Showing posts with label tentang blog. Show all posts
Showing posts with label tentang blog. Show all posts

Saturday, February 5, 2011

:.Masalah Teknikal.:


"Tiada update untuk beberapa hari
kerana line streamyx mengalami masalah teknikal.
Jika tiada aral melintang,
blog ini akan beroperasi seperti biasa pada petang ini"



*memang horror hidup tanpa internet =.=!*

Friday, January 7, 2011

Award Dari Kawan-kawan

Ok. Kawan-kawan merujuk terdapat dua orang kawan. Award pula ialah sejenis penghargaan dari kawan kepada kawan yang lain. Manakala ayat yang berputar belit merupakan dua ayat sebelum ayat ini LOL. Ok. Dapat award. Satu dari Eiysya, satu lagi dari Cik Mulat


1. Award dari Eiysya

Ini dari Eiysya. Setiap elemen yg ada dalam award ni ada maksud. Macam lencana sekolah. Kalau tak ingat lencana sekolah, cuba bayangkan jata negara. Baca sini kalau nak tau makna dia. Thanks Eiysya =)


2. Cik Mulat- thanks for being my freind


Ini award dari Cik Mulat sempena new year. Amanah Cik Mulat, kena tag award ni pada 5 orang lain. Atas dasar mengeratkan hubungan sesama blogger, aku langgar amanah Cik Mulat. Sebab aku nak bagi award ni pada semua follower, termasuk kat Cik Mulat gak. Jom semua tepuk tangan tanda terima kasih pada Cik Mulat. Sori, kite tak ikut arahan kamu. Jangan marah tau =.=!



NotaAward: If people ask me 'why you wanna be a blogger?', i'll reply 'because there is love among us (bloggers)'. Sometimes we don't know who is our follower, but still we love them. Read their stories, leave a comment and give them awards. Ain't that awesome? Yes it is!!!

Tuesday, December 28, 2010

25 Random Things About Me

Ok. Ni Ncik Amir yang tag. Dah lama sebenarnya dia tag, tapi baru hari ni buat entry ni. Ampunkan patik, Ncik Amir. Sebab dalam hal ni, aku guna prinsip better late than never. Lagi satu, hari tu dah jawap tag dari Cik Indah tentang 20 kelebihan diri. Untuk tag kali ni, nak jawap 5 je la. Kalau campur dengan tag Cik Indah tu, 25 la jadinya. Tak gitu Ncik Amir?? Ok. Gurau je.


1. Anak jati johor. Ayah orang Johor, mak pon orang Johor. Lahir kat Johor, membesar kat Johor. Sama gak la dengan Ncik Amir ni. I'm proud to be Johorean.

2. Lahir 6 Febuari. Motip tayang tarikh lahir, sebab nak mintak hadiah masa birthday nanti. Tak dapat ipod touch, dapat cermin mata Adidas Condes pon jadi la..

3. Lahir dalam keluarga yang besar. Ada 5 kakak dan 2 abang. Aku anak paling bongsu. Sekarang ni dah ada 11 anak sedara.

4. Dulu masa sekolah, cita-cita nak jadi angkasawan. Sebab nanti boleh pergi bulan. Tapi aku selalu cakap kat kawan-kawan, nanti aku nak susun bintang jadi nama aku kalau aku dapat pergi angkasa. Dah besar sikir baru la tau yang tu statement paling tak logik. Cuba cerita sikit macam mana nak susun bintang??!!

5. Selalu menipu masa buat experiment kat sekolah. Pernah sekali tu, orang lain guna air liur tapi aku guna air paip biasa je. Tapi cikgu cakap aku punya experiment jadi.

6. Lepas habis sekolah, masuk matrik Johor. Amik sains hayat. Memang sangat mencabar hidup kat matrik. Ye la... Setahun nak catch up banyak2 subjek. Nasib baik result ok.

