Wednesday, December 8, 2010

Ku Lihat Layu Dalam Melayu


"Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat, dari melihat bangsaku dijajah. Tidak ada yang lebih menyedihkan, dari membiarkan bangsaku terus dijajah"

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak

Ada juga bercadang bertanya tuan punya

Tapi bercampur risau dan tak tergamak

Nanti dikata tak bersyukur

Dikata tak sedar diri

Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui

Yang kita sendiri

Membiarkan bunga raya

melayu ke kanan

Dan dibiarkan bunga tak cantik

Mekar di kiri


Aku lihat layu dalam Melayu

Tanah air kita yang punya

Kita siram

Kita baja

Tapi angin api kita lupa

Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa

Kita lupa nenekmoyang kaya raya

Jangan sekali-kali digadai harta benda


Ku lihat layu dalam Melayu

Ku lihat layu dalam Melayu

Ku lihat layu dalam Melayu


Takkan Melayu hilang di dunia

Ya...

Tapi apa guna tak hilang di dunia

Kalau kewujudan tak dirasa

Petah berbahasa kudrat tak berjasa

Orang berbudi kita hanya mampu merasa

Selalu lari bila dirapat

Selalu mali bila soalan diaju


Selalu segan memberi pendapat

Rela mengukit dari meneraju

Belum nyanyi sudah sorak

Suka berjanji dalam borak

Bukan kata tak ada otak

Cuma tak berfikir di luar kotak


Ku lihat layu dalam Melayu

Ku lihat layu dalam Melayu

Ku lihat layu dalam Melayu


Aku jadi sayu

Bukan menangis dia mendayu

Mahu jadi cantik tapi ragu

Aku merayu

Bangunlah semula hidup kembali

Jangan tunggu matahari mati

Cepat mekar sebelum terlerai


Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai


"Perjuangan kita belum selesai. Kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina merrcu tanda bangsanya yang berjaya"

*******************


:.LAYU.:
Malique ft. Tun Dr. Mahathir
Muatturun dari sini. Terima kasih kepada pemilik asal video ini.


5 comments:

  1. huhuhu...sedih dengan melayu...ingin sekali dikenali sebagai melaju...

    ReplyDelete
  2. ijatnuar87: melaju.. sedap bunyi dia. tapi bila Melayu nak melaju.

    ordinaru89art: ya.. melayu

    ReplyDelete
  3. hehehhe...mmg besh bunyinyer..ambik dari satu tajuk novel sebenarnyer,heheheh....nnt akan direview

    ReplyDelete
  4. "Siapa yang akan perjuangkan wasiat terakhir Hang Tuah ?" mungkin itu mesej yang uba disampaikan dalam lagu tersebut atau mungkin hanya bertujuan untuk memberitahu sifat melayu sebenar ?

    ReplyDelete