Showing posts with label jiwakacau. Show all posts
Showing posts with label jiwakacau. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Bila Otak Terpaksa Bekerja 24 Jam


Life is unpredictable
it is good to be a child


Life full with liar
where your imagination beyond truth


Life is sucks
but sometime your yourself who make it sucks


But this is life
obstacles is its' colour
spirit is its' soul
give up is never

no regret~!

When i'm mumbling without points
thats mean i'm in JiwaKacau zone






*serabut*
*button new post hilang untuk beberapa hari, jangan cari entri baru*

Thursday, November 25, 2010

Rindu Sama Beliau



Dia sorang je yang boleh ceriakan pagi aku yg moody.

Demi Drama Sebabak, aku rela tak dengar lecture masa kat matrik. Masuk kuliah, telinga sumbat earphone. Dalam lecture hall, bantai gelak sorang2. Lantak orang lain nak cakap apa.


Demi Sawancara, sanggup pegi kelas lambat. Masuk kelas senyap2 lalu pintu belakang. Sengih sampai telinga.


Kat kampus tak ada Astro Warna. Youtube plak kena block. Boleh bukak time subuh2 gajah je. Tak tido sebab nak tengok Spontan kat youtube. Sanggup.


Masa Rajalawak 4, aku tak tengok peserta punya persembahan. Tengok part komen-mengomen je. Part tu lagi best kot dari persembahan.


Dia buat lawak. Dia kena kutuk. Dia cool. Dia jatuh. Dia bangun.

Rindu. Serius.

Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri



Din Beramboi


Sunday, November 21, 2010

Pak Cik Gila Seks

Ok. Semalam kami si anak dara keluar bertiga (aku, Rab, Put) sebab nak ambik Min. Beliau baru balik dari Kedah. Kami pon berborak-borak dalam kereta sambil ketuk kepala sahabat yang disayangi bila nampak vespa & volswagen. Jalan sesak bila dah sampai bandar Kota Bahru.

Tiba satu simpang, jalan tutup. Mulut masing2 dah mencarut sebab semua pemandu2 lain memandu dengan terlalu berhemah, sampai tak bagi chance kereta lain nak jalan. Sampai satu simpang, memang sesak tahap tak boleh jalan. Tiba2 ada pak cik bermuka tak hensem berkulit hitam bergigi jarang cilok depan kereta kitorang.



Apahal pak cik ni tak gerak?? Besar kot jarak kitorang bagi. Tiba2 dreba kereta (Put) yang aku naik menjerit lepas pak cik bermuka tak hensem berkulit hitam bergigi jarang tu bla. Aku tanya apsal, sebab aku duduk belakang.

Rupa-rupanya, pak cik tu berhenti lama sebab dia buat benda paling gampang. Dia boleh tunjuk ANU dia. Dem!! Fakof!! Wadafak!!

Wahai pak cik gila seks, motip kau tayang burung kau?? Ingat kitorang ni sangap sangat?? Nak suruh kami tangkap?? Berharap kami akan jatuh cinta dengan kau?? Nak suruh kami ka-pel ngan kau?? Macam bangang!!!!

Manusia2 macam ni la yang punca 'bapa rogol anak'.

Sori semua, aku emo!!

Tuesday, November 16, 2010

Aidiladha Versi Kesat Air Mata...

'ko blen-de apa tu??' Ncik Emak, nada terkejut
'blen-de bawang la' Si akak



Dialog emak yang sempat aku rakam kat memori otak aku yg saiz 312mB. Aku tak nampak apa motip mak aku terkejut di situ. Mungkin beliau eksaited. Esok raya
Aidil Zaquan Aidiladha. Ok. Semua orang dah tau. Mak ngan akak2 yang lain dah sibuk bertapa kat dapur. Anak2 sedara yang masih kecik pon kena angkut g dapur gak. Semua dah ada tugas masing2. Jangan ada yang membantah. Along balik umah mak mertua. Yang lain raya kat Johor. Rumah jadi meriah. Halaman rumah jadi macam kedai jual kereta buatan malaysia. Meriahhhhh~~~!!!!!! *kesat air mata*






Aku cuma mampu dengar lagu Dendang Perantau sambil kesat2 air mata je. Serius sedih. Sumpah tak suka. Sangat tragis. Exam tak habis lagi. Ada lagi 3 paper lepas raya ni. Cuti sekejap je. Fulus pon tak mengizinkan. Kelantan-Johor bukan macam bilik tido ke toilet jarak dia. Rumusan:

AKU TAK BALIK KAMPUNG
!!!


