Showing posts with label gosip panas. Show all posts
Showing posts with label gosip panas. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

WW#2- Monyetkah Mereka?

'tendangan lipat serentak' (ayat Berita Harian) 
Tang mana monyetnya???

Thursday, March 31, 2011

Permohonan Maaf

"terlajak perahu boleh diundur. terlajak kata buruk padahnya"

Saya ingin mohon maaf kepada admin blog MacJay.Net dan kepada semua pembaca berkaitan entri sebelum ni. Tak berniat pon nak buruk-burukkan blog tersebut. Mungkin sebab dah terlalu banyak cerita tentang konspirasi Yahudi, sampai saya tak tau nak percaya yang mana betul dan yang mana tidak. Memang silap saya kerana menulis membuta tuli, tanpa mengkaji baik dan buruk, benar dan tidak.Ternyata masih banyak yang perlu saya pelajari, kerana ceteknya ilmu saya. Ini merupakan satu pengajaran besar kepada saya, agar saya lebih berhati-hati dalam memilih bahan untuk dicerap. Banyak yang perlu saya pelajari. Dan saya berharap agar perkara ini tidak akan berulang lagi.

Saturday, March 19, 2011

Keputusan Raja Lawak 5

Ok. Raja Lawak 5 dah pon habis. Pemenang pon semua dah tau. Sapa tak tau, meh aku bagi tau.



Beliau ini dapat nombor 1. Juara selepas Yus, Nabil, Sepah dan Kecik. Memang terbarai aku gelak masa persembahan dia. Sapa kata dia tak layak menang, memang mereka-mereka itu tak ada life. Atau mereka-mereka itu sebenarnya tak ada Astro kat rumah. Tak pon tak pernah tengok rancangan Oh Yeah! Atau pon tak pernah tau kewujudan rancangan Spontan. Tak tau apa maksud lawak.



Mungkin kalau dorang letak nama R1, dorang dapat jadi juara. Kesian kat dorang sebab tak sempat habiskan persembahan untuk dua-dua task. Dan sesungguhnya lawak orang gila dorang memang mantop. Tapi naib johan juara pon dah kira ok la kan. Kau mampu??!!



Lawak lucah. Tapi lawak lucah itu stylo. Nombor 3 pon, dapat rm30 000 kot. Bleh la buat beli nasi lemak bila lapar, bak kata Zizan. Depa ni semua dah buat orang utagha bangga.



Ini paling terbaik dalam kalangan yang teramat baik. Zizan ngan Johan memang maharaja lawak tadi. Serius terbaik. Bertambah baik bila Ncik Jamal, Ultimate dan Joe Flizzow ada sama atas pentas. Baru tengok opening, dah penat aku ketawa.

Tuesday, March 15, 2011

Gambar Kartun Tsunami

Try taip tajuk entry ni kat kotak homepage pakcik Google. Ok. Untuk menjimatkan masa anda yang mahal, tuan tanah kedaung dah taipkan untuk anda. Dan ini yang keluar







Ni baru sikit. Kalau korang tengok betul-betul gambar atas ni semua korang akan nampak perkataan koran, Jepang, dan geram banget. Ni semua bahasa Indonesia. Bukan setakat Indonesia yang kutuk kita, tapi satu dunia.

Dan apa yang kita buat?? Upload gambar tu, tulis caption yang terus memalukan Malaysia. Bilamana orang-orang Jepun menderita sebab tsunami, kita pula sibuk melacurkan nama Malaysia dengan upload gambar tu sambil terus kutuk Malaysia. Ni la yang kita kata semangat 1 Malaysia. Tambah sikit. SEMANGAT 1 MALAYSIA KUTUK NEGARA SENDIRI.

Bukan aku nak back up Berita harian, cuma tak nak burukkan keadaan. Jom kita sama-sama bersihkan nama Malaysia. Kalau bukan kita, sapa lagi. Buang yang keruh, ambik yang jernih. Dan kepada rakyat seluruh dunia, saya selaku rakyat Malaysia ingin meminta maaf di atas gambar tersebut.

Semoga mereka yang ditimpa bencana tsunami, akan terus tabah serta dilindungi oleh Yang maha Pencipta.

Monday, January 10, 2011

Misteri AJL 25

Ok. Terkejut dengan juara AJL?? Aku tak. Aku cool. Dah agak dah dia menang. Ha... Nampak tak yang aku tipu?? Ok. Mengaku. Aku pon terkejut gak. Ni yang aku nak cerita sikit. Aku pesan awal-awal. Cerita aku cerita misteri dan semuanya tentang misteri. MISTERI ok~!!

********************


1. Ana Raffali menang. Misterikah??? Serius cakap, aku terkejut sikit. Sikit je ok. Not bad la dia. Lagu Tolong Ingatkan Aku tu pon agak sedap. Ok. Korang tengah kutuk aku kan?? Aku tak kesah..



2. Hafiz kena tembak. Kalau aku tengok sorang-sorang AJL tadi, confirm aku ingat dia pengsan betul-betul. Serius bengap aku. Kira misteri la tu. Tetiba jatuh gedebuk camtu. Lagi satu, cuba bagi jawapan paling bernas, berapa laju Hafiz tu lari tukar baju? Misteri ni aku tak boleh selesaikan sorang-sorang.