7. Masa kat matrik, ada sorang roomates bukan orang Johor. Lepas tu aku tanya la dia, 'kau tau epok-epok tu apa?'. Dia pon jawap 'epok-epok ialah sejenis haiwan laut'. Jawapan konfident beliau buat aku gelak pecah perut sampai keluar air mata.

8. Lepas habis matrik, sambung belajar kat USM Kubang Kerian. Ambik course sains senaman dan sukan. Baru tahun dua. Masih bertatih-tatih lagi sebelum dapat ijazah.

9. Suka kumpul barang pelik-pelik. Plastik gula-gula, plastik tisu, resit bank.

10. Suka makan laksa. Memang feveret. Bila balik cuti je, mesti masak laksa kat rumah. Kalau masa bulan puasa, boleh dikatakan hari-hari buka puasa dengan laksa.

11. Kuat makan. Ni memang masalah besar yang tak pernah selesai. Aku memang ada masalah buruk lantak.

12.
Dalam hidup ni, kadang-kadang aku skema. Terlalu skema. Terlalu mengikut peraturan. Tapi kadang-kadang je la.

13. Lebih suka jadi diri sendiri. Abis, nak jadi sapa lagi kan kalau bukan diri sendiri. LOL.. Maksud aku, aku tak kesah orang nak cakap aku nerd ke, serabai ke, yang penting tak kacau orang lain.

14. Sangat suka pada barang-barang Adidas. Selalu bukak website Adidas, lepas tu kecewa. Motip?? Sebab tak berapa mampu nak beli semua barang-barang tu.

15. Sangat takut pada serangga yang boleh terbang. Belalang memang nombor satu yang paling aku takut. Kalau ada belalang kat ruang tamu, aku sanggup tak tengok tv selagi belalang tu tak hilang. Horror..

16. Suka masuk air. Tak kesah la pantai ke, laut ke, air terjun ke, kolam renang ke. Yang penting air. Tapi aku tak pandai berenang =.=!

17. Suka pada orang yang pandai main gitar. Ada sapa-sapa nak ajar aku main gitar??

18. Ada friendster, tapi dah lama gila tak bukak. Ada facebook, tapi aku akan approve orang yang aku kenal je. Macam kawan-kawan masa sekolah, sedara-mara, dan orang yang aku pernah jumpa face to face. Orang-orang lain aku selalunya ignore. Ada channel sendiri kat youtube, sebab suka komen video orang lain.

19. Tak ada myspace. Tak ada twitter. Tak ada formspring. Masih boleh hidup dengan jayanya tanpa benda-benda tu semua.

20. Mula buat blog masa bulan 4 tahun 2010. Masa tu roomate yang ajak buat. Sekarang ni umur blog ni dah 8 bulan

21. Aku jadikan perkataan congekcakdong sebagai url sebab roomate yang ajar perkataan tu. Jongkang-jongkit dalam bahasa Kelantan. Mula-mula aku gelak bila dengar perkataan tu. Tapi lama-lama macam sedap plak. Cuba sebut perkataan ni laju-laju & banyak-banyak kali, mesti terbelit lidah.

22. Aku guna frasa 'Aku dan Mereka' untuk tajuk blog ni sebab entri dalam blog ni tentang aku dan mereka. Mereka tu merujuk pada beliau-beliau yang ada kat sekeliling aku.

23. Suka baca blog Kak Fynn Jamal, Hanis Zalikha dengan Ncik Sembang Kencang. Banyak lagi blog lain yang aku suka baca. Makan masa 2 hari la kalau nak listkan semuanya.

24. Suka ping entri dekat StoryAnda, GengBlogger dengan Kelab Blogger Tegar. Tapi StoryAnda tempat paling selalu aku ping

25. Suka stalk facebook orang lain :)



Okeh... selesai

Saturday, November 27, 2010

Nak Mintak Maaf

Ok. First off all, nak mintak maap pada semua. Nak amik kesempatan untuk jelaskan beberapa perkara tentang blog dan tuan punya blog ni.

