Showing posts with label tentang sahabat. Show all posts
Showing posts with label tentang sahabat. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

2007 vs 2012

Tak ada kerja. Ini yang terhasil. 
Yang di atas tahun 2007, yang di bawah tahun 2012

Cara berkesan untuk kurangkan nervous sebelum pertandingan.
Gaya bergambar/pose wajib setiap tahun (1)


Mengenang jasa jurulatih/senior.
Gaya bergambar/pose wajib setiap tahun (2)


Ini paling tak boleh tahan. Kami selepas 5 tahun.


Haha... Noob gila.

Monday, November 14, 2011

Momen Indah


Purnama ke 11, hari ke 14.
Muzik latar: Tidur by Zulhuzaimy

Kalau lah boleh patah balik masa, aku nak balik semula ke zaman sekolah. Klise. Tapi tu la hakikat. Semua orang pon nak. 

Datang sekolah lambat, beratur dekat perhimpunan hari-hari, nyanyi lagu sekolah, masuk kelas, belajar, rehat, belajar semula, kelas tambahan, balik. Kalau nasib tak baik, ada spotcheck. Habis semua barang haram kena rampas. Lagi parah bila cikgu disiplin jaga dekat pintu pagar. Terpaksa la main nyorok-nyorok supaya tak kantoi datang lambat. Rutin harian. Oh ya.. Aku bukan budak sekolah asrama. Aku sekolah harian. 

5Sains, SMK Air Tawar 2007
Paid, Izat,Piki, Luqman, Jem, Syafik.
Piza, Wani, Rahila, Elyn, Tasya, Yan, Ecah, Muza, Mira, Ai, Zana, CT.
Pidot, Nana, Ikin, Shida, Pipah, Cikgu Jun, Hairi, Mizi, Anas, Wali.

Masing-masing bawa bekal. Kongsi makanan masa rehat adalah normal.


Mini graduasi. Dan sekarang, ramai yang dah betul-betul grad dan ada scrol sendiri.

 Tara... Mempersembahkan, my bestie.
Si Gembeng, Si Huru-hara, Si Buruk Perangai.
Naik pentas sebab ambik trofi, wakil sekolah untuk macam-macam pertandingan yang selalunya diiringi dengan kekalahan, pergi latihan silat, naik podium masa hari sukan sekolah. Momen indah.

Kena tahan kat perhimpunan sebab datang lambat, fail matematik tambahan secara berterusan, tak boleh masuk makmal sebab tak bawak buku, bubu teks kena rampas sebab tinggal bawah meja, kena buat kerja bawah meja sebab tak siap kerja sekolah, kena maki masa training silat. Pengalaman. Yang jadikan kita manusia.



Kenangan silat


Dan kawan zaman sekolah adalah kawan yang kau akan ingat sampai bila-bila. Sampai habis nafas kau. Sebahagian dari kami, lewat waktu ini:


 


Semoga kita tak pecah-belah. Sampai masing-masing habis belajar. Sampai masing-masing dah kerja. Sampai masing-masing dah kahwin. Sampai masing-masing dah ada anak cucu. Sampai bila-bila. Kawan sampai mati.

Baca ini juga:

Wednesday, April 13, 2011

Ini Buat Aku Sengsara

Ok. Telah diumumkan oleh junior-junior SMK Air Tawar bahawa pertandingan silat seni peringkat daerah Kota Tinggi akan diadakan pada Ahad ini. Dan peringkat MSSJ akan diaadakan pada 28-30 April. Peringkat MSSM dan Jemputan Antarabangsa kat Sarawak.

