Friday, February 25, 2011

Ketagih Terhadap Jenama Ini


Ok. Bermula dengan ini



8.Febuari.2010

Seterusnya, dalam masa 2 hari, telah menyambar ini


4.Ogos.2010

Align Center
Dan ini


5.Ogos.2010

Semalam, tangan gatal nak beli ini


24.Febuari.2011


Misi seterusnya, nak yang ini pula


Adidas Condes.

Hari tu dapat ini sempena hadiah besday. Malangnya, hanya available di US. Ceyt..!!!



Wednesday, February 23, 2011

Perang Politik


Selasa, 22 Feb- Semua dah maklum. Pilihan raya kampus untuk semua IPT di Malaysia dah selamat berakhir. Macam-macam yang jadi sepanjang PRK kali ni. Paling hot, calon ghaib. Keputusan PRK pon dah keluar. Golongan pro-mahasiswa dapat duduk selesa atas kebanyakan kerusi MPP tahun ni.


Dan pada tahun ini, semangat politik kampus aku naik tahap dewa. Start dari penamaan calon sampai ke pengiraan undi, semua berlaku depan mata sendiri.



anda semua dipersilakan utk klik kanan.
credit: harakahdaily

Lebih kurang pukul 10.10pm (21 febuari 2011), keputusan untuk kebanyakan pusat pengajian USMKK diumumkan. Dan gedung ilmu tempat aku berpijak dikuasai oleh pro-M. Ramai yang tadah tangan tanda syukur sebab menang. Ramai gak yang buat aksi sentap versi mata ke atas, tangan di dada. Dengan line wifi selaju siput berjalan pergi ke sawah, ramai yang terus sign in facebook ngan blog. Boleh dikatakan kebanyakan student USMKK lantik diri sendiri jadi juri untuk manifesto yang calon dok pum pam pum pam masa diorang berkempen.

Sampai ke hari ni, juri-juri tu masih setia dengan tugas masing-masing, terutamanya kat facebook. Termasuk aku. Tak tau la sampai bila gelombang imbas kembali manifesto calon ni akan berakhir. Tapi sangat seronok bila tengok mahasiswa-mahasiswa ni kung kang kung kang kat facebook. Macam Aizat ngan Ainur. Mereka memang berjiwa kental
*tepuk tangan*


credit: Aizat


credit: Freddy


Kesimpulan yang senang lepas dikaji perang politik ini. Kami cuma berharap yang manifesto tu dapat ditunaikan. Bukan hendak menghentam, bukan juga nak buka berbalah. Bak kata tuan tanah kedaung:




Kepada barisan kepimpinan baru, tahniah diucapkan. Semoga dapat jalankan tanggungjawab anda sebaik-baiknya.
Sama-sama kita memartabatkan maruah mahasiswa. Sama-sama kita banugnkan universiti APEX pertama di Malaysia. Sama-sama kita bekerja demi kebajikan mahasiswa
*mata ke atas, tangan di dada*

Friday, February 18, 2011

Surat Cinta Dari Si Dia

Ok. Ni bukan masa untuk berjiwang sambil layan Cetusan hati & Sanubari kat radio Suria. (Abang aku like page ni. Hahaha).

Tadi ada practise cheer. Ya. Aku budak cheer. Tapi cheer cikai-cikai je. Tak ada formasi, piramid mahupon bridge. Cheer setempat je, sambil goyang-goyang kaki ngan gerakkan tangan. Memang basic habis. Step pon amik kat sidelinestar.com. Cheer ni aku guna untuk temasya Olahraga Tahunan USM. Dan kami practise atas pentas kat dewan dekat dengan hostel. 9 orang gadis semuanya.

Tetiba aku perasan ada sorang student ni tengok je kitorang.
Lama gak dia perati kami. Fine. Aku tak rasa yang kami tengah buat aksi terlampau atas pentas tu. Step yang sangat basic. Tak ada unsur2 seksi mahupon goyang gerudi inul.

