******ini juga entry sedih******
Ok. Macam biasa. Sebelum balik Kelantan, mesti mau ada entry baru. Nak buang homesick punya pasal. Tapi tak balik lagi dah homesick. Sangat horror. Bila aku tulis status Fb "nak pindahkan USMKK ke Johor", kawan2 pakat like. Maknanya ramai yg akan homesick. Ramai gak yg berharap USMKK dapat dighaibkan dan muncul kat kampung halaman masing2... Tiket malam ni pukul 8.35pm. Sangat la pelik bila ada 5 minit kat belakang tu. Nasib baik tak 8.37pm.
Kehilangan Ba masih terasa. Sumpah sangat sedih. Ba, tiap kali aku online, aku akan bukak FB kau. Tiap kali aku buka Fb kau, air mata aku mesti nak mengalir. Memang kita baru kenal. Aku jumpa kau pon awal tahun ni. Tapi kau sangat la best. Moga rohmu dicucuri rahmat, wahai sahabat. Aku dah rindu kau. Aku rasa macam tak nak masuk debat tahun depan. Moga kau bahagia di sana Ba. Aku nangis air mata darah pon tak guna. Kami kat dunia ni hanya mampu sedekahkan Alfatihah untuk kau.
Mood raya tengah sangat membuak-buak. Tak abis lagi nak beraya sebenarnya. Ni la sebab musabab utama aku tak nak balik USM. Haish... Tak puas lagi lepak2 dengan konco2 5SC. Tu pon tak jumpa semua. Kalau semua ada, mau cramp mulut aku gelak. Mungkin juga aku akan lupa semua ilmu2 aku. Sebab banyak sangat gelak. Susah tau mahu kumpul macam ni. Bak kata Puan Aduni, setahun sekali je. Dah la aku sorang tercampak kat Kelantan. Sangat jeles sama kamu2 yang lain. Haish..
Assignment?? Dem..!! Haram jadah aku tak buat lagi. Cuti adalah masa untuk bercuti. Bukan untuk buat assignment atau report atau penyata kira2 atau karangan 5 muka surat. Bukan juga untuk baca buku physiology chapter respiratory atau baca journal immunology. Semua tu tak harus ada dalam list perkara wajib buat masa cuti.
Banyak kerja yg menanti kat USM. Sekarang ni tengah usha2 bila lg cuti. Pasang azam setinggi Yao Ming utk balik umah masa study week. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment