Thursday, December 16, 2010

Perjalanan Dari Sekolah Ke Universiti

Lepas PMR, bertimpa-timpa semangat nak masuk sekolah asrama. Berharap dapat masuk sekolah integrasi. Bila keluar result, memang dah nampak jalan menuju asrama tu ada. Tapi alih-alih, dapat tawaran masuk Sekolah Menengah Agama. Choi~!!! Memang tak la... Nak tak nak, stay dekat sekolah yang sama sampai habis SPM.

Tingkatan 4, dapat masuk kelas sains tulen. Tapi kena tambah subjek prinsip akaun. Rafidah Bakri memang dilahirkan untuk menjadi manusia yang membenci nombor. Matematik, matematik tambahan dan prinsip akaun adalah musuh sejati. Memang bersyukur gila la kalau lulus add math. Bila ujian bulanan, kalau dapat markah 29 tu dah kira ok la tu. Betapa rendahnya IQ. Time kelas add math, kami (merujuk kepada sekumpulan pelajar, bukan seorang) setia menunggu jawapan dari rakan-rakan yang dilahirkan untuk mencintai nombor.




tingkatan 5. pendek. duduk tepi je. baju merah tu pengawas. buruk sungguh


Atas dasar kebencian yang makin ketara pada nombor, subjek prinsip akaun digugurkan. Tak jadi ambik. Ganti dengan subjek sains sukan. Cuma 16 orang je yang ambik subjek Sains Sukan kat SMK Air Tawar masa tu. 15 lelaki, sorang perempuan. Perempuan bertuah tu adalah Rafidah Bakri. Mula jadi pelajar rasmi Sains Sukan dalam bulan 2, masa tingkatan 5. So, belajar subjek tu tak sampai setahun. Tindakan berani mati yang menimbulkan keraguan para pendidik. Tapi minat punya pasal, layankan gak

Memang la bertuah sangat jadi satu-satunya perempuan yang ambik subjek ni. Masa exam, memang tak boleh duduk tengah. Rasa macam kena kerumun dengan peminat-peminat yang nak mintak otograf. Tak. Sebenarnya mereka-mereka tu nak tiru jawapan. Ya. Sangat horror.... Tapi berjaya tahan dugaan sebagai jantina berlainan dalam kumpulan tu sampai la habis paper Sains Sukan masa SPM. Hari menjawap kertas sains sukan SPM 2007 sangat best. Semua 15 orang pelajar lelaki sangat kelakar. Mereka berjaya buat Rafidah Bakri gelak guling sampai keluar air mata.

Result SPM keluar. Tak nak dah cerita apa jadi masa tu. Cukup la sekali aku cerita kat sini. Memalukan. Atas sebab result yang agak macam haram, masuk la matrik Johor. Setahun yang sangat mencabar. Serius mencabar.



rakan sekelas kat KMJ


Masa orang lain sebok apply UPU, aku pon join gak. Tah apa makna UPU tu pon aku tak tau. Tapi kawan-kawan cakap, kalau tak apply UPU tak boleh masuk U. Aku cuma menurut perintah je. Pilihan pertama dengan kedua, aku bubuh sains sukan. Mohon kat UMS dengan UiTM. Untuk USM, aku pilih satu course je. Sains Senaman dan Sukan.

Lepas habis exam kat matrik, dapat tawaran temuduga Ijazah Sains Sukan kat UiTM. Macam-macam aku gebang depan pensyarah tu. Aktif la, pesilat MSSM la, ada basic sains sukan la. Memang confident aku gebang.

Bila dah keluar keputusan panggilan sambung belajar, dapat kat USM. Course Sains Senaman dan Sukan. Memang lama gak la pikir nak terima ke tak. Sebab berharap dapat kat UMS. Lepas mintak pandangan dari kaum kerabat dan sahabat handai, aku ambik yang dekat USM ni. Sampai la sekarang.



8 orang je batch kami. ya. 8 orang je. yang berdiri tu je, tolak sorang sebab dia pindah UPM.


Tak tau la nak ke mana lepas abis study nanti. Macam ragu-ragu. Tapi ingat nak jadi macam Bob Harper & Jillian Micheal. Aku suka kat diorang

9 comments:

  1. wahh ..~ smk air tawar rupanya.. hehe ..

    ReplyDelete
  2. a'ah.. Kenapakah?? femes gak sekolah sy rupanya. hahaa...

    ReplyDelete
  3. hehehe...boleh jadik jurulatih the biggest lower nih,heheheh

    ReplyDelete
  4. hiro: thanks :)

    izzat: ternampak unsur2 memerli disitu. hahahha

    ReplyDelete
  5. kami (merujuk kepada sekumpulan pelajar, bukan seorang)

    adakah elynn, pidah dan yan kejes??? hahaha :p

    ReplyDelete
  6. ABE..

    anda telah menjawap soalan anda :)

    ReplyDelete
  7. hahaha. kami menunggu jawapan daripada aisarina n pipah. hee.

    ReplyDelete
  8. salam saye mendapat tawaran di usm kos sains senaman dan sukan... kalo bole saye tanye sains sukan ni hanya utk org yg aktif ke?? susa ke kos ni?? mohon penjelasan

    ReplyDelete