Wednesday, February 23, 2011
Perang Politik
Selasa, 22 Feb- Semua dah maklum. Pilihan raya kampus untuk semua IPT di Malaysia dah selamat berakhir. Macam-macam yang jadi sepanjang PRK kali ni. Paling hot, calon ghaib. Keputusan PRK pon dah keluar. Golongan pro-mahasiswa dapat duduk selesa atas kebanyakan kerusi MPP tahun ni.
Dan pada tahun ini, semangat politik kampus aku naik tahap dewa. Start dari penamaan calon sampai ke pengiraan undi, semua berlaku depan mata sendiri.
Lebih kurang pukul 10.10pm (21 febuari 2011), keputusan untuk kebanyakan pusat pengajian USMKK diumumkan. Dan gedung ilmu tempat aku berpijak dikuasai oleh pro-M. Ramai yang tadah tangan tanda syukur sebab menang. Ramai gak yang buat aksi sentap versi mata ke atas, tangan di dada. Dengan line wifi selaju siput berjalan pergi ke sawah, ramai yang terus sign in facebook ngan blog. Boleh dikatakan kebanyakan student USMKK lantik diri sendiri jadi juri untuk manifesto yang calon dok pum pam pum pam masa diorang berkempen.
Sampai ke hari ni, juri-juri tu masih setia dengan tugas masing-masing, terutamanya kat facebook. Termasuk aku. Tak tau la sampai bila gelombang imbas kembali manifesto calon ni akan berakhir. Tapi sangat seronok bila tengok mahasiswa-mahasiswa ni kung kang kung kang kat facebook. Macam Aizat ngan Ainur. Mereka memang berjiwa kental
*tepuk tangan*
Kesimpulan yang senang lepas dikaji perang politik ini. Kami cuma berharap yang manifesto tu dapat ditunaikan. Bukan hendak menghentam, bukan juga nak buka berbalah. Bak kata tuan tanah kedaung:
Kepada barisan kepimpinan baru, tahniah diucapkan. Semoga dapat jalankan tanggungjawab anda sebaik-baiknya. Sama-sama kita memartabatkan maruah mahasiswa. Sama-sama kita banugnkan universiti APEX pertama di Malaysia. Sama-sama kita bekerja demi kebajikan mahasiswa
*mata ke atas, tangan di dada*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pidah!!! Anda mmg nak kena belasah dgn aku. Motip letak aku punya status? Tak jd nak pujuk dekan aku. Haha.
ReplyDeletehahaha....
ReplyDeletesbb aku rasa status ko paling berhemah
nak amik status riduan, over sgt :)
hahaha.. aku punya comment pun ada gak.. baik punya lah.. hahaha
ReplyDeletesiap pantun manifesto lg :)
ReplyDeletebguslah pro m. tapi bagi aku taklah hbat dan keras mne politik usm ni.. lagi sadis upm
ReplyDeletesgt setuju... berharap keadaan tu tak berlaku di usm. kita tutup isu surat layang tu =.=!
ReplyDelete