Aku balik awal dari practise, sebab ada hal nak buat. Tinggal la lagi 4 orang teammate yang practise. Dan tengah aku buzy buat kerja, tetiba teammate mesej, cakap dapat surat cinta dari budak yang dok perati kami. Khas untuk kami 9 orang. Dem.!!!

*************

Dan kepada pemberi surat layang tu.. Kalau nak tegur kami, cakap face to face. Bukan kutuk/bersyarah pakai surat. Awak tu bakal pemimpin, macam ni ke caranya.

Fine. Kami perempuan bertudung yang masuk cheer. Kami menjerit. Tapi tolong tegur kami dengan cara berhemah.

Tuesday, February 15, 2011

Hakikat Kehidupan Pelajar Universiti

Ok. Dulu masa sekolah, sebok nak habis cepat. Nak masuk menara gading. Tapi cikgu selalu momok-momokkan yang jadi budak sekolah lagi best. Sekarang terbukti sebenarnya cikgu tak pernah menipu. Dan aku ambil tindakan untuk senaraikan hakikat sebenar tentang pelajar universiti. Ini yang budak-budak sekolah patut tahu.

** Frasa menara gading. Dah 2 tahun hidup kat USM ni, tak pernah lagi nampak gading kat sini. Tah ada kat celah mana gading tu. Kat U lain ada gading??



ini adalah gading. Dan ianya tak pernah ditemui di USMKK

** Pakaian bebas. Ni yang paling budak-budak sekolah tak sabar. Tahukah anda pakaian bebas sungguh melecehkan??!! Pagi-pagi bangun, dok termenung kat depan almari. Pikir nak pakai apa gi kelas. Kang pakai baju ketat kena saman. Pakai selipar jamban tak boleh masuk lab. Pakai baju tak ada kolar tak boleh masuk dewan exam.



ni uniform yang korang akan rindu

** Sharing is really not caring. Contoh paling simple, duduk depan tv senyap-senyap. Tiba-tiba, datang makhluk durjana alih tv tengok cerita Korea. Tunggu berjam-jam nak ambik turn basuh baju, tiba-tiba muncul spesis syaiton nirrojim cut kita punya turn. Nikmat online selalu dihancurkan dengan line wifi yang lajunya cuma sepantas siput berjalan.



but sometimes sharing is fucking not caring

** Masa itu emas. Kalau free, memang free nak mati. Sampai tak tau nak buat apa. Nak tido pon dah boring. Nak keluar gi bandar pon dah tak tahu nak pusing mana. Sebab semua tempat dah pergi. Tapi kalau buzy, memang buzy tahap cipanzi. Nak mandi gi kelas pon dah tak sempat. Apa lagi nak lepak dekat cafe main poker. Sekarang aku free, sebab tu boleh update blog. tapi sikit hari lagi, blog ni akan terbiar sebab aku buzy.




** Jauh perjalanan, lemah fikiran. Aku harap Dewan Bahasa & Pustaka tak saman aku sebab keluarkan peribahasa macam haram ni. Fakta menarik, ramai yang lagi sanggup main dota daripada jalan kaki jauh-jauh gi kelas. Fakta lebih menarik, kebanyakan pelajar suka tuang kelas pagi pukul 8. Salah satu sebab dia, kelas jauh dari bilik.



this what happened to me

**Hakikat paling utama. Korang akan rindu zaman universiti, once korang dah start kerja. Masa tu confirm akan keluar lagi satu entry tajuk dia 'Hakikat Kehidupan Zaman Bekerja'. Dan entry tu akan dimulakan dengan ayat '
Ok. Dulu masa belajar kat U, sebok nak habis cepat....'



Aku tak akan rindu korang, budak-budak sport science USM batch 09/10. Sikit pon tak.
Ok. Aku tipu =.=!