Pagi2 lagi dah telepon emak. Petang ni nak call lagi. Malam ni call lg sekali. Esok pagi call sampai habis kredit. Ok. Wassalam.



*menangis teresak-esak*

Saturday, October 23, 2010

Pergi By Aizat



Pergi by Aizat (OST talentime)

Khas utk mereka2 yang dah pergi jauh tinggalkan aku. Perginya yang kekal. Yang tak akan pulang2. Sayang aku pada kamu semua tetap menggunung, walau jauh jasad kita terpisah. Tapi aku tau. Sayangku pada mereka, tak setanding sayang-Mu pada mereka.

Bakri bin Mohamed, greatest father in the world (August,2004)
Rakyah binti Mokri, my lovely grandma (2005)
Mohd Hafizul Azlin bin Rodi, a very good person (September, 2010)
Hamidah binti Hussin, my friendly aunt (October,2010)

Tak ketinggalan pada yang masih bernyawa, tapi pergi jauh tak terkejar.

*hati selalu ta-cing bila dah dekat2 exam ni. haish..

Wednesday, October 6, 2010

Subjek membunuh

Ok. Pukul 4 nanti ada kelas Immunologi. Tak pernah2 aku pegi kelas immuno hari rabu, tiba2 aku kena pegi hari ni. Paling best, group aku kena present hari ni. Jadah haram..!! Sumpah tak paham ape yg aku kena present nanti. Confirm yg amat la yg DR. R***** dengan sekutu2 dia akan tanya part aku. Sebab?? Aku tak paham apa yg aku buat. Sekali tengok, nampak macam hasil kerja org yg ilmu immunologi penuh di dada. Tapi bila pandang slide tu berkali-kali, nampak ketara yg hasil SALIN & TAMPAL. Ambik ko...!!



Ada sapa2 paham gamba kat atas ni cerita pasal apa?? Sikit punya banyak short form dia guna. TPL, IRG47, UNC-93B. Suma tu aku tak tau. Kalau WTH aku tau la. Baru tengok gamba dah berbintang-bintang kepala kan kan kan??? Haa... Belum baca journal 7 page lagi. Mau pengsan.

Setiap kali kelas immuno, aku akan bising. Kenapa budak sport science kena belajar immuno?? Kalau belajar yg senang2 je takpe. Ni kalau dah sampai complement, TLR bagai. Apa cerita??!! Ada sapa2 sudi jelaskan??

Thursday, September 30, 2010

Conflik motivasi

Tak kuat macam dulu. Sekarang, lemah pada segalanya. Tak mampu fikir macam dulu. Sekarang, otak selalu membayang kegagalan. Tak rajin macam dulu. Sekarang, semua jadi tertangguh. Tak bahagia macam dulu. Sekarang, hati selalu pendam rasa. Tak mampu pandang masa yang dulu. Sekarang, masa silam semua tinggal sejarah. Tak gagah melangkah demi memimpin macam dulu. Sekarang, rela jadi suruhan.

Mana jiwa kuat pergi? Mana hati yang memahami pergi? Mana minda cerdik pergi? Mana akal waras pergi? Mana gelak tawa pergi?

