Thursday, November 25, 2010

Rindu Sama Beliau



Dia sorang je yang boleh ceriakan pagi aku yg moody.

Demi Drama Sebabak, aku rela tak dengar lecture masa kat matrik. Masuk kuliah, telinga sumbat earphone. Dalam lecture hall, bantai gelak sorang2. Lantak orang lain nak cakap apa.


Demi Sawancara, sanggup pegi kelas lambat. Masuk kelas senyap2 lalu pintu belakang. Sengih sampai telinga.


Kat kampus tak ada Astro Warna. Youtube plak kena block. Boleh bukak time subuh2 gajah je. Tak tido sebab nak tengok Spontan kat youtube. Sanggup.


Masa Rajalawak 4, aku tak tengok peserta punya persembahan. Tengok part komen-mengomen je. Part tu lagi best kot dari persembahan.


Dia buat lawak. Dia kena kutuk. Dia cool. Dia jatuh. Dia bangun.

Rindu. Serius.

Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri



Din Beramboi


video

No comments:

Post a Comment