Sunday, October 17, 2010

aA+bB= Aku Kemaruk Novel

Ok. Weekend lepas ada karninival kampus. Waktu yg ditunggu2. Macam2 ada. Ada kuda, ada rumah hantu. Ini bukan fantasi. Jangan gak ingat USM dah jadi funfair. Time ni la nak tengok macam2. Tapi sangat tak suka. Sebab duit makin habis, lemak2 tepu makin bertambah kat badan. Ampunkan sy JPA. Saya dah bazirkan duit anda. Tapi aku beli benda yang berfaedah kot. Antivirus, makanan (ni paling berfaedah), ngan beli buku ilmiah. Bukan sebenarnya. Aku beli novel, bukan buku ilmiah. Saja nak sedapkan hati. Tapi, sila setuju dengan ideologi ni. "semua buku ada info tersendiri. So, semua buku tu bermanfaat" Tak setuju?? Ada aku kesah!! Ok. Abaikan ideologi yang tah dari celah mana aku kutip tu.

Beli novel aA+bB semalam. Hasil tulisan Hlovate. Ye.. Novel lama. Aku ketinggalan zaman. Tapi tak la sangat. Ada alasan kukuh utk jadi ketinggalan zaman. Ada alkisah yg sebabkan aku kena tinggalkan dengan si zaman tu. Dah baca novel ni masa kat matrik. Tapi baca tak abis, tuannya dah mintak semula. Kedekut?? Agak la. Hahaha.. Dah sekarang, selepas 2 tahun, aku kembali membelek, mengkaji dan mencerap buku tu. Best kot. Lagi best bila dapat diskaun masa beli. 10% yang sangat bermakna masa hujung2 tahun ni.

-aA+bB= novel ni sangat layan-


-konon nak amek gamba dgn penuh seni, tapi jd tak senonoh-

Banyak lagi novel Hlovate. Tapi, tak mampu nak beli. Sangat sadis. Lagi sadis bila orang dok bising cakap diorang ada novel2 Hlovate yang lain. Sangat jeles *sigh*.

No comments:

Post a Comment