Wednesday, December 8, 2010

Kisah Teladan: Hikayat Sang Gajah

Pesanan penaja: cerita di bawah diolah secara besar-besaran dari idea asal.

********************

Arakian, api semakin marak. Si gajah jantan mula berasa seram sejuk tatkala melihat si gajah betina hampir terjatuh ke lautan api. Hatta, si gajah jantan berlari sepantas Usain Bolt ke arah si gajah betina. Sang anak mula meroyan tak tentu pasal tatkala melihat adegan klimaks antara ibu dan bapa mereka itu. Berkat kesabaran si burung biru kenit, mereka selamat....

Perjalanan yang penuh onak duri diteruskan. Sementelah, sampailah mereka itu ke satu kampung yang mana muka rakyat-rakyatnya semacam samseng jalanan. Si gajah jantan mula berkerut dahi, kerana memikirkan bala yang bakal menimpa mereka.

'abang sayang, dinda takut' ngadu si gajah betina.

'sabar sayang abang, kanda ada' jawap si gajah jantan.

'aduhai... mengapa ibu dan bapaku beraksi romantis pada ketika ini. Tak nampakkah mereka kepada gerombolan manusia yang bermuka bengis tak hingat di depan kita ini' ngomel sang anak.

Sedang si gajah jantan berfikir akan tindakan yang harus diambil, tiba-tiba....




IKLAN SABUN BIOZIP

Terima kasih Astro. Korang memang pandai cari timing nak selit iklan. Kot ye pon, bagi la lepas part best ni dulu. Hampeh

*************



Fuhh... Memang best cerita Jumbo Gajah Biru. Layankan anak sedara punya pasal. Last2 diorang tido, aku yang eksaited tengok cerita gajah comel ni sampai habis. Memang berjuta-juta kali lagi best dari tengok sinetron Indon yang selalu ada adegan konon-konon cemas. Lepas tu nak pause-pause part tu sambil buat muzik background dum-dam-dum-dam bajet nak buat orang takut. Cirit betol..



notagajah: Apsal aku tak pernah tau kewujudan cerita ni sebelum ni??

No comments:

Post a Comment