi aku beli benda yang berfaedah kot. Antivirus, makanan (ni paling berfaedah), ngan beli buku ilmiah. Bukan sebenarnya. Aku beli novel, bukan buku ilmiah. Saja nak sedapkan hati. Tapi, sila setuju dengan ideologi ni. "semua buku ada info tersendiri. So, semua buku tu bermanfaat" Tak setuju?? Ada aku kesah!! Ok. Abaikan ideologi yang tah dari celah mana aku kutip tu.

Beli novel aA+bB semalam. Hasil tulisan Hlovate. Ye.. Novel lama. Aku ketinggalan zaman. Tapi tak la sangat. Ada alasan kukuh utk jadi ketinggalan zaman. Ada alkisah yg sebabkan aku kena tinggalkan dengan si zaman tu. Dah baca novel ni masa kat matrik. Tapi baca tak abis, tuannya dah mintak semula. Kedekut?? Agak la. Hahaha.. Dah sekarang, selepas 2 tahun, aku kembali membelek, mengkaji dan mencerap buku tu. Best kot. Lagi best bila dapat diskaun masa beli. 10% yang sangat bermakna masa hujung2 tahun ni.

-aA+bB= novel ni sangat layan-


-konon nak amek gamba dgn penuh seni, tapi jd tak senonoh-

Banyak lagi novel Hlovate. Tapi, tak mampu nak beli. Sangat sadis. Lagi sadis bila orang dok bising cakap diorang ada novel2 Hlovate yang lain. Sangat jeles *sigh*.

Tuesday, October 12, 2010

SUKAD USM Badminton 2010

********ini entry sakit hati********

Ok. Pergi USM induk sebab ada Sukan Antara Desasiswa (SUKAD). Macam tahun lepas, aku join badminton. Maka, berangkatlah bala tentera atlet Desa Nurani 8/10 hari tu. Stay kat Hilton.Wow... Hilton wa cakap lu. Pemandangan dari sini sibijik macam kat New York. Sebab tu aku suka pegi main campus. Best~~!!!


Badminton. Kali ni Nurani target nak dapat emas. Memang agak layak la kalau nak dapat emas. Player semua keng a.k.a hebat2 kecuali aku, yg sentiasa main macam sakai. Suppose to partner dengan Sue Mei utk double. Tapi bila sampai main campus, dapat berita yg sedih tahap jin bertendang.


Malam sebelum pertandingan, dapat tau yg sistem pertandingan dah tukar. Dari 3 single 2 double, tukar ke 1 single 2 double. Ok. Still boleh terima sebab masih ada peluang nak turun court. Lantas, turunlah kami ke gelanggang pada 9/10. Pagi2 lagi dah jalan kaki dari Hilton ke kompleks sukan. Sampai2 je, court belum bukak. Ambik kau. Punya la semangat player Nurani. First match, menang bergaya lawan Saujana A. Player yg turun InTyng, SikJing, JiaMiau, MinYuet & SukNing. Mereka hebat. Saya selaku teamate sgt kagum dgn anda semua.


Second match lawan Cahaya Gemilang (CG). Kali ni si sakai ni dilistkan sebagai second double. Sangat ne-ves. Bukan setakat rasa macam ada butterfly je dalam perut, tapi gajah pon ada. Hatta, turunlah kami berlima kecuali InTyng dgn SikJing ke court utk panaskan badan yg suam2 kuku ni. Tiba2.... jeng.. jeng.. jeng..


"HANYA SEORANG SAJA PEMAIN SIMPANAN YG DIBENARKAN BERMAIN UTK SETIAP DESA"


Sgt ma-de-fa-ker!!! Janji dalam entry
1 Tahun is 1 Year tertanam hidup2. Kesimpulannya, aku tak dapat main langsung utk SUKAD kali ni. Sumpah kecewa. Penat aku training hari2, last-last jadi linesman je. Ngeng...!!!!


-muka huduh sebab tak dapat turun court-


Tapi ok la. Team kami dapat kalah kat separuh akhir. Tersilap strategi sikit. Kalau tak, dapat pegi final. Hurmm... Tapi masa team kami lawan kat separuh akhir, ada sorang makhluk yang dok bising2 komen pasal team kami. Tu la tak kena, ni la tak kena. Hey, fakyu la. Bagi nasihat macam Misbun Sidek, tapi kau tu main lagi sakai dari aku. Hahahaha... Sila gelakkan beliau.

Aku dapat belajar macam2 dari SUKAD kali ni. Paling penting:

1. Jangan pandai2 komen cara orang lain main kalau diri tak sehebat mana.

2. Jangan terPesona Waja Satria Viva dengan helah induk

3. Player lelaki Aman Damai sgt best. Paling mantop Pak Malik (bukan nama sebenar, sbb aku tak tau sapa nama dia. Main letak je nama ni). Usia bukan penghalang utk bersukan. Tak lupa gak Abang Ain (ni nama sebenar. Sila jgn pelik). Sangat suka sama smash beliau. Normal la kan kalau perempuan puji lelaki. Jangan la buat2 pelik plak


-player Aman Damai-

Wednesday, October 6, 2010

Subjek membunuh

Ok. Pukul 4 nanti ada kelas Immunologi. Tak pernah2 aku pegi kelas immuno hari rabu, tiba2 aku kena pegi hari ni. Paling best, group aku kena present hari ni. Jadah haram..!! Sumpah tak paham ape yg aku kena present nanti. Confirm yg amat la yg DR. R***** dengan sekutu2 dia akan tanya part aku. Sebab?? Aku tak paham apa yg aku buat. Sekali tengok, nampak macam hasil kerja org yg ilmu immunologi penuh di dada. Tapi bila pandang slide tu berkali-kali, nampak ketara yg hasil SALIN & TAMPAL. Ambik ko...!!



