Tuesday, March 15, 2011

Fakta Datuk Nicol Ann David


Nama samaran beliau ialah Duracell Bunny. BUKAN Pidah, MakUsu atau Pidot.


Beliau telah selamat dilahirkan oleh bonda beliau pada 26 Ogos 1983. Bukan 6 Febuari 1991.

Beliau anak kelahiran Penang. Bukan anak kelahiran Johor. Penang maliiii ok.

Seorang pemain skuasy wanita yang merupakan pemain asia pertama menduduki tangga pertama dunia. Bukan seorang pemain badminton wanita yang hanya mewakili desasiswa dan menanggung kekalahan yang bertubi-tubi.

Nicol merupakan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran matematik. Bukan merupakan pelajar yang akan sawan bilamana melihat nombor yang banyak.

Datuk Nicol pernah bercita-cita untuk menjadi jurutera. Bukan seorang yang bercita-cita untuk menjadi angkasawan yang mahu landing di matahari

Datuk Nicol mendapat 7A sewaktu peperiksaan PMR dan 7A juga sewaktu SPM. Bukan mendapat 8A dalam PMR dan 6A dalam SPM. Tapi jumlah A tersebut adalah sama (7+7=14, 8+6=14)

Beliau mula bermain skuasy sewaktu berusia lima tahun. Bukan seorang yang bermain skuasy pada umur 20 tahun apabila secara tak sengata terambil sukan ini sebagai aktiviti kokurikulum.


Dan lagi satu fakta yang anda perlu tahu



Rasa riak itu tiba-tiba naik menggunung
bila mana seorang coursemate melihat gambar ini dan bertanya,
"Pidah, rambut perang tu adik you eh?"
jawapannya: BUKAN. (angkat-angkat kening)


sesungguhnya, ini adalah natijah bila diri terlalu perasan.

9 comments:

  1. Euuuuuwwww, Pidah! So disgusting. Hahaha. Kau bukan Nicol Ann David! Sedar itu Pidah! Takkan nak tggu sampai kena tegur dgn MP baru kau nak sedar yg kau bukan Nicol Ann David? Hahahaha.

    ReplyDelete
  2. kau kejam, wahai Aizat Taib. hahahha

    ReplyDelete
  3. hahahha..cmne ko boleh simpan rambut same ngn nicol???
    hahahha..aku compius..

    ReplyDelete
  4. kitorg g potong rambut sama2 ari tu. saja pilih pattern yg sama :))

    ReplyDelete
  5. first gua ngok lu punye muke ngan nicol, gua senyum je..hehehehe

    ReplyDelete
  6. lu senyum tanda setuju ke tanda nganjing gua der??? hahaha

    ReplyDelete
  7. hahaha....
    klu nicol tngok gmbar nie..mesty dye confius mne satu diri dye...

    ReplyDelete
  8. atau mungkin beliau akan muntah darah atas sifat keji aku. hahahah =)

    ReplyDelete