Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

WW#2- Monyetkah Mereka?

'tendangan lipat serentak' (ayat Berita Harian) 
Tang mana monyetnya???

Wednesday, April 13, 2011

Ini Buat Aku Sengsara

Ok. Telah diumumkan oleh junior-junior SMK Air Tawar bahawa pertandingan silat seni peringkat daerah Kota Tinggi akan diadakan pada Ahad ini. Dan peringkat MSSJ akan diaadakan pada 28-30 April. Peringkat MSSM dan Jemputan Antarabangsa kat Sarawak.

What a nice date. Ahad ni junior-junior berentap kat gelanggang, aku berentap kat dewan exam untuk paper pertama final exam semester ni. Dan tarikh untuk MSSJ pon cukup cantik. Berapa hari je sebelum aku habis paper. Korelasi yang menyeksakan. Ini sedih ok. Serius sedih. Saya nak tengok kamu berentap, wahai junior-juniorku. Boleh tak kalau aku doa, tarikh untuk MSSj ditunda. At least, korang ada masa nak berlatih. Tehee.. *alasan*


*********

Beberapa tahun lepas, waktu-waktu nak dekat dengan pertandingan ni memang seram. Dan waktu-waktu tu la banyak kenangan best. Kenangan paling legend, selipar terbang. Bila kami kumpul sama-sama, kenangan tu first sekali yang akan diungkit. Banyak lagi yang best. Tak tersenarai rasanya. Ok. Rindu kamu semua wahai budak-budak silat SMKAT. Termasuk kau, Ika Shika. Beliau antara srikandi Johor yang femes. Sila gerun sama beliau. Tak lupa gak Hunny Azman. Beliau antara manusia yang mendorong aku join silat :)

Oleh sebab sedang berada dalam mood sengsara kerinduan, aku pon nekad buat entri ni. Dengan itu, saya persembahkan beberapa gambar masa pertandingan. Ni tahun 2007. Zaman ni, DSLR belum muncul lagi. kemera yang pakai filem pon masih ada orang guna aku rasa.

Dipersembahkan......



muka yakin boleh menang. guess which one is me? haha



Oh... Muka semua tersangat lah tak bersalah.

Semua dah habis sekolah sekarang.

Ramai yang dah jadi jurulatih. Aku?? Juruletih..




JB vs Kota Tinggi



Tahun 2007, kali pertama jejak kali ke Kelantan. Kali pertama dan terakhir dapat masuk MSSM. Aku tak hebad. Tu pasal sekali je dapat join MSSM Dan sangat tak sangka yang aku akan jejak kaki lagi ke bumi Kelantan ni. Siap pakej 4 tahun lagi.



Team Johor, 2007.



Sejak sekolah rendah aku join silat, tahun 2007 paling best. Sekarang dah 2011. Dah 4 tahun. Tapi kenangan tetap dihati. Go PSSPGM. Hidup silat Johor~!

Tuesday, March 15, 2011

Fakta Datuk Nicol Ann David


Nama samaran beliau ialah Duracell Bunny. BUKAN Pidah, MakUsu atau Pidot.


Beliau telah selamat dilahirkan oleh bonda beliau pada 26 Ogos 1983. Bukan 6 Febuari 1991.

Beliau anak kelahiran Penang. Bukan anak kelahiran Johor. Penang maliiii ok.

Seorang pemain skuasy wanita yang merupakan pemain asia pertama menduduki tangga pertama dunia. Bukan seorang pemain badminton wanita yang hanya mewakili desasiswa dan menanggung kekalahan yang bertubi-tubi.

Nicol merupakan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran matematik. Bukan merupakan pelajar yang akan sawan bilamana melihat nombor yang banyak.

Datuk Nicol pernah bercita-cita untuk menjadi jurutera. Bukan seorang yang bercita-cita untuk menjadi angkasawan yang mahu landing di matahari

Datuk Nicol mendapat 7A sewaktu peperiksaan PMR dan 7A juga sewaktu SPM. Bukan mendapat 8A dalam PMR dan 6A dalam SPM. Tapi jumlah A tersebut adalah sama (7+7=14, 8+6=14)

Beliau mula bermain skuasy sewaktu berusia lima tahun. Bukan seorang yang bermain skuasy pada umur 20 tahun apabila secara tak sengata terambil sukan ini sebagai aktiviti kokurikulum.