Friday, February 11, 2011

Ini Adalah Helmet

Ok. Dunia seni tak terbatas atas kertas lukisan je. Dan ini yang terjadi bila seni tak dibataskan





















Pakai topi keledar keselamatan. Ingatlah orang tersayang

Monday, February 7, 2011

Hadiah Hari Lahir


Ok. Ini hari jumaat lepas. Dan ini hadiah hari jadi yang diterima.



dan bagaimana ia bermula

video

ini tradisi keluarga kami :)
ini entry sebelum balik Kelantan

Sunday, February 6, 2011

Selangkah Ke Alam Barzakh

Selamat hari ahad~!
Selamat tahun baru cina~!
Selamat habis cuti~!
Dan 20 tahun yang lepas,
tuan punya blog ini telah selamat dilahirkan ke dunia


Ok. Penulisan kali ni bernada serius. Motip?? Hari ini, telah hilang title belasan tahun dan telah melangkah ke satu zaman/era yang baru iaitu zaman 20-an. Dan dalam masa 20 tahun, apa yang telah dicapai?? Jom kita terjah..!!!

Sebenarnya, tak banyak yang boleh dibanggakan sepanjang 20 tahun yang lepas. Masih banyak yang perlu dikejar. Dan banyak juga yang tercicir masa mengejar benda lain. Norma hidup. Kalau dibuat timbang tara, mungkin yang kecewa sama banyak dengan yang berjaya sepanjang 20 tahun ini.



Kalau tak dikecewakan, maka takkan merasa kejayaan.
Yang susah itu selalu datang dulu, sebelum senang. Lumrah alam yang tak kan pernah berubah. Kalau tak kerana bonda dan ayahanda latih untuk bersederhana, maka takkan merasa aku untuk bersenang macam sekarang. Kalau tak kerana belajar dari akak dan abang yang bersusah-susah nak sampai menara gading, tak merasa aku jadi pelajar universiti Apex.

Baru 20 tahun, apalah sangat. Pengalaman masih belum cukup kalau nak dipenuhkan satu gelas kosong.
Perjalanan masih jauh. Dan tak ada penghujung. Dan jangan dicari penghujung hidup. Apa guna cari penghujung, kalau nanti habis sumpah seranah yang jadi garisan penamat. Penghujung cuma akan datang bila Izrail datang.


Terima kasih pada semua yang wish. May Allah bless you guys too. Dan sesungguhnya pada hari ini, saya telah melangkah setapak lagi untuk menuju ke alam barzakh.


Saturday, February 5, 2011

Keadaan Banjir DI Kota Tinggi

Rabu, 2 Feb - Ok. Ini bukan keratan akhbar Harian MENTOL Metro. Walaupun dah surut, nak gak post pasal banjir kat Kota Tinggi ni. Sebab dah dekat 20 tahun hidup, ni first time meredah banjir. Ni hari rabu lepas masa on the way nak bawak anak sedara pergi jalan-jalan.Sangat ne-ves, cuak + kecut perut masa dalam kereta. Takut tetiba stuck kat dalam air. Tapi sempat lagi ambik gambar masa tengah takut tu.





Can you see the motocycle?? Mak cik yang bawak. Kesian beliau. Motor dia tumbang masa redah air tu. Yang pasti, helmet dia basah.







Mentang-mentang bawak lori, selamba je dia redah air tu.



Akhirnya, kami adik beradik selamat sampai ke destinasi. Tapi jalan memang rosak teruk. Lubang sana sini. Memang banyak la dosa sepanjang perjalanan pergi balik sebab mulut menyumpah jalan rosak. Dah la driver bawak macam tak ada lesen. Mentang-mentang la kereta kami kecik.

:.Masalah Teknikal.:


"Tiada update untuk beberapa hari
kerana line streamyx mengalami masalah teknikal.
Jika tiada aral melintang,
blog ini akan beroperasi seperti biasa pada petang ini"



*memang horror hidup tanpa internet =.=!*

Tuesday, February 1, 2011

Contest Cool Model Kereta Bergaya



Ok. Contest lagi. Kali ini Cik Una yang buat. Mau join, sila klik sini. Jom ramai2 join. Dan gambar yang akan berentap dengan gambar blogger-blogger lain adalah

**

**

**

**



2 gadis mata belalang. Tuan Tanah dan Si Kuntum. Dan masa untuk suruh orang lain join gak. Sahabat2 blogger yang bertuah

1. Azza
2. Farah Liyana
3. Ain

Selamat bertanding :)