What a nice date. Ahad ni junior-junior berentap kat gelanggang, aku berentap kat dewan exam untuk paper pertama final exam semester ni. Dan tarikh untuk MSSJ pon cukup cantik. Berapa hari je sebelum aku habis paper. Korelasi yang menyeksakan. Ini sedih ok. Serius sedih. Saya nak tengok kamu berentap, wahai junior-juniorku. Boleh tak kalau aku doa, tarikh untuk MSSj ditunda. At least, korang ada masa nak berlatih. Tehee.. *alasan*


*********

Beberapa tahun lepas, waktu-waktu nak dekat dengan pertandingan ni memang seram. Dan waktu-waktu tu la banyak kenangan best. Kenangan paling legend, selipar terbang. Bila kami kumpul sama-sama, kenangan tu first sekali yang akan diungkit. Banyak lagi yang best. Tak tersenarai rasanya. Ok. Rindu kamu semua wahai budak-budak silat SMKAT. Termasuk kau, Ika Shika. Beliau antara srikandi Johor yang femes. Sila gerun sama beliau. Tak lupa gak Hunny Azman. Beliau antara manusia yang mendorong aku join silat :)

Oleh sebab sedang berada dalam mood sengsara kerinduan, aku pon nekad buat entri ni. Dengan itu, saya persembahkan beberapa gambar masa pertandingan. Ni tahun 2007. Zaman ni, DSLR belum muncul lagi. kemera yang pakai filem pon masih ada orang guna aku rasa.

Dipersembahkan......



muka yakin boleh menang. guess which one is me? haha



Oh... Muka semua tersangat lah tak bersalah.

Semua dah habis sekolah sekarang.

Ramai yang dah jadi jurulatih. Aku?? Juruletih..




JB vs Kota Tinggi



Tahun 2007, kali pertama jejak kali ke Kelantan. Kali pertama dan terakhir dapat masuk MSSM. Aku tak hebad. Tu pasal sekali je dapat join MSSM Dan sangat tak sangka yang aku akan jejak kaki lagi ke bumi Kelantan ni. Siap pakej 4 tahun lagi.



Team Johor, 2007.



Sejak sekolah rendah aku join silat, tahun 2007 paling best. Sekarang dah 2011. Dah 4 tahun. Tapi kenangan tetap dihati. Go PSSPGM. Hidup silat Johor~!

Friday, March 25, 2011

Budak-budak Comot




Kalau aku boleh terbang

Bukan sini tempat aku
Dah lama aku berambus
Datang dekat kau
Peluk cium sampai lebam

Lantak apa si Bedah nak kata
Pergi jahanam dengan umpat keji Tijah
Persetan jeling tajam Kiah

Kamu dua tetap kesayangan aku



Bedah. Tijah. Kiah
Cantik. Manis. Ayu
Semua sempurna untuk aku
Kamu dua tak

Kamu dua tetap kesayangan aku
Kawan sampai mati




ini sayang saya

Rindu.
Serius.


Sunday, March 20, 2011

Pelajar dan Mata Pelajaran Sains

tahun 2000
Ok. Memang seronok bila dapat kuasa autonomi untuk tak payah belajar darjah 4. Bila mana budak-budak sebaya aku kena bertatih-tatih belajar Sains dengan Kajian Tempatan, aku dah boleh berlagak konon-konon power.

tahun 2001
Memang agak jahanam sebenarnya bila tak belajar Sains darjah 4. Impian konon-konon nak belagak power bertukar jadi mimpi ngeri. Bayangkan, seumur hidup aku (10 tahun waktu tu) tak pernah dengar perkataan hipotesis, tiba-tiba dapat kerja sekolah kena cari hipotesis. Analogi dia macam suruh orang pedalaman kat negara Somalia buat karangan Bahasa Melayu. Memang bayang-bayang jawapan tu tak nampak langsung. Nak tanya kawan sekelas, tak kenal sapa. Sebab semua lagi tua. Jalan penyelesaian paling simple, menangis tiap-tiap kali buat homework Sains sebab tak reti buat.