Semua dah lain. Semua dah hilang. Senua dah tak ada. Semua dah melangkah jauh. Semuanya. Sekarang dah tak ada apa-apa. Sekarang dah kosong. Sekarang dah jadi susah

*Tuhan yang memiliki semesta alam... Sayangku pada mereka, tak setanding sayang-MU pada mereka*

Tuesday, September 21, 2010

Alhamdullilah


Ok. Loop lagu ni setiap masa dan ketika. Ketagih lagu yg dinyanyikan laju tahap berbelit lidah + semput nafas. Nasihat berbaloi-baloi dlm lagu macam ni. Jiwa kacau bleh jadi riang gumbira.


ALhamdullilah (Too Phat, Dian & Yassin)



Monday, September 20, 2010

Bodoh Vs Pandai

Ok. Aku bodoh dalam memilih~!! Kau bodoh, Pida (sila jangan percaya =.='). Cuba la simpan sikit bodoh kau tu. Dalam hal serius pon kau nak gak tunjuk bodoh kau. Sekarang.. Amek kau. Tertonggeng sebab kebodohan kau. Kalau dari dulu kau buang bodoh kau, kau tak kan jadi bodoh macam ni. Padan muka.. Belajar jauh2, bodoh masih tak hilang. Ingat makin tinggi kau belajar, makin surut kebodohan dalam otak tu. Tapi makin menjadi-jadi bodohnya. Bodoh betul la..!!!

Wei perenggan atas.. Cakap pandai la, buat tengok. Pandai2 je kau nak cakap aku tak pandai. Kalau kau pandai sangat, kenapa kau tak bagi idea pandai kau tu masa kau tengah tak pandai. Ingat senang ke nak jadi pandai. Orang pandai pon kadang2 boleh kena pijak. Bila aku tunjuk pandai, kau cakap aku belagak. Ni aku nak beraksi kurang pandai, kau nak mengata aku. Ingat sikit.. Tuhan bagi pinjam kejap je pandai tu. Kalau Tuhan nak ambil, dia boleh bayar cash. Bila2 masa je pandai tu boleh hilang.

Siapa yg menang, bodoh ke pandai?? Jawapannya: Tepuk dada. Tanya selera. Tanya iman. Tanya diri. Tanya kaki. Sapa bagi. Sampai kita boleh berdiri..

Friday, September 17, 2010

I hate this part

******ini juga entry sedih******

Ok. Macam biasa. Sebelum balik Kelantan, mesti mau ada entry baru. Nak buang homesick punya pasal. Tapi tak balik lagi dah homesick. Sangat horror. Bila aku tulis status Fb "nak pindahkan USMKK ke Johor", kawan2 pakat like. Maknanya ramai yg akan homesick. Ramai gak yg berharap USMKK dapat dighaibkan dan muncul kat kampung halaman masing2... Tiket malam ni pukul 8.35pm. Sangat la pelik bila ada 5 minit kat belakang tu. Nasib baik tak 8.37pm.

Kehilangan Ba masih terasa. Sumpah sangat sedih. Ba, tiap kali aku online, aku akan bukak FB kau. Tiap kali aku buka Fb kau, air mata aku mesti nak mengalir. Memang kita baru kenal. Aku jumpa kau pon awal tahun ni. Tapi kau sangat la best. Moga rohmu dicucuri rahmat, wahai sahabat. Aku dah rindu kau. Aku rasa macam tak nak masuk debat tahun depan. Moga kau bahagia di sana Ba. Aku nangis air mata darah pon tak guna. Kami kat dunia ni hanya mampu sedekahkan Alfatihah untuk kau.

Mood raya tengah sangat membuak-buak. Tak abis lagi nak beraya sebenarnya. Ni la sebab musabab utama aku tak nak balik USM. Haish... Tak puas lagi lepak2 dengan konco2 5SC. Tu pon tak jumpa semua. Kalau semua ada, mau cramp mulut aku gelak. Mungkin juga aku akan lupa semua ilmu2 aku. Sebab banyak sangat gelak. Susah tau mahu kumpul macam ni. Bak kata Puan Aduni, setahun sekali je. Dah la aku sorang tercampak kat Kelantan. Sangat jeles sama kamu2 yang lain. Haish..

