CongekCakdong
DotBlogspot
DotCom
FirefoxMozila
Kehadapan Nendaku yg berada di alam barakh. Sihatkah?? Cucuanda... Erk.. Cucunda.. Ehh.. Oleh sebab tak reti eja, diri ini akan bahasakan diri ini sebagai Ayang. Romantis tak?? Nenda rasa macam nak sepak Ayang tak?? Atau Nenda rasa macam nak sedut tak otak Ayang?? Hurmm.. Ayang tahu Nenda tak akan lakukan aktiviti haram tersebut
Nendaku,
Kami di sini baik2 sahaja. Kecuali cicitmu yg ke 16. Beliau lupa nak potong kuku. Keluarga yg lain berada dalam keadaan sihat sejahtera. Kami di sini amat merindui Nenda. Namun kepulangan Nenda adaah tidak diperlukan. Ia akan mengundang malapetaka kepada kampung Ayang.
Nendaku yg dikasihi,
Tujuan Ayang menulis warkah berlagu pilu ini bukanlah sekadar untuk bertanya khabar atau bergosip liar. Sebagaimana yg tidak diketahui oleh Nenda, hari raya bakal menjelma tidak lama lagi. Oleh yg demikian Ayang ingin mengucapkan "Selamat Hari Ahad". Semoga hari ini hari yg ceria untukmu wahai Nendaku.
Persiapan raya keluarga Ayang tahun ini hanyalah ala carte. Erkk... Ala kadar sebenarnya. Kami hanya membeli 3 set sofa baru, 4 biji tv plasma dan menukar jubin seluruh rumah. Untuk Justin Alfredo, kucing kesayangan bonda Ayang, kami belikan beliau 3.76kg ikan bilis sebagai stok untuk 3 hari. Bijak tak kami berbelanja?? Kemas tak konsep pengurusan wang kami?? Tentu Nenda bangga dengan cara kami menguruskan wang peninggalan Nenda.
Nenda,
Sampai di sini sahajalah warkah yg dapat Ayang tulis kerana laptop Dell Inspiron `14 Purple Ayang ketandusan bateri. Akhir kalam, janganlah Nenda risau akan wasiat nenda agar dirahsiakan selama-lamanya resepi daging rusa masak merah yg menjadi kegemaran Nenda. Kami akan simpan hingga akhir tahun ini. Sekian, wassalam...
No comments:
Post a Comment