pertengahan tahun 2001
hari amek penyata @ report card. Untuk budak-budak spesis otak komputer 4G, memang hari ni tak ada masalah. Tapi tak bagi aku. Hari ni hari pembongkaran rahsia paling besar. Akhirnya mak aku kantoikan dengan cikgu Sains yang sebenarnya subjek tu tak serasi dengan aku. Akibatnya, tiap kali kelas Sains aku kena duduk depan. Kayuh pelan-pelan

tahun 2002
Keputusan UPSR memang seperti yang dijangka. Barai dengan jayanya. Paper Sains kelaut

tahun 2011
Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal macam celaka dia punya suka. Sejak lepas UPSR, memang Sains jadi subjek peveret selain PJK dengan rehat. SPM amik sains tulen, pastu masuk matrik amik sains hayat. Sampai la sekarang. Masih bergelumang dengan dunia sains. Jodoh agaknya.


*******

Tapi lain pulak dengan budak-budak zaman sekarang. Nak kata subjek ni makin advance, aku rasa lebih kurang sama je silibus dengan masa aku zaman sekolah dulu. Mungkin disebabkan budak-budak zaman sekarang terlalu terdedah dengan budaya kuning. Ni la akibat dia...









Aku terlepas subjek 'pemikiran kreatif' masa darjah 4 eh ??


notasains: zaman dulu2 ada exam PTS. Sapa lulus exam tu, dia terus lompat belajar darjah 5.

Tuesday, January 18, 2011

Selamat Hari Kejadian


Ok. Himpunan birthday kawan-kawan bulan Januari.



CT (1. Januari)
satu dunia sambut har jadi dia


Syafik (10.Januari)


Miera (23.Januari)

Dan yang terakhir.....


Jem (18. Januari)
hari ni besday dia. tuo doh saing ambo ni


Pantun untuk kamu-kamu semua:
Happy birthday to you
You are born in the zoo
you are like monkey and kangaroo
happy birthday to you
pheewittt~~!!!

*kawan sampai mati*



semua gambar dicuri dari fb mereka-mereka itu

Tuesday, December 28, 2010

25 Random Things About Me

Ok. Ni Ncik Amir yang tag. Dah lama sebenarnya dia tag, tapi baru hari ni buat entry ni. Ampunkan patik, Ncik Amir. Sebab dalam hal ni, aku guna prinsip better late than never. Lagi satu, hari tu dah jawap tag dari Cik Indah tentang 20 kelebihan diri. Untuk tag kali ni, nak jawap 5 je la. Kalau campur dengan tag Cik Indah tu, 25 la jadinya. Tak gitu Ncik Amir?? Ok. Gurau je.


1. Anak jati johor. Ayah orang Johor, mak pon orang Johor. Lahir kat Johor, membesar kat Johor. Sama gak la dengan Ncik Amir ni. I'm proud to be Johorean.

2. Lahir 6 Febuari. Motip tayang tarikh lahir, sebab nak mintak hadiah masa birthday nanti. Tak dapat ipod touch, dapat cermin mata Adidas Condes pon jadi la..

3. Lahir dalam keluarga yang besar. Ada 5 kakak dan 2 abang. Aku anak paling bongsu. Sekarang ni dah ada 11 anak sedara.

4. Dulu masa sekolah, cita-cita nak jadi angkasawan. Sebab nanti boleh pergi bulan. Tapi aku selalu cakap kat kawan-kawan, nanti aku nak susun bintang jadi nama aku kalau aku dapat pergi angkasa. Dah besar sikir baru la tau yang tu statement paling tak logik. Cuba cerita sikit macam mana nak susun bintang??!!

5. Selalu menipu masa buat experiment kat sekolah. Pernah sekali tu, orang lain guna air liur tapi aku guna air paip biasa je. Tapi cikgu cakap aku punya experiment jadi.

6. Lepas habis sekolah, masuk matrik Johor. Amik sains hayat. Memang sangat mencabar hidup kat matrik. Ye la... Setahun nak catch up banyak2 subjek. Nasib baik result ok.

7. Masa kat matrik, ada sorang roomates bukan orang Johor. Lepas tu aku tanya la dia, 'kau tau epok-epok tu apa?'. Dia pon jawap 'epok-epok ialah sejenis haiwan laut'. Jawapan konfident beliau buat aku gelak pecah perut sampai keluar air mata.

