Thursday, September 16, 2010

Dari Dia kita datang..

********ini entry sedih********

Ok. Mood raya tak habis lagi. Dari semalam tak berenti beraya ngan kawan2 segosip. Gelak guling2 sampai terduduk kat lantai masa raya dengan konco2 5SC. Mereka masih macam dulu. masih ada sifat2 kegedikan akal body. Sumpah aku sayang kamu semua sangat2. XOXO... Raya versi 4 budak silat pon kepoh kecoh gak. Even 4 orang je, tapi sangat best. Sayang sama kamu juga Seha, Kima & Aida.

Dalam tengah happy2 beraya sakan, dikejutkan dengan berita kematian Ba @ Mohd Hafizul Azlin bin Rodi. Sangat terkejut. Terkejut sampai tak percaya. Tak percaya sampai rasa semua tu tipu. Sangat tak percaya sampai aku masih pasang impian untuk jumpa Arwah masa pertandingan debat USM bulan 3 nanti. Masa aku tulis entry ni pon, aku masih tak percaya lg. Tapi memang betul, Ba dah tak ada. Akur. Terima. Pejam mata. Terbayang muka Ba. Tak rapat tapi senang berkawan dengan Arwah.

First time jumpa Arwah masa DPNC 2010. Masa tu aku rasa beliau sangat belagak. Masa tu aku sangat tak suka beliau. Motip?? Sebab kami kalah ngan team debat dia, Desasiswa Aman Damai. Motip utk org yg loser. Tak kenal maka tak cinta. Masa TOT jumpa Arwah lagi. Team cheerleader Arwah duduk dekat belakang team aku. Dia tegur "Eh.. PM Nurani". Start borak2 dengan Arwah. Yes. Arwah sangat baik. Sangat peramah. Buang semua ideologi dulu2 pasal Arwah. Senang berkawan dengan dia.

Arwah tak sakit sebelum ini. Semua kawan2 pon terkejut dengar berita ini. Kalau tak silap, Arwah Ba pergi masa tengah tidur semalam. Arwah sangat aktif kat USM induk. Dia banyak join aktiviti yg USM anjurkan. So, selalu jumpa Arwah kalau join aktiviti yg USM.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pergi. Ba, kau akan sentiasa ada dalam ingatan aku. Kalau aku hilang ingatan pon, aku harap memori aku dengan kau tak kan hilang. Yes. Aku akan rindu kau. Aku akan stalk FB yg ownernya bernama Ba Hafizul tiap kali aku rindu kau. Lepas ni aku dah tak boleh jumpa kau. Aku sayang kau. Aku sayang kawan aku sorang ni. Tapi aku tahu, Allah lagi sayang kau. Semoga rohmu dicucuri rahmat. Amin


-kenangan masa DPNC-


-aku curi dari Fb kau, Ba-


No comments:

Post a Comment