Tuesday, October 12, 2010

SUKAD USM Badminton 2010

********ini entry sakit hati********

Ok. Pergi USM induk sebab ada Sukan Antara Desasiswa (SUKAD). Macam tahun lepas, aku join badminton. Maka, berangkatlah bala tentera atlet Desa Nurani 8/10 hari tu. Stay kat Hilton.Wow... Hilton wa cakap lu. Pemandangan dari sini sibijik macam kat New York. Sebab tu aku suka pegi main campus. Best~~!!!


Badminton. Kali ni Nurani target nak dapat emas. Memang agak layak la kalau nak dapat emas. Player semua keng a.k.a hebat2 kecuali aku, yg sentiasa main macam sakai. Suppose to partner dengan Sue Mei utk double. Tapi bila sampai main campus, dapat berita yg sedih tahap jin bertendang.


Malam sebelum pertandingan, dapat tau yg sistem pertandingan dah tukar. Dari 3 single 2 double, tukar ke 1 single 2 double. Ok. Still boleh terima sebab masih ada peluang nak turun court. Lantas, turunlah kami ke gelanggang pada 9/10. Pagi2 lagi dah jalan kaki dari Hilton ke kompleks sukan. Sampai2 je, court belum bukak. Ambik kau. Punya la semangat player Nurani. First match, menang bergaya lawan Saujana A. Player yg turun InTyng, SikJing, JiaMiau, MinYuet & SukNing. Mereka hebat. Saya selaku teamate sgt kagum dgn anda semua.


Second match lawan Cahaya Gemilang (CG). Kali ni si sakai ni dilistkan sebagai second double. Sangat ne-ves. Bukan setakat rasa macam ada butterfly je dalam perut, tapi gajah pon ada. Hatta, turunlah kami berlima kecuali InTyng dgn SikJing ke court utk panaskan badan yg suam2 kuku ni. Tiba2.... jeng.. jeng.. jeng..


"HANYA SEORANG SAJA PEMAIN SIMPANAN YG DIBENARKAN BERMAIN UTK SETIAP DESA"


Sgt ma-de-fa-ker!!! Janji dalam entry
1 Tahun is 1 Year tertanam hidup2. Kesimpulannya, aku tak dapat main langsung utk SUKAD kali ni. Sumpah kecewa. Penat aku training hari2, last-last jadi linesman je. Ngeng...!!!!


-muka huduh sebab tak dapat turun court-


Tapi ok la. Team kami dapat kalah kat separuh akhir. Tersilap strategi sikit. Kalau tak, dapat pegi final. Hurmm... Tapi masa team kami lawan kat separuh akhir, ada sorang makhluk yang dok bising2 komen pasal team kami. Tu la tak kena, ni la tak kena. Hey, fakyu la. Bagi nasihat macam Misbun Sidek, tapi kau tu main lagi sakai dari aku. Hahahaha... Sila gelakkan beliau.

Aku dapat belajar macam2 dari SUKAD kali ni. Paling penting:

1. Jangan pandai2 komen cara orang lain main kalau diri tak sehebat mana.

2. Jangan terPesona Waja Satria Viva dengan helah induk

3. Player lelaki Aman Damai sgt best. Paling mantop Pak Malik (bukan nama sebenar, sbb aku tak tau sapa nama dia. Main letak je nama ni). Usia bukan penghalang utk bersukan. Tak lupa gak Abang Ain (ni nama sebenar. Sila jgn pelik). Sangat suka sama smash beliau. Normal la kan kalau perempuan puji lelaki. Jangan la buat2 pelik plak


-player Aman Damai-

No comments:

Post a Comment