Mula2 pasal shoutbox. Memang tiap2 hari blogwalking, selalunya pagi. Tengok dashboard. Most of entry yg baru, akan dibuka. Kadang2 tak habis baca pon entri tu. Memang niat nak tinggalkan jejak kat semua blog yg dilawati. Tapi ada satu masalah besar kat kampus ni. Untuk pengetahuan, lappy ni connect internet guna wifi USMKK. Free. tapi, USMKK blocked banyak website. So, 'kotak jerit' tu tak boleh nak dibuka. Boleh buka waktu tertentu je. Kadang2 boleh tinggalkan jejak, tapi selalunya tak. Keluar menatang ni..





As mentioned, USMKK blocked banyak website. Paling tak boleh bla bila blog Ncik BA boleh dibuka time ofis hour je. Weekend & malam & cuti umum tak boleh buka. tah sistem apa yg admin wifi ni pakai pon aku tak tau. So,tak boleh nak join banyak segmen yg Ncik BA buat. Latest, saya suka blog awak. Nak join, tapi blog Ncik BA selalu tak boleh buka. keceewa bai...


Masalah paling utama bila online kat kampus ni, line lembab macam siput. nak loading blog yg saiz bawah 100kB pon lambat yg amat. So, susah nak blogwalking. Bila oranglain tinggalkan kesan kat chatbox, tak boleh nak balas semula. Ni gabungan masalah no 1 & no 3.


So, berazam nak manfaatkan cuti sebulan kat rumah ni dengan sebaik mungkin. Sebab 'admin' streamyx kat rumah ni tak block mana2 website.


Segala kesulitan amat dikesali


Monday, November 22, 2010

:.AKU DAN MEREKA.: Suci??

Ok. Rasa macam nak tukar nama blog ni. Motip?? Sebab aku rasa ayat :.AKU DAN MEREKA.: ni macam suci sangat. Lagi satu, aku rasa :.AKU DAN MEREKA.: ni macam tak berapa nak kena dengan jiwa aku. Dulu masa zaman kegelapan, aku main pick je nama ni. Tak pikir untuk jangka panjang. Masa mula2 buat blog dulu. Dulu?? Tak la sangat. Tahun ni gak la.

:.AKU DAN MEREKA.: nampak suci?? A'ah, suci!! Pada mata aku la. Tak tau la pada orang lain. Nama blog dengan entri nampak macam tak serasi. Tah celah bedah mana aku kutip teori ni. Tapi teori ni aku buat sebab perkataan mencarut mengarut mengata bersepah-sepah dalam entri, pastu tajuk blog suci. Ha.. Kan ke tak kena tu.

Aku dah pikir tapi belum masak2 lagi. Nak tukar nama blog ni jadi :.BUDAK KAMPUNG.: Motip?? Tak pasti, tapi aku suka. Yang pasti, aku memang budak kampung. Aku suka jadi budak kampung. Baru nampak macam berjiwa kental berhati jitu berperasaan sempoi. Ni teori ke dua yang aku cipta sendiri hari ni.

:.BUDAK KAMPUNG.:

Tapi apa effect kalau kita tukar nama blog?? Komen dan fed-bek dialu-alukan

Friday, November 12, 2010

Alkisah Pagi Yang Marah


Ok. Marah tahap pertama. Telah lambat membangunkan diri untuk kali yang ke berapa tah. Tak berapa nak pasti. Selamat hari ni cuti + paper LSP402 start pukul 3PM. Tapi sebab cuti la, nak bangun awal. Nak pulun study nota yang bertimpa-timpa atas meja. Hadoi... Ketuk kepala sendiri. Teruskan langkah penuh gaya pergi toilet. Buat apa yang patut. Melangkah lagi pergi cari air panas. Nak buat nestum. Bajet macam budak kecik, breakfast nestum.