8. Lepas habis matrik, sambung belajar kat USM Kubang Kerian. Ambik course sains senaman dan sukan. Baru tahun dua. Masih bertatih-tatih lagi sebelum dapat ijazah.

9. Suka kumpul barang pelik-pelik. Plastik gula-gula, plastik tisu, resit bank.

10. Suka makan laksa. Memang feveret. Bila balik cuti je, mesti masak laksa kat rumah. Kalau masa bulan puasa, boleh dikatakan hari-hari buka puasa dengan laksa.

11. Kuat makan. Ni memang masalah besar yang tak pernah selesai. Aku memang ada masalah buruk lantak.

12.
Dalam hidup ni, kadang-kadang aku skema. Terlalu skema. Terlalu mengikut peraturan. Tapi kadang-kadang je la.

13. Lebih suka jadi diri sendiri. Abis, nak jadi sapa lagi kan kalau bukan diri sendiri. LOL.. Maksud aku, aku tak kesah orang nak cakap aku nerd ke, serabai ke, yang penting tak kacau orang lain.

14. Sangat suka pada barang-barang Adidas. Selalu bukak website Adidas, lepas tu kecewa. Motip?? Sebab tak berapa mampu nak beli semua barang-barang tu.

15. Sangat takut pada serangga yang boleh terbang. Belalang memang nombor satu yang paling aku takut. Kalau ada belalang kat ruang tamu, aku sanggup tak tengok tv selagi belalang tu tak hilang. Horror..

16. Suka masuk air. Tak kesah la pantai ke, laut ke, air terjun ke, kolam renang ke. Yang penting air. Tapi aku tak pandai berenang =.=!

17. Suka pada orang yang pandai main gitar. Ada sapa-sapa nak ajar aku main gitar??

18. Ada friendster, tapi dah lama gila tak bukak. Ada facebook, tapi aku akan approve orang yang aku kenal je. Macam kawan-kawan masa sekolah, sedara-mara, dan orang yang aku pernah jumpa face to face. Orang-orang lain aku selalunya ignore. Ada channel sendiri kat youtube, sebab suka komen video orang lain.

19. Tak ada myspace. Tak ada twitter. Tak ada formspring. Masih boleh hidup dengan jayanya tanpa benda-benda tu semua.

20. Mula buat blog masa bulan 4 tahun 2010. Masa tu roomate yang ajak buat. Sekarang ni umur blog ni dah 8 bulan

21. Aku jadikan perkataan congekcakdong sebagai url sebab roomate yang ajar perkataan tu. Jongkang-jongkit dalam bahasa Kelantan. Mula-mula aku gelak bila dengar perkataan tu. Tapi lama-lama macam sedap plak. Cuba sebut perkataan ni laju-laju & banyak-banyak kali, mesti terbelit lidah.

22. Aku guna frasa 'Aku dan Mereka' untuk tajuk blog ni sebab entri dalam blog ni tentang aku dan mereka. Mereka tu merujuk pada beliau-beliau yang ada kat sekeliling aku.

23. Suka baca blog Kak Fynn Jamal, Hanis Zalikha dengan Ncik Sembang Kencang. Banyak lagi blog lain yang aku suka baca. Makan masa 2 hari la kalau nak listkan semuanya.

24. Suka ping entri dekat StoryAnda, GengBlogger dengan Kelab Blogger Tegar. Tapi StoryAnda tempat paling selalu aku ping

25. Suka stalk facebook orang lain :)



Okeh... selesai

Monday, December 20, 2010

Seharian Gantung Keluar (hang-out)

Ok. Kami telah berjaya keluar dari dunia kebosanan.