Dan lagi satu fakta yang anda perlu tahu



Rasa riak itu tiba-tiba naik menggunung
bila mana seorang coursemate melihat gambar ini dan bertanya,
"Pidah, rambut perang tu adik you eh?"
jawapannya: BUKAN. (angkat-angkat kening)


sesungguhnya, ini adalah natijah bila diri terlalu perasan.

Monday, January 31, 2011

Pemain Bola Sepak dan Isteri

Ok. Antara footballer yang dapat jodoh dengan artis


Azman Adnan & Asfarina Muhammad
bekas pemain Selangor & bekas penyanyi kumpulan Feminin



Shahril Arsat & Noraini Morat
bekas pemain Selangor & pelakon



Aidil Zafuan & Rita Rudaini
Pemain NS & pelakon


Zaquan Adha & Ayu Raudhah
sapa tak kenal, g bunuh diri sekarang



David Beckham & Posh
*tetiba terselit gambar mat salleh =.=!


Yang dapat jodoh dengan anak Datuk pon ada


Khalid Jamlus & Zarina Zainal
pemain Perak + Selangor = Kelantan



*sapa kata pemain bola sepak tak ada masa depan??
**Nak kahwin dengan artis, jadi la pemain bola
*** gambar dicilok dari Ncik Google

Wednesday, December 29, 2010

Highlight Final AFF Versi Sendiri

Ok. Happy ending. Tahun 2010 dihabiskan dengan kegemilangan skuad bola sepak negara. Harimau Malaya membenam pasukan Garuda.... Ayat nak ala-ala berita TV3. Pffft!!! Btw, Malaysia dah menang. Sekarang, aku nak highlight apa yang aku nampak malam ni


BAMBANG PAMUNGKAS
**Ingat tak zaman kegemilangan The Red Giant?? Zaman SelangorFC a.k.a Red Giant dapat tiga piala dalam satu musim?? Masa tu Selangor ada ramai player import. Siapa yang buat hatrik masa dalam salah satu final masa tu waktu tu?? Jawapan, Bambang Pamungkas. Dan malam ni aku dapat tengok lagi kelibat beliau setelah sekian lama. Ok. Aku tetap rakyat Malaysia yang sokong 100% team Harimau Malaya. Saja je nak intro pasal Bambang tu.


-SelangorFC. AKu minat kelab ni. Sampai Dolah Salleh tu pon aku minat gak-


TABIAT ORANG KITA
**Haa... Baru sekarang la nak puji. Hari tu masa Malaysia kalah dengan Indon dalam peringkat kumpulan, semua pakat kutuk. Dan sebenarnya, aku terkena sikit tempias dari statement sendiri. Sebab dalam entri ni aku macam terkutuk sikit team Malaysia. Tapi aku puji (team Kalantan) dalam entri ni. Hadoi.. Tu la tabiat orang kita. Kalau kita tetap guna prinsip 'kalah kutuk, menang sanjung', tak ke mana la jawapnya sukan Malaysia ni. Ingat tu semua rakyat Malaysia, terutamanya Rafidah Bakri =.=!


PUJIAN

**Sapa yang layak dapat?? K. Rajagopal?? Safee Sali?? Goal keeper Kelantan, Khairul Fahmi?? Dengan yakin aku jawab, puji semua sekali. Dari player simpanan sampai la ke Datuk Shabeery Cheek. Tukang kutip bola dengan waterboy pon patut dipuji gak.


DAH JUMPA SUPERMOKH BARU??

*Ada yang kata Safee Sali. Terpulang. Ni pendapat masing-masing. Pada aku, Supermokh masih tak ada pengganti


-Supermokh-


HARAPAN
**Next year sukan sea. So, harapan setinggi gunung aku letak pada team Harimau Malaya supaya kekalkan pingat emas tahun lepas (Malaysia menang 1-0 lawan Vietnam final Sukan Sea 2009).


