Friday, December 17, 2010

Segmen: Dulu Aku Nakal



Ok. Entri ke 100. Segmen Ncik BA kali pasal ceritera masa zaman sekolah. Entri malam pon pasal sekolah gak. Kira ni kesinambungan entry semalam la. Segmen ni paling semangat nak join. Sebab memang suka bagi tau orang lain pasal zaman jadi budak sekolah. Amanah Ncik BA kali ni...

Nama sekolah rendah dan menengah

1.Sekolah Kebangsaan Dato' Ismail Saadon (1998- 2002)

2.Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar (2003-2007)


Aktiviti ko-kurikulum yang diceburi
Memang tak minat nak join kawad-kawad ni. Dari darjah 6 lagi dah start masuk persatuan Silat Gayong. Sampai la tingkatan 5. Masa tingkatan 5, dapat jadi wakil negeri Johor pergi peringkat kebangsaan

Jawatan yang pernah disandang
Part ni yang malu nak bagi tau ni. Dulu masa sekolah menengah dapat jadi penolong ketua pengawas. Tak tau la macam mana boleh dapat jawatan tu. Kalau bagi tau kat kawan2 matrik ngan kampus yang dulu pernah jadi penolong ketua pengawas, suma tak nak caya =.=!

Nama guru kesayangan
Cikgu Zamdilaila. Sampai sekarang rapat dengan dia

Subjek paling disukai dan dibenci
1.Paling suka, pendidikan jasmani. Time ni la kan nak keluar kelas. Kalau la PJK ni ada dalam SPM, confirm A1 masa tu.
2.Subjek paling tak suka. Jap2.. Pembetulan. Bukan tak suka, cuma tak pandai sangat kalau bab nombor-nombor ni. Bila dah tak pandai, jadinya tension la belajar matematik dengan add math

Kawan baik masa sekolah
Elynn ngan Ecah. Sampai sekarang kami selalu dating sama2. Tapi diorang tak berapa nak baik sangat. Diorang pon nakal :)

Cita-cita masa sekolah
Nak jadi angkasawan. Nak jadi perempuan pertama sampai bulan. Tapi cita-cita tu tinggal harapan je

Artis feveret masa sekolah
VE dengan Ahli FIkir. Sampai sekarang minat

Perkara paling tak lupa masa sekolah
Dapat naik podium. Best kot tiap kali dapat naik podium. Lagi-lagi kalau ada kejohanan olahraga sekolah. Memang riak la time tu. Walaupun dapat naik tak sampai pon 5 kali sepanjang jadi budak sekolah..

Jika dapat kembali ke zaman sekolah, apa yang nak dilakukan
1. Nak jadi murid pertama yang tak akan pernah langgar peraturan sekolah. Ada ke murid macam ni???
2. Nak makan kat kantin sekolah menengah tu puas-puas. Makanan dia sedap

Ceritera kenakalan masa sekolah
1. Masa kat sekolah, pernah makan durian. Durian je. Ada kawan bawak, masuk dalam bekas. Lagi best, makan dalam kelas, time ustazah tengah mengajar. Kena marah gak la. tapi nak buat macam mana. kami dah makan. bau pon dah merebak. Tak kan nak tangkap semula bau durian tu masuk bekas :)

2. Dulu tak suka datang sekolah awal-awal. Sejak hari first tingkatan 3, memang hari-hari datang lambat. Sengaja. Selagi loceng tak bunyi, selagi tu la takkan nampak batang hidung Rafidah Bakri kat sekolah. Sebab kalau datang awal-awal, kemungkinan nak mengumpat dengan kawan-kawan tu tinggi. Lagi baik dengar info ringkas Era. Dapat gak ilmu. Tapi misi ni terbantut masa hari pertama tingkatan 5. Seorang penolong ketua pengawas jadi murid paling lambat datang sekolah. Ala.. baru hari first. Bukannya dah start belajar, monolog dalam hati. Sampai je tapak perhimpunan, terus kena panggil dengan cikgu disiplin. Saya tak suka beliau. Harap maklum. Lagi best, dapat habuan dari pengetua. Memang kaw2 punya habuan. Terima kasih cikgu. Sejak tu, memang dah tak boleh datang lambat. Esoknya, cikgu disiplin tu tunggu kat pintu pagar, nak tengok aku datang pukul berapa. Saya datang pukul 7 pagi, wahai cikgu. Hari masih gelap lagi masa tu. Ya . 7 pagi...




pengganas pengawas dan cikgu-cikgu disiplin

10 comments:

  1. tak budak budak la kalo tak nakal kan? haha

    ReplyDelete
  2. amir: thanks bro. lambat pon xpe kan....

    kembar: nakal itu stylo. haha... kalau kat sekolah, budak nakal la femes :)

    ReplyDelete
  3. awak, bile kt na dating? kite kena dating bawak anak ni. get ready. hahaha

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan dari norfa.. nama saya sam..s.u.m..sam..hahahaha

    ReplyDelete
  5. syafiq: zaman kegelapan punya cerita ni. sekarang dah x nakal sangat. haha

    rozuan & norfa: salam perkenalan. terima kasih singgah. i'll catch u back :)

    ReplyDelete
  6. serikandi negeri nih..hehe
    mana dapat perkataan congek cakdong tu?parents asal klate ke?

    ReplyDelete
  7. Kalamhati: sy anak jati johor. parents dua2 orang johor. Congekcakdong tu roomates yang ajar, sebab roomates semua orang kelantan

    atiq: mawas yg susah nak kawal. spesies dah nak pupus ni. hahaha....

    ReplyDelete