Thursday, October 28, 2010

Cerita Budak Universiti


Bila masuk je sem baru, suma pakat insaf sebab pointer sem lepas jatuh tergolek.
Bila masuk je sem baru, suma sibuk pasang azam nak belajar sungguh2.

Bila masuk je sem baru, suma barang nak tukar baru. Maklumla, duit dah masuk.


Bila dah start belajar utk sem baru, mula la datang perangai lama.
Bila dah start sem baru, mula nak tuang kelas.
Bila dah start sem baru, mula la nak ngorat junior2 yg sedap mata memandang.



Bila dah tengah2 sem, mula gelabah nak study utk mid-term exam.
Bila dah tengah2 sem, start usung awek/boi-pren baru gi sana sini.
Bila dah tengah2 sem, semua excited sebab nak balik rumah. Cuti itu heaven.


Bila dah naik cuti mid-sem, sibuk ngadu homesick.

Bila dah naik cuti mid-sem, terus cari kalendar. Nak tengok bila lagi cuti.
Bila dah naik cuti mid-sem, mula la dah tak nampak batang hidung kat kelas.


Bila jadual final exam keluar, mula la merungut. Cakap jadual pack.

Bila jadual final exam keluar, mula la nak sakit jantung & barah payudara bagai. Punca, exam 3 hari straight.

Bila jadual final exam keluar, mula la bodek lecturer.



Bila study week start, baru terkedek-kedek nak cari nota.
Bila study week start, semua membuta sampai tengah hari. Mentang2 takde kelas.
Bila dah start study week, mula la makan megi hari2 sebab duit PTPTN & elaun dah kering.



Bila exam tinggal lagi dua hari, semua pakat stress.

Bila exam tinggal lagi dua hari, semua dok serbu pustakaan.

Bila exam lagi dua hari, mula la tak keluar bilik. Acah2 study konon.



Bila esok dah start final exam, baru sedar diri nak stay up
.
Bila esok dah start final exam, semua gi surau nak semayang hajat. Mintak petunjuk dari Tuhan.

Bila esok dah start final exam, baru la nak print slip exam



Bila dah sampai dewan periksa, mula la semua pegang nota sambil gigil badan. Study last minit.

Bila dah sampai dewan periksa, baru tersedar yang lupa bawak exam slip. Ciss...!!!

Bila dah sampai dewan periksa, semua doa dia baca. Mulut dok terkumat-kamit. Tah Apa yang dibaca.



Bila exam dah abis, semua plan nak bercuti dengan coursemate.
Bila exam dah abis, semua nota masuk kotak. Tunggu masa nak recycle.
Bila exam dah abis, semua ilmu hilang. Study utk exam.


Bila masuk je sem baru, suma pakat insaf sebab pointer sem lepas jatuh tergolek.

*situasi yang sama berulang sampai la hari terakhir pijak kaki kat U*



*Sekadar entry kosong. Tak mengata sapa2...
**Jangan malu nak ngaku2, yang benda ni pon terjadi kat korang
. Hee..

No comments:

Post a Comment