LAST BUT NOT LEAST, COLI 'JUPE'

**Malam ni tak nampak pula aku kelibat dia. tah celah bedah mana dia menyorok pon aku tak tau. Dia cirit-birit kot. Stuck kat dalam stadium Bung Karno tu (^_^)


::Sesungguhnya mengekalkan kemenangan itu lebih sukar dari mencapai kemenangan::


Regards,
Rafidah B.

Exersice and Sport Science

Sunday, November 28, 2010

Wajah-wajah Emas Sukan Asia Guangzhou 2010


Ok. Sukan Asia 2010 Guangzhou habis sudah. Semalam. Dalam masa 16 hari, 9 kali lagu Negaraku berkumandang. Semua rakyat Malaysia, sila bangga. Kat bawah ni atlit yang dapat naik podium paling tinggi, sambil nyanyi lagu Negaraku. Good job guys~!!


Alex Liew & Andirian Ang: Bowling berpasangan


Alex Liew: Bowling All Event


Azizulhasni Awang: berbasikal trek keirin


Chai Fong Ying: wushu taijiquan


Ku Jien Keat: karate


R.Puvaneswaran: karate


Mohd Azlan Iskandar: Squasy perseorangan lelaki


Dato' Nicol Ann David: Squasy perseorangan wanita


Squasy berpasukan wanita



Berjuta million billion tahniah pada skuad hoki lelaki.

Catat sejarah


Cukup ke 9?? Pada pandangan tersurat, cukup. Sebab berjaya lepas sasaran. Pada pandangan tersirat, masih boleh ditambah. Bak kata Chef De Mission a.k.a Pengarah MSN, Dato' Zolkples Embong

"18 perak yang kita dapat boleh ditukar kepada emas".


Balik Malaysia, celup pingat tu ngan warna emas. Nescaya bertukarlah ia. Ok. Gurau.
Apa2 pon, tahniah pada semua atlet dan pegawai. Tak lupa gak pada pasukan FAMEMAS. Agenda lepas ni, Sukan Olimpik 2012.



Regards,
Rafidah B.

Exercise and Sport Science 2

Majulah Sukan Untuk Negara

Saturday, November 13, 2010

Bola: Kalah lagi

MALAYSIA vs CHINA
0-3




Faktor:

Sebab main kat China??

Sebab main 8 player??

Sebab reff berat sebelah??

Sebab Malaysia memang tempang??

3 player kena kad MERAH


*tepuk dada, tanya Rajagopal*




ni la sebab aku amik Degree in Exercise & Sport Science

Sunday, October 31, 2010

1 Penyokong, 1 Bendera


Ok. Sedang berpijak di bumi...



Malam tadi..



Tahniah & sila tabik hormat pada...



Rakyat2 Kelantan tengah teruja sebab akhirnya diorang dapat gak..









*POK KITO JANGE BERA*
Aku anak jati JOHOR
,
yang masih ada jiwa JohorFC

Tuesday, October 12, 2010

SUKAD USM Badminton 2010

********ini entry sakit hati********

Ok. Pergi USM induk sebab ada Sukan Antara Desasiswa (SUKAD). Macam tahun lepas, aku join badminton. Maka, berangkatlah bala tentera atlet Desa Nurani 8/10 hari tu. Stay kat Hilton.Wow... Hilton wa cakap lu. Pemandangan dari sini sibijik macam kat New York. Sebab tu aku suka pegi main campus. Best~~!!!


Badminton. Kali ni Nurani target nak dapat emas. Memang agak layak la kalau nak dapat emas. Player semua keng a.k.a hebat2 kecuali aku, yg sentiasa main macam sakai. Suppose to partner dengan Sue Mei utk double. Tapi bila sampai main campus, dapat berita yg sedih tahap jin bertendang.


Malam sebelum pertandingan, dapat tau yg sistem pertandingan dah tukar. Dari 3 single 2 double, tukar ke 1 single 2 double. Ok. Still boleh terima sebab masih ada peluang nak turun court. Lantas, turunlah kami ke gelanggang pada 9/10. Pagi2 lagi dah jalan kaki dari Hilton ke kompleks sukan. Sampai2 je, court belum bukak. Ambik kau. Punya la semangat player Nurani. First match, menang bergaya lawan Saujana A. Player yg turun InTyng, SikJing, JiaMiau, MinYuet & SukNing. Mereka hebat. Saya selaku teamate sgt kagum dgn anda semua.


