Selamat hari ahad~!
Selamat tahun baru cina~!
Selamat habis cuti~!
Dan 20 tahun yang lepas,
tuan punya blog ini telah selamat dilahirkan ke dunia
Selamat tahun baru cina~!
Selamat habis cuti~!
Dan 20 tahun yang lepas,
tuan punya blog ini telah selamat dilahirkan ke dunia
Ok. Penulisan kali ni bernada serius. Motip?? Hari ini, telah hilang title belasan tahun dan telah melangkah ke satu zaman/era yang baru iaitu zaman 20-an. Dan dalam masa 20 tahun, apa yang telah dicapai?? Jom kita terjah..!!!
Sebenarnya, tak banyak yang boleh dibanggakan sepanjang 20 tahun yang lepas. Masih banyak yang perlu dikejar. Dan banyak juga yang tercicir masa mengejar benda lain. Norma hidup. Kalau dibuat timbang tara, mungkin yang kecewa sama banyak dengan yang berjaya sepanjang 20 tahun ini.
Kalau tak dikecewakan, maka takkan merasa kejayaan. Yang susah itu selalu datang dulu, sebelum senang. Lumrah alam yang tak kan pernah berubah. Kalau tak kerana bonda dan ayahanda latih untuk bersederhana, maka takkan merasa aku untuk bersenang macam sekarang. Kalau tak kerana belajar dari akak dan abang yang bersusah-susah nak sampai menara gading, tak merasa aku jadi pelajar universiti Apex.
Baru 20 tahun, apalah sangat. Pengalaman masih belum cukup kalau nak dipenuhkan satu gelas kosong. Perjalanan masih jauh. Dan tak ada penghujung. Dan jangan dicari penghujung hidup. Apa guna cari penghujung, kalau nanti habis sumpah seranah yang jadi garisan penamat. Penghujung cuma akan datang bila Izrail datang.
Terima kasih pada semua yang wish. May Allah bless you guys too. Dan sesungguhnya pada hari ini, saya telah melangkah setapak lagi untuk menuju ke alam barzakh.
No comments:
Post a Comment