Monday, April 30, 2012

Haruman Tengah Malam



Adik beradik aku semua ada kat rumah. So kami mengalami masalah kekurangan gebo atau selimut. Tapi aku tak pernah terlibat dalam masalah ni, sebab aku ada selimut tetap. Bunga-bunga warna pink, yang memang aku punya sorang. Bukan selimut perkongsian.


Pukul 2.10am, aku landing badan atas katil dengan harapan esok nak bangun awal. Tepuk-tepuk bantal kasi padu, capai selimut, lepas tu peluk anak patung. Nikmat dia macam dapat makan ketupat cicah rendang di pagi Syawal. Tetiba aku cium bau wangi. Aku syak yang aku pernah cium bau tu masa arwah nenek aku meninggal. Dan bau tu datang dari selimut aku. 


Dengan penuh sopan santun, aku kejut mak aku dan tanya, 'apsal selimut ni bau wangi? Bau apa ni?' Mak aku dengan rilek dan tenang jawap, ' Ohh.. bau kapur barus', lepas tu dia pejam mata semula. 


Klimaks kepada permasalahan kekurangan selimut ini adalah apabila aku tidur sambil bertemankan bau kapur barus. Ini baru betul nightmare!

Wednesday, April 25, 2012

WW#10- Sibuk

 




 

Dear projects + assignments, please be nice to me =.=!

Wednesday, April 18, 2012

WW#9: Tahun Pengajian


Tinggal 1 tahun :'(

Sunday, April 15, 2012

Friday, April 13, 2012

Kakak Cantik

Kakak ni cantik la.
Tapi sayang,
kakak tak boleh kahwin dengan abang saya.

Kakak ni cantik la.
Tapi sayang,
kakak tak boleh lahirkan benih keturunan keluarga.

Mata kakak cantik.

Hidung kakak lawa.

Bibir kakak molek.

Rambut kakak lurus.

Muka kakak bersih,
tak ada cela.
Bikin saya cemburu.

Tapi lagi elok,
kalau kakak balik ke asal kejadian.

Jadi lelaki.
Jadi arjuna.
Jadi jejaka.

Monday, April 9, 2012

Sunday, April 8, 2012

Khazanah

Tadi aku kemas (kemas: buang apa yang patut, simpan apa yang perlu) pendrive aku sebab tu je la nyawa aku sem ni. Banyak rupanya gambar dalam ni. Khazanah dah berkurun...

koleksi tak lengkap


kaki budak puisi dan budak wikipedia


mentelaah
PPSL yang lahir tahun 1991 (curi dari FB Shera)


Duduk baris ke-3 dari belakang, ini yang mampu ditangkap.


 cacing-cacing malam :p