Tuesday, March 15, 2011

Gambar Kartun Tsunami

Try taip tajuk entry ni kat kotak homepage pakcik Google. Ok. Untuk menjimatkan masa anda yang mahal, tuan tanah kedaung dah taipkan untuk anda. Dan ini yang keluar







Ni baru sikit. Kalau korang tengok betul-betul gambar atas ni semua korang akan nampak perkataan koran, Jepang, dan geram banget. Ni semua bahasa Indonesia. Bukan setakat Indonesia yang kutuk kita, tapi satu dunia.

Dan apa yang kita buat?? Upload gambar tu, tulis caption yang terus memalukan Malaysia. Bilamana orang-orang Jepun menderita sebab tsunami, kita pula sibuk melacurkan nama Malaysia dengan upload gambar tu sambil terus kutuk Malaysia. Ni la yang kita kata semangat 1 Malaysia. Tambah sikit. SEMANGAT 1 MALAYSIA KUTUK NEGARA SENDIRI.

Bukan aku nak back up Berita harian, cuma tak nak burukkan keadaan. Jom kita sama-sama bersihkan nama Malaysia. Kalau bukan kita, sapa lagi. Buang yang keruh, ambik yang jernih. Dan kepada rakyat seluruh dunia, saya selaku rakyat Malaysia ingin meminta maaf di atas gambar tersebut.

Semoga mereka yang ditimpa bencana tsunami, akan terus tabah serta dilindungi oleh Yang maha Pencipta.

No comments:

Post a Comment