:.Ceritera belakang lorong.:

Destinasi pertama yang dituju adalah ATM. Curi duit dari akaun masing-masing sebagai bekalan seharian. Hantu Kak Limah tunggu kat dalam wayang. Sebelum tengok, makan dulu. Adalah normal bagi kaum wanita untuk bergambar semasa makan. Ni saja nak bagi fakta ringkas. Tipu la kamu yang ada BINTI di hujung nama kalau tak pernah buat :)








Menonton hantu Kak Limah dengan perut kenyang. Oleh sebab ni cerita Mamat Khalid, aku bagi 4 bintang. Cerita beliau semua best ok. Cerita beliau adalah cerita Melayu yang akan ku tonton.

Lepas habis, aktiviti window shopping pon berlangsung. Ke butik Padini. Jalan laju-laju ke rak yang tertulis 'Sale 70%'. Banyak baju disepahkan. Lepas puas hati, pergi pula ke kedai-kedai menjual alat make-up. Kemudian ke Levi's, Converse, Summit, Yamaha etc. Motip ke Yamaha?? Semua dikunjungi dengan riangnya. Beg duit sentiasa dibuka dan ditutup. Melihat berapa helaian kertas yang masih ada dalam tu. Hati sangat puas. Kaum wanita memang suka saat-saat macam ni. Haram maklum. Rasanya, mesti penjaga kedai tu bengang dengan kitorang. Lain kali diorang patut letak tag 'lepas lihat, sila lipat/susun semula'.

Sangat penat. Masa untuk kembali ke jalan kebenaran. Keluar dari tempat yang menggoda nafsu kami. Tapi, kami makan lagi sekali. Banyak tenaga yang kitorang dah guna *alasan*


Calon-calon anugerah makhluk pelahap. Pemenangnya....

*
*

*
*

*
*

*
*


Faktor kemenangan: menyuap kentang dengan kedua-dua belah tangan, sambil menggigit burger yang dihulurkan oleh Seha



Akhirnya, kami pulang ke rumah tanpa membeli apa-apa. Nama pon window shopping kan =.=!! Ni semua sebab loan untuk next semester tak masuk lagi

Thursday, December 16, 2010

Perjalanan Dari Sekolah Ke Universiti

Lepas PMR, bertimpa-timpa semangat nak masuk sekolah asrama. Berharap dapat masuk sekolah integrasi. Bila keluar result, memang dah nampak jalan menuju asrama tu ada. Tapi alih-alih, dapat tawaran masuk Sekolah Menengah Agama. Choi~!!! Memang tak la... Nak tak nak, stay dekat sekolah yang sama sampai habis SPM.

Tingkatan 4, dapat masuk kelas sains tulen. Tapi kena tambah subjek prinsip akaun. Rafidah Bakri memang dilahirkan untuk menjadi manusia yang membenci nombor. Matematik, matematik tambahan dan prinsip akaun adalah musuh sejati. Memang bersyukur gila la kalau lulus add math. Bila ujian bulanan, kalau dapat markah 29 tu dah kira ok la tu. Betapa rendahnya IQ. Time kelas add math, kami (merujuk kepada sekumpulan pelajar, bukan seorang) setia menunggu jawapan dari rakan-rakan yang dilahirkan untuk mencintai nombor.




tingkatan 5. pendek. duduk tepi je. baju merah tu pengawas. buruk sungguh


Atas dasar kebencian yang makin ketara pada nombor, subjek prinsip akaun digugurkan. Tak jadi ambik. Ganti dengan subjek sains sukan. Cuma 16 orang je yang ambik subjek Sains Sukan kat SMK Air Tawar masa tu. 15 lelaki, sorang perempuan. Perempuan bertuah tu adalah Rafidah Bakri. Mula jadi pelajar rasmi Sains Sukan dalam bulan 2, masa tingkatan 5. So, belajar subjek tu tak sampai setahun. Tindakan berani mati yang menimbulkan keraguan para pendidik. Tapi minat punya pasal, layankan gak

Memang la bertuah sangat jadi satu-satunya perempuan yang ambik subjek ni. Masa exam, memang tak boleh duduk tengah. Rasa macam kena kerumun dengan peminat-peminat yang nak mintak otograf. Tak. Sebenarnya mereka-mereka tu nak tiru jawapan. Ya. Sangat horror.... Tapi berjaya tahan dugaan sebagai jantina berlainan dalam kumpulan tu sampai la habis paper Sains Sukan masa SPM. Hari menjawap kertas sains sukan SPM 2007 sangat best. Semua 15 orang pelajar lelaki sangat kelakar. Mereka berjaya buat Rafidah Bakri gelak guling sampai keluar air mata.