Semua dah settle. Ucap selamat pagi kat lappy tercinta dengan cara yang agak ghairah. "Wahai lappy, apsal battery tahan 33minit je. Nak singgah 3 blog pon tak lepas. Tu belum kira nak stalk fb orang lain"... Bilik ni dah la berpuaka bertuah. Kena online kat luar bilik. Sangat tragis. Tak kan la nak tarik power supply sampai 50meter. Marah tahap ke dua.


-buah hati pengarang jantung-


Nasib baik hari ni line ok. Tak semput-semput. Fasa online pertama, layan fb. Balas apa2 komen yang patut. Gelakkan status couple2 lain yang tengah berjiwang sambil ucapkan kata2 semangat "tak perlu berdrama di fb, wahai sahabat. Penuh wall aku". Ni tak marah, cuma gigit bibir je. Nak remove, member sendiri.


-pemenang award skrip terbaik-


-kalah Fasha Sandha-


Tangan terus menari2 atas keyboard. Next station, blog. Nak baca cerita kreatif yang Ncik Ben Ashaari anjurkan. Semangat buka blog beliau, tapi menatang haram ni plak kelua. wadafak!! Nampaknya U aku jeles ngan Ncik BA. Wahai admin, kenapa block?? Blog Ncik BA cuma boleh bukak time ofis hour je. Hari ahad la baru boleh buka nampaknya. Kuchewa! Marah tahap ke tiga.


-motip diblock??-


Teruskan misi untuk menyemak kat blog orang lain. Niat nak tinggalkan kesan kat chatbox sambil ucap selamat pagi. Tapi ada lagi sekor menatang haram kelua.. Hadoi. Ni dah marah tahap tak boleh tahan dah ni.


-misi gagal-

Hati dah panas. Misi jelajah alam maya gagal. Tutup lappy, sambung study. Memang weekend yang bermakna. Demm!!


notakaki:
Agak2 kesan apa yang boleh aku tinggalkan kalau tak boleh bersuara kat chatbox...
Agak2 kalau router depan bilik ni pecah, kantoi tak sapa dajalnya...

Thursday, November 11, 2010

Blog Ni Obese??

Ok. Tadi masa jalan2 kat alam maya ni, terjumpa satu softwareyang boleh timbang berat blog. Ble-di-hel excited aku check, sampai 5 kali. Nak tau blog ni obese ke tak. Siap check untuk blog orang lain, sebab nak tengok blog sapa lg berat. Tapi result dia buat aku pening. Macam berat, macam ringan



Aiyak... Tak nampak la plak. Jemput la kelik kat setiap gamba ye. Kasi besar gamba tu.
Size 180.79. Load Time 0.77 seconds. Ni sebelum widget ditendang + ditarik semula. Original size.




Ni lepas buang 1 widget. Size 173.81kB. Load time 0.28seconds.




Buang, lepastu letak semula widget. Size 179.61kB. Load time 0.33 seconds




Ni last check. Dah tak tau nak buang apa lagi supaya dapat berat ideal, bawah 100kB.. Yang ni size dia 178.57kB. Load time jadi 0.59 seconds.



Atas dasar baik hati, aku tolong check sekali berat blog feveret aku.

Taraaa..... Size 115.7kB. Load time, 0.64 seconds.



Berat ke tak sebenarnya blog aku ni?? kompius.. Sebab tengok blog orang lain, lagi banyak widget tapi size blog kecik.. Widget basic je aku pakai, pon still tak dapat berat ideal. Kecewa =.=!

Tak Ada Dalam List

Ok. Buat masa ni, aku tak pernah lagi dan mungkin tak kan tulis tentang apa yang ada dalam list kat bawah ni. Siap letak justifikasi lagi. Ambik kau!! Tapi tak tau la kot2 aku berubah hati.