Second match lawan Cahaya Gemilang (CG). Kali ni si sakai ni dilistkan sebagai second double. Sangat ne-ves. Bukan setakat rasa macam ada butterfly je dalam perut, tapi gajah pon ada. Hatta, turunlah kami berlima kecuali InTyng dgn SikJing ke court utk panaskan badan yg suam2 kuku ni. Tiba2.... jeng.. jeng.. jeng..


"HANYA SEORANG SAJA PEMAIN SIMPANAN YG DIBENARKAN BERMAIN UTK SETIAP DESA"


Sgt ma-de-fa-ker!!! Janji dalam entry
1 Tahun is 1 Year tertanam hidup2. Kesimpulannya, aku tak dapat main langsung utk SUKAD kali ni. Sumpah kecewa. Penat aku training hari2, last-last jadi linesman je. Ngeng...!!!!


-muka huduh sebab tak dapat turun court-


Tapi ok la. Team kami dapat kalah kat separuh akhir. Tersilap strategi sikit. Kalau tak, dapat pegi final. Hurmm... Tapi masa team kami lawan kat separuh akhir, ada sorang makhluk yang dok bising2 komen pasal team kami. Tu la tak kena, ni la tak kena. Hey, fakyu la. Bagi nasihat macam Misbun Sidek, tapi kau tu main lagi sakai dari aku. Hahahaha... Sila gelakkan beliau.

Aku dapat belajar macam2 dari SUKAD kali ni. Paling penting:

1. Jangan pandai2 komen cara orang lain main kalau diri tak sehebat mana.

2. Jangan terPesona Waja Satria Viva dengan helah induk

3. Player lelaki Aman Damai sgt best. Paling mantop Pak Malik (bukan nama sebenar, sbb aku tak tau sapa nama dia. Main letak je nama ni). Usia bukan penghalang utk bersukan. Tak lupa gak Abang Ain (ni nama sebenar. Sila jgn pelik). Sangat suka sama smash beliau. Normal la kan kalau perempuan puji lelaki. Jangan la buat2 pelik plak


-player Aman Damai-

Friday, June 4, 2010

England Julang Piala Dunia...


Itu cerita 44 tahun lepas. Tahun ini?? Mungkin!! Aku dengan England memang tak dapat dipisahkan. Bukan sebab aku kembar kepada England. Bukan juga sebab England jiran aku. Tapi aku memang KipasSusahMati England. Sekarang ini semua orang tengah demam World cup (WC). Paling best En. Hafezi sebab dia dapat pergi South Africa seminggu free of charge. Sumpah jealous!!! Oleh sebab aku jealous, aku nak mengarut pasal England.

Ramai yg cakap team England tahun ini tak sehebat 4 tahun lepas. Tapi sebagai KipasSusahMati, aku letakkan harapan yang tinggi pada team England, setinggi Peter Crouch. Mengharapkan yg mereka akan gegarkan South Africa dengan gol yg banyak, sebanyak bulu kaki Rio Ferdinand. Buktikan pada seluruh alam semesta termasuk pada makhluk planet Pluto yg England bukan team belasahan. Three Lions the best!!!

Three Lions...!!!

Kepada player England, sila ulang sejarah 44 tahun lepas. Abaikan frasa usah dikenang sejarah silam. Kalau frasa itu masih jadi pegangan, baik mansuhkan subjek Sejarah kat semua sekolah. Tahun 1966 ialah first time England dapat peluk kucup cium piala dunia. England kalahkan Jerman 4-2. Lelaki yg ICnya tertulis nama Georff Hurst buat hatrik. Tapi yg peliknya, sampai sekarang orang tak puas hati dengan secong gol dia. Alamak.... dah 44 tahun kot gol tu.


beratur ikut ton warna kulit

Tahun ini, ucapan terima kasih patut diberikan kepada Fabio Capello yg berjaya bawa England masuk WC. Ye la.. Kalau Capello tak ada, sapa nak latih player England. Tak kan nak suruh Misbun Sidek. Tak kan nak upah Santokh Singh. Tak mungkin juga England akan import Akmal Rizal untuk jadi coach. Semoga tahun ini merupakan tahun bertuah Mr Capello.