Assignment?? Dem..!! Haram jadah aku tak buat lagi. Cuti adalah masa untuk bercuti. Bukan untuk buat assignment atau report atau penyata kira2 atau karangan 5 muka surat. Bukan juga untuk baca buku physiology chapter respiratory atau baca journal immunology. Semua tu tak harus ada dalam list perkara wajib buat masa cuti.

Banyak kerja yg menanti kat USM. Sekarang ni tengah usha2 bila lg cuti. Pasang azam setinggi Yao Ming utk balik umah masa study week. Insyaallah.

Thursday, September 16, 2010

Dari Dia kita datang..

********ini entry sedih********

Ok. Mood raya tak habis lagi. Dari semalam tak berenti beraya ngan kawan2 segosip. Gelak guling2 sampai terduduk kat lantai masa raya dengan konco2 5SC. Mereka masih macam dulu. masih ada sifat2 kegedikan akal body. Sumpah aku sayang kamu semua sangat2. XOXO... Raya versi 4 budak silat pon kepoh kecoh gak. Even 4 orang je, tapi sangat best. Sayang sama kamu juga Seha, Kima & Aida.

Dalam tengah happy2 beraya sakan, dikejutkan dengan berita kematian Ba @ Mohd Hafizul Azlin bin Rodi. Sangat terkejut. Terkejut sampai tak percaya. Tak percaya sampai rasa semua tu tipu. Sangat tak percaya sampai aku masih pasang impian untuk jumpa Arwah masa pertandingan debat USM bulan 3 nanti. Masa aku tulis entry ni pon, aku masih tak percaya lg. Tapi memang betul, Ba dah tak ada. Akur. Terima. Pejam mata. Terbayang muka Ba. Tak rapat tapi senang berkawan dengan Arwah.

First time jumpa Arwah masa DPNC 2010. Masa tu aku rasa beliau sangat belagak. Masa tu aku sangat tak suka beliau. Motip?? Sebab kami kalah ngan team debat dia, Desasiswa Aman Damai. Motip utk org yg loser. Tak kenal maka tak cinta. Masa TOT jumpa Arwah lagi. Team cheerleader Arwah duduk dekat belakang team aku. Dia tegur "Eh.. PM Nurani". Start borak2 dengan Arwah. Yes. Arwah sangat baik. Sangat peramah. Buang semua ideologi dulu2 pasal Arwah. Senang berkawan dengan dia.

Arwah tak sakit sebelum ini. Semua kawan2 pon terkejut dengar berita ini. Kalau tak silap, Arwah Ba pergi masa tengah tidur semalam. Arwah sangat aktif kat USM induk. Dia banyak join aktiviti yg USM anjurkan. So, selalu jumpa Arwah kalau join aktiviti yg USM.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pergi. Ba, kau akan sentiasa ada dalam ingatan aku. Kalau aku hilang ingatan pon, aku harap memori aku dengan kau tak kan hilang. Yes. Aku akan rindu kau. Aku akan stalk FB yg ownernya bernama Ba Hafizul tiap kali aku rindu kau. Lepas ni aku dah tak boleh jumpa kau. Aku sayang kau. Aku sayang kawan aku sorang ni. Tapi aku tahu, Allah lagi sayang kau. Semoga rohmu dicucuri rahmat. Amin


-kenangan masa DPNC-


-aku curi dari Fb kau, Ba-


Saturday, August 28, 2010

1 2 3 4


Ok. Mahu shopping raya. Mahu beli baju raya. Mahu beli ole2 untuk family. Mahu bersuka ria dengan sahabat handai. Mahu semuanya.

MANUSIA TAK PERNAH RASA PUAS

Mahu balik Johor. Mahu tonton wayang. Mahu buka sama family. Mahu bersenda dengan anak2 kecil di rumah. Mahu bersantai dengan teman2 lama. Mahu segalanya.

