Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru 2012


Aku tangguh dulu cerita/wish/azam/semangat pasal tahun baru, sebab esok aku ada final exam.. Apa-apa hal, kita cerita lepas 17 Januari nanti. Ok??! Cuma nak cakap, lagu bawah ni rumusan untuk harapan tahun baru.
 

video
credit: Mawi, Akhil Hayy, youtube

Aku sambut tahun baru dalam dewan exam. Lejen kan? kehkehkeh... Apa-apa hal, wish me luck~!

Friday, December 30, 2011

Pukul 3 Pagi

Pukul 3 pagi
Hari ke 30, purnama ke 12.

Ada lagi 7 nota tak dibaca. Langsung tak pernah disentuh nota-nota tu. Dan masa yang tinggal adalah satu hari. Kaedah apa nak hadam 7 nota 1 hari?? Ok. Masa untuk redakan tekanan...

video
 masalah (Matluthfi90)


"beat your problems today, and move forward" Yeahhhh~~~~

Motivasi,
pukul 3 pagi..

Wednesday, December 28, 2011

WW#6- Camera

Ok. I need either one of these..

 
 DSLR


 lomography camera

to make my wall like this

 credit: tumblr

 or like this.. 

credit: google

Anyone nak belanja I?

Saturday, December 17, 2011

Musibah

OK. Tak boleh tido. Stress sebab camera rosak. Lens error katanya. Dem sungguh~!






Dah hujung semester. Biasiswa dah kering. How to fix it?!
T________T

Sunday, December 11, 2011

Imaginasi



Laptop aku selalu hang. Dan setiap kali laptop aku hang, aku akan bayangkan yang

-Laptop aku akan meletop
-Component laptop aku pecah berkecai, bersepah sana sini
-Lepas tu keluar asap berkepul-kepul sampai aku tak nampak apa-apa
-Lepas tu aku tak boleh kelua dari bilik sebab pintu stuck
-Lastly, aku MATI.


Kejadahnya imaginasi sampai macam tu sekali??!!

Saturday, December 10, 2011

Asal Usul

Out of sudden, i miss my grandma's house. Rumah nenek sebelah emak.  Tempat kami sepupu-sepapat berkumpul time raya. Rumah kayu, sederhana besar. Depan rumah ada parit; tempat kami lawan sapa boleh baling batu paling jauh. Tepi rumah ada pokok kuini;  kalau tiba musim, berguni-guni kuini kami kutip.

Last time I went there was during Eid Mubarak. That time, we didn't sleep there. We didn't cook there. I didn't go inside. Rumah tu dah kosong. Dah tak ada siapa-siapa. Sejak Ucu meninggal. 


Sendiri dan sunyi, caption yang abang aku letak untuk gambar ni dekat facebook. Absolutely. Dan dah sangat uzur. Berapa lama lagi rumah ni dapat bertahan, aku pon tak tau. "Kau buatlah apa pon dengan rumah tu. Buat yang terbaik. Bincang adik beradik," Nenek Imun (my grandma's brother) told to my mum. Then she cried. My mum loves the house so much. I know her. She grew up there. 


It remind me; where I come from. KAMPUNG. Dan mengingatkan aku tentang asal-usul aku.

Wednesday, December 7, 2011

WW#5- Sains Sukan







.
Keluarga kecil.
Susah senang, hadap sama-sama.

Saturday, November 26, 2011

Maal Hijrah




1 Muharam 1433H.
Mengharap perubahan ke arah kebaikan.
Dari semua segi.
Diri. Pendirian. Tingkah laku. Impian. Masa depan.
Mohon tunjuk ajar daripada semua.
Semoga sudi.


Monday, November 14, 2011

Momen Indah


Purnama ke 11, hari ke 14.
Muzik latar: Tidur by Zulhuzaimy

Kalau lah boleh patah balik masa, aku nak balik semula ke zaman sekolah. Klise. Tapi tu la hakikat. Semua orang pon nak. 

Datang sekolah lambat, beratur dekat perhimpunan hari-hari, nyanyi lagu sekolah, masuk kelas, belajar, rehat, belajar semula, kelas tambahan, balik. Kalau nasib tak baik, ada spotcheck. Habis semua barang haram kena rampas. Lagi parah bila cikgu disiplin jaga dekat pintu pagar. Terpaksa la main nyorok-nyorok supaya tak kantoi datang lambat. Rutin harian. Oh ya.. Aku bukan budak sekolah asrama. Aku sekolah harian. 

5Sains, SMK Air Tawar 2007
Paid, Izat,Piki, Luqman, Jem, Syafik.
Piza, Wani, Rahila, Elyn, Tasya, Yan, Ecah, Muza, Mira, Ai, Zana, CT.
Pidot, Nana, Ikin, Shida, Pipah, Cikgu Jun, Hairi, Mizi, Anas, Wali.

Masing-masing bawa bekal. Kongsi makanan masa rehat adalah normal.