Result SPM keluar. Tak nak dah cerita apa jadi masa tu. Cukup la sekali aku cerita kat sini. Memalukan. Atas sebab result yang agak macam haram, masuk la matrik Johor. Setahun yang sangat mencabar. Serius mencabar.



rakan sekelas kat KMJ


Masa orang lain sebok apply UPU, aku pon join gak. Tah apa makna UPU tu pon aku tak tau. Tapi kawan-kawan cakap, kalau tak apply UPU tak boleh masuk U. Aku cuma menurut perintah je. Pilihan pertama dengan kedua, aku bubuh sains sukan. Mohon kat UMS dengan UiTM. Untuk USM, aku pilih satu course je. Sains Senaman dan Sukan.

Lepas habis exam kat matrik, dapat tawaran temuduga Ijazah Sains Sukan kat UiTM. Macam-macam aku gebang depan pensyarah tu. Aktif la, pesilat MSSM la, ada basic sains sukan la. Memang confident aku gebang.

Bila dah keluar keputusan panggilan sambung belajar, dapat kat USM. Course Sains Senaman dan Sukan. Memang lama gak la pikir nak terima ke tak. Sebab berharap dapat kat UMS. Lepas mintak pandangan dari kaum kerabat dan sahabat handai, aku ambik yang dekat USM ni. Sampai la sekarang.



8 orang je batch kami. ya. 8 orang je. yang berdiri tu je, tolak sorang sebab dia pindah UPM.


Tak tau la nak ke mana lepas abis study nanti. Macam ragu-ragu. Tapi ingat nak jadi macam Bob Harper & Jillian Micheal. Aku suka kat diorang

Thursday, December 9, 2010

Aku pandang, aku senyum. Aku baca, aku gelak

Ok. Siang tadi terrajin selongkar rak buku yang penuh dengan khazanah yang dah berkurun. Mata ni jatuh kat fail warna pink. Dan aku tak suka warna pink. Tapi tangan ni tetap nak capai fail tu. Bukak. Mak aih... Peninggalan sejarah yang tah dah berapa tahun aku simpan. Jumpa kad raya, surat, buku biodata bagai. Aku senyum je. Aku baca satu-satu. Dan akhirnya aku gelak macam hape.

Memang nostalgia barang-barang tu. Sejak zaman sekolah rendah aku simpan. Aku SPM tahun 2007. Kalau sejak zaman sekolah rendah, tak ke dah dekat 9 tahun. Dan semua masih cantik. Cuma tulisan je masa tu hodoh gilak.

Kad raya masih dalam sampul dia. Surat pon masih cantik dalam sampul surat. Setem pon tak tanggal lagi. Buku biodata masih berwarna-warni. Buku ni paling lawak dalam banyak-banyak barang. Memang terserlah sifat ketidakmatangan akal fikiran. Sebab semua bantai tulis 'rahsia'. Baik tak yah bagi biodata. Pastu part makanan dan muniman kegemaran, tulis 'semua yang halal'. Kahkahkah... Kalau macam tu, senang je nak masak time diorang datang rumah nanti. Masak ikan goreng, tak pon telur mata je. Kan halal tu. Kira makanan feveret la tu kan.

