Tuesday, February 15, 2011

Hakikat Kehidupan Pelajar Universiti

Ok. Dulu masa sekolah, sebok nak habis cepat. Nak masuk menara gading. Tapi cikgu selalu momok-momokkan yang jadi budak sekolah lagi best. Sekarang terbukti sebenarnya cikgu tak pernah menipu. Dan aku ambil tindakan untuk senaraikan hakikat sebenar tentang pelajar universiti. Ini yang budak-budak sekolah patut tahu.

** Frasa menara gading. Dah 2 tahun hidup kat USM ni, tak pernah lagi nampak gading kat sini. Tah ada kat celah mana gading tu. Kat U lain ada gading??



ini adalah gading. Dan ianya tak pernah ditemui di USMKK

** Pakaian bebas. Ni yang paling budak-budak sekolah tak sabar. Tahukah anda pakaian bebas sungguh melecehkan??!! Pagi-pagi bangun, dok termenung kat depan almari. Pikir nak pakai apa gi kelas. Kang pakai baju ketat kena saman. Pakai selipar jamban tak boleh masuk lab. Pakai baju tak ada kolar tak boleh masuk dewan exam.



ni uniform yang korang akan rindu

** Sharing is really not caring. Contoh paling simple, duduk depan tv senyap-senyap. Tiba-tiba, datang makhluk durjana alih tv tengok cerita Korea. Tunggu berjam-jam nak ambik turn basuh baju, tiba-tiba muncul spesis syaiton nirrojim cut kita punya turn. Nikmat online selalu dihancurkan dengan line wifi yang lajunya cuma sepantas siput berjalan.



but sometimes sharing is fucking not caring

** Masa itu emas. Kalau free, memang free nak mati. Sampai tak tau nak buat apa. Nak tido pon dah boring. Nak keluar gi bandar pon dah tak tahu nak pusing mana. Sebab semua tempat dah pergi. Tapi kalau buzy, memang buzy tahap cipanzi. Nak mandi gi kelas pon dah tak sempat. Apa lagi nak lepak dekat cafe main poker. Sekarang aku free, sebab tu boleh update blog. tapi sikit hari lagi, blog ni akan terbiar sebab aku buzy.




** Jauh perjalanan, lemah fikiran. Aku harap Dewan Bahasa & Pustaka tak saman aku sebab keluarkan peribahasa macam haram ni. Fakta menarik, ramai yang lagi sanggup main dota daripada jalan kaki jauh-jauh gi kelas. Fakta lebih menarik, kebanyakan pelajar suka tuang kelas pagi pukul 8. Salah satu sebab dia, kelas jauh dari bilik.



this what happened to me

**Hakikat paling utama. Korang akan rindu zaman universiti, once korang dah start kerja. Masa tu confirm akan keluar lagi satu entry tajuk dia 'Hakikat Kehidupan Zaman Bekerja'. Dan entry tu akan dimulakan dengan ayat '
Ok. Dulu masa belajar kat U, sebok nak habis cepat....'



Aku tak akan rindu korang, budak-budak sport science USM batch 09/10. Sikit pon tak.
Ok. Aku tipu =.=!


6 comments:

  1. yeahh..sokong2!.hoho. lagi2 time "baju" harian.kang pakai baju sama, cakap x basuh dah kene perli, sedangkan mahu menjimatkan duit dan air.hehe

    anyways gud luck in ur campus life! =)

    ReplyDelete
  2. btol2
    baju kena ada lebih dr 30 helai
    stock utk sebulan tak pakai baju yg sama :)

    ReplyDelete
  3. Mmg kita akan rindukan zaman persekolahan bila dh lama meninggalkanya..:)

    ReplyDelete
  4. Hi,

    Adakah anda sedang mencari kerja di rumah?

    Ini peluang untuk anda bekerja sambilan atau sepenuh masa dari rumah.
    Gaji lumayan dan dalam Dolar Amerika. Kekosongan segera seluruh negara.

    Maklumat lanjut sila join website berikut:
    ==> http://jobdirumah.net/dap/a/?a=9015

    Salam hormat,
    qiss

    P.S: Tempat yang ada terhad, join sekarang!
    ==> http://jobdirumah.net/dap/a/?a=9015

    ReplyDelete
  5. Hi,

    Adakah anda sedang mencari kerja di rumah?

    Ini peluang untuk anda bekerja sambilan atau sepenuh masa dari rumah.
    Gaji lumayan dan dalam Dolar Amerika. Kekosongan segera seluruh negara.

    Maklumat lanjut sila join website berikut:
    ==> http://jobdirumah.net/dap/a/?a=9015

    Salam hormat,
    qiss

    P.S: Tempat yang ada terhad, join sekarang!
    ==> http://jobdirumah.net/dap/a/?a=9015

    ReplyDelete