MANUSIA MEMANG TAMAK


*aKu
mAhu
iTu
semuA*

Thursday, August 19, 2010

jiwa K.A.C.A.U

AKU menulis kerana hati
tangan pantas menari
menurut rentak kosong
mengisi malam tanpa irama
tiada luah kata
tiada lenggok bahasa
hanya firasat
merenung tanpa arah
pandangan tanpa makna

sekali hati terdetik
pantas tafsirat menerbit
menutup kosongnya jiwa
menidak kacaunya raga
walau diri penuh luka
walau hidup keliling dusta

langkah diatur
longlai tanpa tuju
menggapai secebis tenang
menolak selaut gusar
mengharap pada sinar
menghintung detik waktu
merawat golak rasa

AKU
insan berperasaan
manusia jiwa halus
andai kau mendorong
lantas gerak pantas menyokong
namun tatkala kau menjatuh
hati terus mencemuh

*jiwaKACAUotakBILAU*
congekcakdong.blogspot.com

Sunday, June 27, 2010

Cabaran Mematangkan Diri

Dah tiga hari balik dari Kem Bina Negara Ulu Kenas. Best kem tu. Tapi sayang, hari ketiga demam. Tak dapat join masuk hutan. Ahli kumpulan yg sangat sporting. Bay, Adli, Hazim, Din, Wong dan Soon. Jejaka2 kacak dalam group 7. Jeeva, Anne, Mira, Farul, Nusrat & Fifa. Awek2 hot group Bunga Raya. Mereka sangat best.

Sekarang tengah kem Fasa 2 Persediaan PPSL. First time join. Sedang cuba keluar dari comfort zone. Rafidah Bakri yg tak suka bekerja dalam kumpulan berjanji akan bagi kerjasama yg baik kpd semua PPSL USMKK. Akan cuba bercakap di depan. Akan cuba guide orang lain. Akan cuba tolong mereka yg memerlukan.

Tengah hari tadi, daftar di desa Nurani. Dikejutkan dengan berita dapat bilik 4 orang macam last sem. Barang yg disimpan kat bilik pantry dah disita. Macam nak pengsan cari semula barang2 tu. Dapat tingkat 3. Dengan lutut yg goyang & tulang belakang yg bengkok, angkut barang2 naik dari tingkat 1 ke tingkat 3. Masih ada dua kotak yg tak dapat dikesan. Masih mengharapkan yg akan dapat bilik double.

Semua yg jadi tak seperti yg dijangka. Manusia hanya mampu merancang.

Wednesday, May 12, 2010

--YOU--

HEY YOU!!!
kamu selalu pikir kamu bagus
but actually you are the worst among the rest
kamu selalu anggap apa yg kamu buat sumenye btol
but actually you are tatolly wrong
kamu selalu rasa kamu baek
but actually you are too annoying
kamu selalu fikir kamu gagah utk maju ke depan
but actually you are weak even to take a step
kamu selalu belagak kamu hot
but actually you jest like a *ITC*!!

HEY KAMU!!!
look around
mind your languages
think others
no need to show off
then you are not that B***H!!

HEY YOU & KAMU!!
i'm not pointing to you
aku sekadar berfikir
yg kita tak sempurna
berpegang pd prinsip
jika kita x mampu jd juara
cukuplah sekadar menjadi yg pertama

"life is not always easy,buat sampai cemerlang (Rafidah Et Al,2010)"

Wednesday, April 21, 2010

O.H.C.Y.S.P

erk..
tercekik note psycho!!!
tp aku x penah ade note psycho
camne nk cekik dy secare x sengaja
klu note tu xde
ngee~~~~
sebenonye...
otak yg terbagi kpd 3 bagian ny
*midbrain, hindbrain & tidak ketinggalan forebrain
dah x bleh nk trime
ape yg dibaca oleh mata
yang ade 3 lapisan utama:
cornea, sclera & dituruti oleh retina
~~~tetttt~~~
huh...
esok paper psycho
so esok student PPSK akn g dewan utama
dan jawap soalan yg Dr. AA bg
tp..
esk exam psycho
so esok aku akn g dewan utama
dan jawap soalan yg Dr. AA bg
ngan ilmu yg -23%
dan IQ bawah 70
T_T *_* @_@
*wait for miracles*