Tuesday, November 16, 2010

Aidiladha Versi Kesat Air Mata...

'ko blen-de apa tu??' Ncik Emak, nada terkejut
'blen-de bawang la' Si akak



Dialog emak yang sempat aku rakam kat memori otak aku yg saiz 312mB. Aku tak nampak apa motip mak aku terkejut di situ. Mungkin beliau eksaited. Esok raya
Aidil Zaquan Aidiladha. Ok. Semua orang dah tau. Mak ngan akak2 yang lain dah sibuk bertapa kat dapur. Anak2 sedara yang masih kecik pon kena angkut g dapur gak. Semua dah ada tugas masing2. Jangan ada yang membantah. Along balik umah mak mertua. Yang lain raya kat Johor. Rumah jadi meriah. Halaman rumah jadi macam kedai jual kereta buatan malaysia. Meriahhhhh~~~!!!!!! *kesat air mata*






Aku cuma mampu dengar lagu Dendang Perantau sambil kesat2 air mata je. Serius sedih. Sumpah tak suka. Sangat tragis. Exam tak habis lagi. Ada lagi 3 paper lepas raya ni. Cuti sekejap je. Fulus pon tak mengizinkan. Kelantan-Johor bukan macam bilik tido ke toilet jarak dia. Rumusan:

AKU TAK BALIK KAMPUNG
!!!


Pagi2 lagi dah telepon emak. Petang ni nak call lagi. Malam ni call lg sekali. Esok pagi call sampai habis kredit. Ok. Wassalam.



*menangis teresak-esak*

2 comments:

  1. xpe la...2 la namanya perantau...=)

    ReplyDelete
  2. tp x menyesal raya aidilahda kat sini
    meriah macam raya aidilfitri
    :)

    ReplyDelete