Ada sapa2 paham gamba kat atas ni cerita pasal apa?? Sikit punya banyak short form dia guna. TPL, IRG47, UNC-93B. Suma tu aku tak tau. Kalau WTH aku tau la. Baru tengok gamba dah berbintang-bintang kepala kan kan kan??? Haa... Belum baca journal 7 page lagi. Mau pengsan.

Setiap kali kelas immuno, aku akan bising. Kenapa budak sport science kena belajar immuno?? Kalau belajar yg senang2 je takpe. Ni kalau dah sampai complement, TLR bagai. Apa cerita??!! Ada sapa2 sudi jelaskan??

FB: perubahan ke arah kesangsian

Ok. Makin lama aku makin musykil + sangsi ngan fb. Mula2 diorang ubah layout. Tu ok la. Lepas tu fb kasi pamer semua privacy content. Masih boleh tahan sebab sekarang dah boleh ubah privacy setting tu. Sekarang ni diorang dok tayang nombo telepon pulak. Wei... Ingat kami ni ejen mencari jodoh??!!! Abis la Jay Sean boleh tau nombo telepon aku. Tak tido malam la aku lepas ni sebab Messi akan call tiap2 malam ajak training bola. Tu belom kira Drogba mesej ajak pegi tengok wayang. Kalau Anuar Zain call ajak duet sama2 macam mana?? Lepas tu mesti Zizan hantar pesanan ringkas ajak jadi host Rala Lawak. Aku belom bersedia untuk menghadapi semua tu. Huhh... Ni semua salah fb sebab kasi tayang nombo telepon aku.

Untuk stalker2 yang berkaliber, kes tayang nombo telepon ni mesti dorang suka (mengata diri sendiri). Ye la. Selama ni stalker2 tersebut cuma boleh tengok profile je. Lepas ni dah boleh MMS dah kan kan kan?? Boleh la hantar mesej "hai.. bila kita boleh cauple??" kat awek atau boi-pren yang selama ni dok sebok di'stalk'. Ini bukan la satu tabiat yang baik.

Jadi, marilah kita beramai-ramai remove nombo telepon kita sebelum Jay Sean, Messi, Drogba dan rakan seangkatan diorang hadir dalam kehidupan kita. Lagi satu, jangan suka2 confirm friend request dari orang yg kita tak kenal. Add diorang pon jangan. Bia la orang cakap kita sombong ke, apa ke. Bukannya diorang yang bayarkan bil berudband kita. Paling tak tahan bila dah confirm, diorang boleh buat bodoh macam tunggul kayu kena sepak. Sekian, pesanan dari penulis belog ini. Blaaaa.......

Monday, October 4, 2010

Kebanggaan Pak Polisi Seluruh Dunia

Warga A: Ampun pak polisi. Saya ngak bersalah
Pak Polisi: Dah2. Jangan cakap banyak. Jom pegi balai

Dialog mesti ada dalam cerita Gerak Khas. Dulu suka tengok cerita ni sebab nak jadi polis. Tak sedar diri pendek, tapi cita2 tinggi melangit. Sekarang, polis ke mana, aku ke mana. Bila aku pikir2 semula, aku rasa aku nak jadi polis kat Jerman. Tak pon kat England. Tak kesah la orang nak cakap aku buruk perangai tak sedar diri ke, apa ke. Sapa tak nak kalau dapat naik Audi, Porsche ngan Lamborgini. Haa... Tak payah tanya apa kaitan polis dengan kereta2 mewah tahap gaban tu. Tengok je gamba ni sambil nganga besar2 lepas tu mencarut sebab kenapa kereta tu disalahgunakan untuk angkut orang yg salah


Kereta polis Jerman. Lamborgini la babe. Maximum speed 320km/hr. Mat2 rempit kat M'sia, ada bran?? Bodoh2 je korang kena kejar



Kereta polis Jepun. Lancer Evo lX. Maximum speed 280km/hr. Yang ni special sikit. Ada ampai, boleh sidai baju



Kereta polis Perancis. Peugeot. Muka pakcik dalam kereta ni belagak gile. Tak sedar naik kereta pinjam.



Kereta polis Sepanyol. Audi. Maximum speed 280km/hr. Comel tak hingat kereta ni. Bangga gak la kalau dapat naik. Choi~~!!!



Kereta polis England. Sekali dorang pakai Porsche la... Makan tahun jugak la kena pikir kalau polis kita nak beli kereta ni.

Dan akhir sekali. Special edition. Cuma ada kat Philippines. Yang ni sumpah semua kereta2 kat atas tu tak boleh lawan.


Klasik tahap kuno. Pecah perut aku tengok kereta ni. Kelajuan kereta ni terpaksa dirahsiakan atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.

Sunday, October 3, 2010

Cik Niah, selamat hari kejadian..!!


Nama Sebenar: Siti Saniah binti Hussin
Alamat: Felda Air Tawar 2, 81920 Kota Tinggi, Johor
No telefon: 019xxxxxxx
Status: Belum update
Pekerjaan: Suri rumah tangga berjaya
Bilangan anak: 8
Bilangan cucu: 11
Tarikh Lahir: 3.OKTOBER.1948

Selamat ulang tahun emakku terchenta. Semoga panjang umur dan diperluaskan rezeki. Love you. Love you. Love you. Love you. Love you



-Mak & askar2 beliau-