Mini graduasi. Dan sekarang, ramai yang dah betul-betul grad dan ada scrol sendiri.

 Tara... Mempersembahkan, my bestie.
Si Gembeng, Si Huru-hara, Si Buruk Perangai.
Naik pentas sebab ambik trofi, wakil sekolah untuk macam-macam pertandingan yang selalunya diiringi dengan kekalahan, pergi latihan silat, naik podium masa hari sukan sekolah. Momen indah.

Kena tahan kat perhimpunan sebab datang lambat, fail matematik tambahan secara berterusan, tak boleh masuk makmal sebab tak bawak buku, bubu teks kena rampas sebab tinggal bawah meja, kena buat kerja bawah meja sebab tak siap kerja sekolah, kena maki masa training silat. Pengalaman. Yang jadikan kita manusia.



Kenangan silat


Dan kawan zaman sekolah adalah kawan yang kau akan ingat sampai bila-bila. Sampai habis nafas kau. Sebahagian dari kami, lewat waktu ini:


 


Semoga kita tak pecah-belah. Sampai masing-masing habis belajar. Sampai masing-masing dah kerja. Sampai masing-masing dah kahwin. Sampai masing-masing dah ada anak cucu. Sampai bila-bila. Kawan sampai mati.

Baca ini juga:

Friday, November 11, 2011

Sembang Kencang

Ok. Semua orang nak update status, tweet bagai pasal 11.11.11. Tak percaya, cuba la log in mukabulu sekarang. Majoriti tulis; 11.11.11, nice date. Yeah. Nice. Tahun depan, virus 12.12.12 pulak. Tunggu je la.. Tapi jangan la pulak kau pergi tunggu 13.13.13. Memang dungu la jawapnya.

Dan ini bukan entri sembang kencang pasal 11.11.11. Takde pekdahnye buat entri pasal tu. Ini adalah entri yang betul-betul punya sembang kencang. Hari ni adalah hari aku dapat Sembang Kencang


 
 Jeles? Silakan. Nak pinjam? Memang tak dapat la. hahaha...

Bila Enchik Fdaus Ahmad cakap yang blook SK2 ni dah boleh tempah, laju-laju aku bank in duit. Hoi... Azab tau tak terlepas blook SK1. Menyesal dia macam kau fail Bahasa Melayu masa SPM. 
Sembang Kencang 1 yang aku terlepas.

Sebenarnya, aku dah baca entri-entri dalam blook SK2 ni dekat blog Sembang Kencang. Tapi tak puas. Demi nak dapatkan kepuasan tahap dewa, aku beli gak blook ni. Situasi dia sama bila; kau dah tengok cerita tu kat wayang, tapi kau nak jugak beli DVD sebab carita tu best nak mati. Memang berbaloi-baloi kepuasan aku dapat.


Dan kepuasan membaca blook ni sama macam kau dapat CGPA 4.00flat, lepas tu kau dapat Anugerah Pingat Emas Canselor, lepas tu kau dapat sambung phD kat ovesi bawah tajaan JPA, lepas tu kau terus dapat kerja gaji ribu-riban. Fuhhh.....

 
Terima kasih banyak-banyak pada penulis SK. Serius, Sembang Kencang 2 memang best. Dan superb. Dan cool. Dan semoga kamu sentiasa gumbira hidup sama cikgu kuala kubu, Fateem yang comel dan faseeh yang cute. 

Wednesday, November 9, 2011

WW#4- Last Minute


Ok. Sebab tu aku suka study/buat assignmentlast minute :)

Wednesday, October 19, 2011

Go For It


Muzik latar: Setem Pada Syurga-Wani Ardy
                   
'Janganlah duduk melangut tunggu dan berharap pihak di sana make a first move. Kalau macam tu, sampai kiamat pon si dia takkan tahu kau pernah suatu ketika dulu sayangkan dia lebih dari seorang kawan. If you love him, go for it. Confess it. Don't regret anything after you confess. But, you should proud of yourself. At least this kind of act not all girls have the courage to do it. And this experience you gain makes you a stronger girl'.
Petikan dari artikel Amoi (Kitab Terfaktab)


Go for it, girl~!
Please.
Don't waste your time anymore.

inientripesananuntukdirisendiri

Tuesday, October 18, 2011

Temasya Dikir Barat Kelantan

Ok. Baru balik dari Temasya Dikir Barat Kelantan. Sepanjang 3 tahun aku belajar kat negeri serambi Mekah, ni event paling best yang pernah aku pergi. Serius. Best gila *berbuih-buih*. 


Lepas penat bersesak, bertolak, berjengket-jengket bagai; akhirnya dapat jugak kami duduk. DEKAT TANGGA. A few pictures taken just now


*drum roll*

*drum roll again*

Malaysia Book Of Record ok~!
Nina, Put & Mew. Kitorang bertungkus-lumus dtg dr USM. Sampai sesat =.=!