"mana air aku!!!", Fabio Capello

Pesanan terakhir buat kesebelasan utama England,sila belasah team lain dalam group C. Algeria, Slovenia dan USA. Lepas itu, pastikan korang main di padang stadium Soccer City, Johannesburg pada 11.7.2010 untuk final World Cup 2010.


player baru, pengganti Beckham :)

Monday, May 17, 2010

Bicara Si Pemerhati

Written by: sport science student, USM

Sebagai sport lover, entry kali ni mcm lolipop dicelup coklat. Bunyi mcm sedap, tp x pernah rase pon. Banyak yg nak dikarut, tp aku malas nak taip. Sengal bukan??!! Well, Thomas + Uber cup dah abis. Uber cup, Korea menang (3-1). Thomas cup, China menang (3-0). Feveret player, aku pilih Cai Yun & Fu Haifeng. Dorg bleh smash 280km/h. Gile laju.. Moto Abg Awie pon x laju mcm smash dorg. Yamaha JBE aku?? Lg la ke laut. Tetinggal bertiang-tiang. Kalau samsh tu kena badan aku, mau batuk kering 3 ari. Overall, China deserve to win.


Cai Yun & Fu Haifeng

M'sia?? Menanggung kekalahan. Tp dorg dah cuba yg terbaek. Aku sbg sport analyser x bertauliah rase team M'sia kalah sbb mental. Dato LCW also admitted it. Well, it is not easy to control emotion when whole country hope on u. But i wonder how can China play that well. Pakai bomoh ke??!! Skrng bukan masa nk salahkan sapa2. Aku x suke org kutuk sukan M'sia lebih2. Btol dorg kalah. But can u do better??!! Cakap pandai la, buat tengok. Misi utk rampas piala Thomas & Uber mesti diteruskan. MALAYSIA BOLEH!!!



Simon Santoso. Motip??!! Beliau hensem :)


Pesanan penaja: Gud luck 4 MASUM athlete

Sunday, May 2, 2010

1 Tahun is 1 Year

Just finished my 1st year life kat USMKK
Nk show off xtvt yg aku join
Yg menyebabkan aku dpt desa sem dpn
Ngeee~~~



last match, tajuk mak nyah

DEBAT PIALA NAIB CANSELOR (5-7/3/2010)

Xtvt plg tension
Sbb kena bnyk buat research + mencerap = stay up
Practice sampai tengah mlm
Unfortunately, team Nurani 'menang'

'MENANGgung kekalahan'
But experience yg sgt berharga
Will do my best 4 next DPNC
“PENDEBAT IALAH PENIPU TERHEBAT”
Special thanks to Nurani’s YB
Nabila Hafiyah, Fatehah Petra, Pikor Han, Pak Wan + Yuu
And also YB2 team Murni



special formation from us!!!

TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN
Xtvt yg cukup sgt best
The best among the rest
Join cheer leader
Joget + jerit sampai uvula x berfungsi
Tp last2
Team Bakti Permai yg menang
Dan kami team Murni sgt grrrr~~~
To Husnina Atikah, Atiqah Diedie, Atiqah Wahat etc
Jumpa kt kem cheer bulan 6 nnt
My seniors, terima kasih atas tunjuk aja


USMKK badminton players

SUKAD: BADMINTON (29-31/1/2010)

Sumpah x percaya!!!!!!!
Yg aku akan join sukad badminton
Thanks to my sifu, Keu Sin Yong
Also to my group members
Pearl Cheah, Faiezah Hamdah, Farah Ezzaty etc
Walaupon kite kalah

Eh... bukan kalah
Tp x menang *_*
But experience is more important
Kalau next year terpilih lagi
Aku akn wat yg terbaek!!!!

pesanan penaja: next year aim for MASUM silat :)