Dalam banyak-banyak tu, aku dapat konklusikan kawan-kawan yang penulis tegar. Diorang rajin bagi kad raya dan surat bagai. Paling tegar..... Nani



Ni kad raya dari Nani. Lepas aku belek-belek kad ni, aku dapat sahkan yang kad-kad ni disimpan dari tahun 2003. Kad-kad ni dipos pakai setem 30sen. Kalau aku jalan kaki pergi rumah beliau, tak sampai 20 minit. Kesimpulan, rumah dekat je tapi sanggup pos. Baru ada elemen suprise bila dapat kad tu. *alamat rumah terpaksa di'sensored'kan*



Kawan lagi sorang ni pon penulis tegar gak. Elynn....

Ni kad raya masa zaman aku menengah rendah. Beliau suka tulis panjang-panjang dalam kad raya. Ayat beliau yang tak boleh bla lawaknya 'kalo datang umah ko ade donut sire tak??' Memang berdekah aku gelak. Masa sekolah dulu aku supplier kuih donut sire a.k.a donut pedas. Tapi takkan la time raya pon ko nak kuih tu. Haha...


Nampak tak duit 5sen?? Beliau lekatkan. Konon-konon duit raya. Ye. 5sen sahaja



Yang ni surat dari Ani. Dapat kat tangan tahun 2003. Zaman aku sekolah dulu, internet ni masih kelam-kelam je kawujudan dia kat tempat aku. Emel pon tak ada lagi masa tu. So, surat je la. Memang lawak isi kandungan surat beliau, kalau dibaca pada zaman sekarang.


Nampak tak yang kitorang masih tak matang akal fikiran waktu ni?? Tu gamba kartun tu bukti.. Kitorang memang selalu balas-balas surat. Sebab beliau dapat masuk TKC kat Seremban. Sampai sekarang aku masih tak paham kenapa beliau bagi aku lirik lagu Taufik Batisah kat dalam surat tu tajuk dia I Dream.



Surat ngan kad raya yang ni memang buat aku gelak pecah perut



Dapat masa tingkatan 4. Nama pengirim terpaksa dirahsiakan. Ayat last kat surat tu 'nanti kirim gamba awak & saya nak biodata awak plak bleh??'. Nasib baik tak ada bedak dalam surat tu.



Dan sesungguhnya aku rindu zaman tersebut. Aku bangga sebab aku sempat merasa zaman berutus-utus surat ngan bagi-bagi kad raya pada kawan-kawan. Banyak lagi kad, surat ngan gamba. Cuma tak upload je. Semua khazanah tu adalam dalam fail ni. Nanti datang rumah, cari eh.






Notakaki: Senarai penuh Blog Baru Pilihan dah keluar. Sila check anda punya blog. Nombo 250 kat sini macam kenal..

Sunday, December 5, 2010

Entri Khas: Untuk Seorang Sahabat

Ok. Hari ni 5 disember 2010. Hari lahir seorang sahabat, Ba. Banyak kali gak nama dia naik dalam blog ni, walaupun usia persahabatan kita masih baru lagi. Dalam entri ini, ini dan ini. Tapi sayang, semua entri ni aku tulis lepas kau dah tak ada.

Selamat hari lahir, sahabat. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu. Allah lagi sayang kau...

Mohd Hafizul Azlin Bin Rodi
5.Disember.1988 - 15.September.2010



Tak tau patut ke tak buat entry ni.

Friday, September 17, 2010

I hate this part

******ini juga entry sedih******

Ok. Macam biasa. Sebelum balik Kelantan, mesti mau ada entry baru. Nak buang homesick punya pasal. Tapi tak balik lagi dah homesick. Sangat horror. Bila aku tulis status Fb "nak pindahkan USMKK ke Johor", kawan2 pakat like. Maknanya ramai yg akan homesick. Ramai gak yg berharap USMKK dapat dighaibkan dan muncul kat kampung halaman masing2... Tiket malam ni pukul 8.35pm. Sangat la pelik bila ada 5 minit kat belakang tu. Nasib baik tak 8.37pm.

