:.Malam Citra Nurani.:
Nak tarian borneo?? Dikir Barat?? Tarian india?? Semua ada. Perut yang lapar akan diisi dengan mi goreng, lontong, nasi lemak, tose dan tau fu fa. RM3 je, apa ada hal kan. Pakat datang ramai-ramai
:.Aerobik.:
Yuran yang murah, trainer yang best. Rumah flat cap lemak tepu kat perut boleh dihilangkan. Tak lupa juga selulit yang menghantui diri anda.
p/s: tarikh dia 2 Mac. Tapi available tiap-tiap hari rabu
:.Karnival Sukan Tradisional.:
Ada galah panjang, boling kelapa, baling selipar, tarik upih & lawan pemadam. Dan yang pasti semua mesti tengah teringat time korang kecik-kecik main semua permainan ni kan. Apa lagi. Jom serbu!!!
:.Acoustic Groove Night.:
Ni khas untuk pelajar IPT yang mahir menggoreng gitar, menyumbangkan suara di khalayak ramai dan mempunyai koordinasi tangan yang baik untuk bermain alat muzik. Mereka-mereka yang tak lepas ujibakat Akademi Fantasia & Mentor pon dialu-alukan datang join. Dengan syarat anda pelajar IPT. 13 group yang terawal daftar je layak bertanding. Sapa cepat, dia dapat
notaposter: semua aktiviti ini hanya available di kampus kami sahaja. Tiada road tour atau pon siri jelajah seluruh Malaysia. harap maklum :)
No comments:
Post a Comment