TUKANG KARUT & AWAK-AWAK
(1039 ORANG)
Dari jauh
Semakin dekat
Akhirnya.. gambar paling dekat yang dapat kami ambik
Dah habis event
some of USMKK student

PENONTON
 

Penonton versi hitam putih. Ni baru 1/3 penonton

KRONI USM



Best~!

Saturday, October 15, 2011

Mati

Mati.
Benda paling aku takut.

Berita tentang mati.
Berita paling aku tak nak dengar.

Bagi takziah pada keluarga si mati.
Benda paling aku tak sanggup.
Sebab boleh bikin mereka-mereka tambah sedih.
Betul.
Tak bohong.
Sebab aku pernah rasa. 

Emak pernah pesan;
"Yang dah pergi,
biar pergi.
Kita yang hidup,
kena teruskan hidup.
Kena kuat."

Mati tu pasti.
Bila-bila je boleh jadi.
Hakikat yang tak ada sapa boleh lawan.

Friday, October 7, 2011

Foreign Language Class


"caere en el amor contigo
no hay nada nada que no pueda hacer
caere en el amor contigo
entonces correre, correre, correre hacia ti
encontrate la manera
nunca es demasiado tarde
te doy mi palabra
encontrare un ligar
nunca es tarde para el amor
amandore, amandote
mi amor"

SOKO

Wednesday, October 5, 2011

WW#3 - Kitab Terfaktab






Kau ada? 
Kalau takde, pergi beli cepat.!!
Sebab aku dah ada

Monday, October 3, 2011

Serikandi



Kalau dia boleh jaga kami 8 orang adik beradik sampai semua jadi manusia, kenapa tak aku. Kalau tuhan izin supaya umur aku panjang, harap aku setia untuk jaga dia sampai habis nyawa. Harap aku boleh buat dia senyum gembira setiap hari. Ini nekad aku, yang aku harap takkan berubah jadi songsang. Harap hati tak berpaling tadah dengan nekad yang satu ini.

Moga Sang Pencipta kabulkan doa yang dia titipkan setiap hari, untuk sampai ke Tanah Suci. Semoga.

Selamat hari lahir, wahai serikandi.
Siti Saniah Binti Hussin.
Emak.

Saturday, October 1, 2011

ABC Zaman Moden




klik kasi besar
   Nak apakan. Bebudak kecik pon dah pandai pakai Ipad =.=!

Friday, September 30, 2011

Nota Ringkas


Ok. Dekat setengah bulan tak update. Ada 2 sebab kenapa aku tak update

1. Buzy. Serius. Hujung minggu ni baru free. Minggu yang lepas-lepas, kena duduk dalam hutan. 2 minggu berturut-turut pergi kem. 

2. Line wifi yang super lembab. Nak loading 1 gambar kat facebook pon makan 1 jam. Apa lagi nak update blog. Mungkin makan masa seminggu baru dapat update 1 entri. 

Dan hari ini blog terupdate sebab aku ada kat rumah. Tak ada cuti, tapi aku sengaja bikin cuti sendiri. Hakikatnya, aku terpaksa tinggalkan 3 program penting. Majlis 'Welcoming Party' Sport Science (28/9), Program Larian Kelantan (1/10) dan Jamuan Hari Raya Nurani (2/10). 

Balik Johor tatkala duit biasiswa JPA dah ada dalam tangan adalah sangat heaven~! Itu adalah hakikat terindah. Akibatnya, satu lagi gajet disambar :)




















Dan sekarang, masa untuk mulakan kunci kira-kira. Sebab tak nak jadi macam sem lepas. Semester belum habis, JPA dah kering =.=!


NotaPalingRingkas: dan aku rasa macam nak bawak balik streamyx kat rumah aku ni ke kampus, supaya boleh online dengan jayanya

Thursday, September 15, 2011

Buku-Buku Rare


Ok.  Hari ni just nak koleksi buku-buku rare yang aku beli masa cuti sem lepas

1. Anarki Di Kuala Lumpur. 
Mohd Jayzuan
Ni limited edition. Kulit keras




2. Sperma Cinta.
Linglung
Buku ni best gila...!!!!



3. 28 Hari Jurnal Rock & Roll
Mohd Jayzuan (penulis ADKL)
Blom habis baca lagi




4.Pecah
Khairulnizam Bakeri
Tak sempat nak naca lagi.

5. Kasino
Saifullizan Tahir
Pon belum sempat nak baca. 
Sekarang aku tengah baca CEKIK (Fixi gak). Cekik aku pinjam dari Aizat


********** 

Semua buku ni aku beli dari UYA! Distro. Beli online ada, beli kat kedai UYA! terus pon ada. Dan aku dah buat pre-order untuk KITAB TERFAKTAB. Mungkin next week dapat la kitab yang semua orang tengah tunggu tu :)


Wajib baca:
1. RANAP
2. CEWAH