Kehilangan Ba masih terasa. Sumpah sangat sedih. Ba, tiap kali aku online, aku akan bukak FB kau. Tiap kali aku buka Fb kau, air mata aku mesti nak mengalir. Memang kita baru kenal. Aku jumpa kau pon awal tahun ni. Tapi kau sangat la best. Moga rohmu dicucuri rahmat, wahai sahabat. Aku dah rindu kau. Aku rasa macam tak nak masuk debat tahun depan. Moga kau bahagia di sana Ba. Aku nangis air mata darah pon tak guna. Kami kat dunia ni hanya mampu sedekahkan Alfatihah untuk kau.

Mood raya tengah sangat membuak-buak. Tak abis lagi nak beraya sebenarnya. Ni la sebab musabab utama aku tak nak balik USM. Haish... Tak puas lagi lepak2 dengan konco2 5SC. Tu pon tak jumpa semua. Kalau semua ada, mau cramp mulut aku gelak. Mungkin juga aku akan lupa semua ilmu2 aku. Sebab banyak sangat gelak. Susah tau mahu kumpul macam ni. Bak kata Puan Aduni, setahun sekali je. Dah la aku sorang tercampak kat Kelantan. Sangat jeles sama kamu2 yang lain. Haish..

Assignment?? Dem..!! Haram jadah aku tak buat lagi. Cuti adalah masa untuk bercuti. Bukan untuk buat assignment atau report atau penyata kira2 atau karangan 5 muka surat. Bukan juga untuk baca buku physiology chapter respiratory atau baca journal immunology. Semua tu tak harus ada dalam list perkara wajib buat masa cuti.

Banyak kerja yg menanti kat USM. Sekarang ni tengah usha2 bila lg cuti. Pasang azam setinggi Yao Ming utk balik umah masa study week. Insyaallah.

Tuesday, May 18, 2010

I Luv Skula

Aku baek mase skola dulu. korg x caye??!! btol... cume kadang2 je ternakal sikit mcm mr bean. ala.. sikit je. xde la sampai berkejaran ngan ncik Zamri mahupun dibantai oleh ncik ketua skola a.k.a Ramlan Rawi. paling terok pon kne siapkan kje bwh meja :)

motip utama aku g skola sbb nk jumpe kwn2. sbb nk blaja nombo 2. tahniah kwn2!! korg juara carta motip aku dtg skola

pernah mkn durian dlm kelas. durian je kot... masa tu kat skola agama. Aku, Farah ngan Emy kot. x pon ngan Mira Ripin. x ingat sgt. yg penting kami yg sesengal ubi ni kena sumpah ngan rakan sekelas. jelingan chekgu Rozana x bleh dilupakan. ala2 cekodok basi

selalu selamat dr spotcheck. sbb akal aku n kwn2 aku lg terror dr chekgu kami. bnyk tempat yg mustajab nk letak nset. aku selalu letak kt dlm beg, bwh bekal sanwich yg aku bwk tiap2 ari. kdg2, masokkan skali nset ngan sandwich dlm 1 plastik. Rahila slalu letak nset kt dlm stokin kalau ade spotcheck. tp aku rase die samak nset dy sblm guna smula. ye r.. port baek punye die simpan mase spotcheck. Elin ngan Nana letak kt dlm toilet. Junior plak letak dlm anak tudung.

umah aku jd tempat study group. Piki, Syapik n Wali slalu dtg. tp dekat2 nk SPM, ade yg bdk2 laen yg dtg. Shida Nordin, Apisyam ngan Firdaus Sahlan. gile tekejut mase dorg dtg. tp aku bangga tahap gajah belari ngan semangat dorg

masa dpr result SPM, aku nangis. sume org ingat aku nangis sbb result aku yg cam haram tu. tp sebenanye aku pon x tau nape aku nangis. sbb pengaruh tv kot. ye r.. dlm tv kan slalu tunjuk yg dorg nangis bila dpt result. aku jd malu2 monyet bile bdk2 laen pujuk aku. jgn tiru aksi aku nie. sumpah memalukan!!!