ARTIS KOREA & JEPUN
Mintak maap wahai anak dara, wanita, gadis, awek-awek cun yang singgah blog ni. Serius aku tak minat nak tulis post pasal ni. Sebab aku pon tak berapa minat dengan cerita @ lagu2 Korea dan Jepun. Aku heran apsal student kat U aku ni boleh duduk depan tv lama2. Motip?? Tengok rancangan Korea @ Jepun yang bersubtitlekan bukan bahasa Melayu atau Inggeris. wat-de-fak! Mungkin diorang fasih cakap Korea ngan Jepun. Aku?? Kantoi paper LAJ100 (Bahasa Jepun) last sem. Tapi memang tak dapat nak nafikan la yang muka diorang sangat comel. Tak kira la laki ke pompuan. Ye. COMEL.


-they are not drop dead handsome, but drop dead CUTE-



PROPAGANDA ISRAEL
Ni lagi satu. Aku tak rasa nak tulis apa yang tengah hot kat fb sekarang ni. Boleh kata tiap2 hari ada je yg share link pasal benda ni. Maksud Upin & Ipin, erti perkataan 'baby', maksud lambang tu, erti lambang ni bagai. Terbaru aku baca pasal Justin Bieber pemimpin Iluminiti. Bukan nak ketepikan tanggungjawab aku sebagai umat islam. Tapi aku rasa biarlah orang yang betul2 mahir huraikan tentang perkara ni. Aku ni iman dah la tak seberapa. Kang sampaikan fakta salah, sapa nak tolong jawab. Cukup la perkara ni hot kt fb je. Tak perlu dihuraikan kat blog cabuk aku ni.


-Say no to Israel-



RESEPI
Sebab yang mungkin memalukan diri sendiri =.=! Kantoi. Bukan tak pandai masak, cuma tak ada masa. Student la katakan. Duduk hostel plak tu. Kitorang tak boleh bawak barang elektrik.
Alasan!!!


-kalau resepi yg ni aku mahir-


CINTA
Termasuk la pengalaman, tips dan yang seangkatan dengan dia


Jangan cari entri pasal ni kat blog :.AKU DAN MEREKA.: Korek la kat celah mana pon. Susah & tak mungkin jumpa. Tp pasal yang last skali tu mungkin bleh jumpa. Cuma tak pasti bila :)

Saturday, May 22, 2010

panas yg bukan sejuk



aku ngah update blog
blog aku sdg mengalami proses update
kerjasama anda amat dihargai
akhir kata
tiada rotan, pelampang pon bergune
sekian utk ari nie
selamat update, wahai belog...!!!

Monday, April 19, 2010

satu perMULAan


location: r224, desasiswa nurani, USMKK,0330pm


dah puas pikir sambil tido

akhirnye aku buat gak BLOG SENDIRI

bahaha~~~

slame ny dok usha blog org len

nmpak cam sronok plak dorg maen tulis2

n bg org laen bace.

keputusan ny dah melanggar misi n visi n ideology idup aku sendiri

"nape nk wat blog??

kn penat nk update"

ari ny terpakse tanam misi & visi + idoelogy 2 idop2

hehehehe ( gelak bersalah)

dan BLOG SENDIRI ny dibuat pd waktu yg sgt x sesuai

skunk ny ngah FINAL EXAM

bhahahaha~~~

dulik ape

bukan aku study pon

*wink2*

sebenanye neves + gugup + cuak gak

mase nk klik CREATE BLOG

tp bile teringat blog org laen yg cukup sgt best gler

aku pon tekan ENTER

tetttt~~~~

thanks to my luvly rumet

NURUL SYAZWANI

tp nape aku thanks kt ko erk??

ko xde kaitan pon

bahaha~~~

tp maybe ko yg bg idea

so, thanks gak la kt ko

lastly, sy budak bru belaja

klu salah jgn marah

"""clik""


(bunyi tikus a.k.a mouse!!!)