3. Faizal Tahir hanyut dalam air. Penat gak gaduh dengan member aku. Betul ke dia masuk dalam air. Jawapan aku tak, jawapan member aku ye. Malas cakap banyak. Korang tunggu je la Melodi ahad ni. Ni misteri tahap tadika je




4. Black punya vokal memang aku puji tahap dewa dewi. Tapi nak buat macam mana. Kalau aku ada kuasa, mungkin sekarang jugak aku tanya juri, kenapa dia tak dapat vokal terbaik. Aku rasa ni misteri tahap dewa dewi bila Black tak dapat anugerah tu. Mungkinkah nama artis mempengaruhi mentaliti pihak juri?? Misteri



5. Siti Nurhaliza punya tudung terbang pergi mana?? Ke memang fesyen sekarang, rambut palsu jadikan penutup kepala a.k.a tudung?? Ni misteri tahap kelas atasan. Aku tak boleh jawab.




6. Dato' Sharifah Aini bukan banyak tahi lalat ke kat muka dia?? Ke aku salah orang dan silap pandang?? Entah. Tapi Kak Pah maintain nyanyi atas pentas malam ni. Kelas la you Kak Pah..


7. Penghuni asrama aku jerit lepas Cheryl, Ally & Faizal Ismail cakap Ana Raffali juara AJL. Lepas tu siap tarik muka tak puas hati. AJL tak habis lagi, diorang dah tinggalkan bilik tv. Lepas tu mencarut-carut. Apsal ha?? Kenapa ek?? Aku harap ada penjelasan untuk misteri yang last ni


NotaAJL:Malam ni rezeki Ana Raffali. Aku ulang lagi sekali, rezeki Ana Raffali. Aku suka je dia menang. Congrat pada yang menag. Yang menanggung kekalahan, next year cuba lagi. Gambar ni semua aku mintak dari pak cik Google

Tuesday, October 26, 2010

Alam Maya: Antara Realiti dan Fantasi

Ok. Untuk pengetahuan makhluk2 di alam semesta sekalian, USMKK dah block fb masa waktu pejabat. Sekarang ni kitorang cuma boleh online masa lunch hour dengan lepas waktu pejabat je. Menyirap gak bila dapat emel notification "Anuar Zain comment on your photo", "Pak Leman comment your status" atau "Drogba Write on your wall". Tapi bila nak check, tak bleh. So, kena la tunggu pukul 1 atau lepas pukul 5. Penah sekali aku sanggup tak makan lunch semata2 nak bukak fb. Sebab kalau bukak fb lepas pukul 5, alamatnya laptop Dell Inspiron 14' purple ni dapat sumpah seranah. Line wireless kat sini memang terkenal dengan kelajuan tahap siput vavi. Bukak fb pukul 5, nak tunggu loading sampai pukul 7 tak abis. So, aku pon ta-cing nak online fb.

Bila dah tak boleh fb, blog je la tempat bergantung harap. Pernah gak terfikir nak layan friendster semula. Tapi tak menjadi lagi idea klasik tu. Hari2 dok singgah blok orang lain. Bernafas Dalam Ego, FynnJamal, Susudalambotol, Bukan Blog Bapak Kau. Blog wajib tengok tiap2 hari. Takde entry baru pon aku tetap singgah lebih dari 2 minit. Suka baca cara penulisan diorang.

Tapi hari ni aku usha lagi banyak blog. Sebab tiba2 aku terbaca pasal Fida Aishah. SUmpah tak kenal. Lalu kat blog dia pon tak pernah, ape tah lagi nak singgah. Suma dok pakat cerita pasal dia. Fake la, tipu la, menyamar la. Tiba2, aku rasa kerdil gila. Motip?? Sebab dan memang badan aku keick. LOL. Takde la... Sebab banyak info pasal dunia blogging ni yang aku tak tau. Maklum la, aku masih tahap biji benih belum bercambah lagi dalam dunia be-lo-ging ni.

Dari blog Fida Aishah, wujud plak nama2 blogger fe-mes yang lain. Back to Fida Aishah. Semua blog yang aku baca cakap dia ni penipu. Letak gamba fake, tapi mengaku dia. Hahaha... Sangat comel tindakan beliau. Lagi satu, cerita pasal video dia nyanyi2. Kot. Aku pon tak pasti. Point sekarang ni, tipah tertipu

Senang je nak conclude kes ni. Dah nama pon alam maya. MAYA. Orang tak nampak. Blog, social network, semua benda ni halus je kalau nak tipu. Ni cerita pasal fb. Kalau dah tak kenal orang yg request, buat apa la di'approve. Ada tu plak siap tangkap cintan dengan orang yg kita tak kenal tu. Tau2, dah berpunya. Tak pon muka tahap tak boleh bla. Ambik kau.. Ubat. Nak sangat cari penyakit.

Lagi satu, tak perlu kot nak tipu2 letak gamba orang lain. Kesian kat tuan punya badan yang gamba dia kena curi. Lepas ni jangan terkejut kalau tiba2 ada ramai Anuar Zain kat fb. Jangan nak sakit jantung bagai kalau tiba2 ada 3 Lisa Surihani add kita. Dan jangan terkejut kalau profile pic fb ngan blog ni bertukar jadi.....


Tak mau. nak tuka jadi....


Cun sangat. Tak mau gak. tak pon jadi...


Okeh.. Smart.

Haa.... Aku google. Ni la Rafidah yang keluar. Tapi bersyukur la dengan apa yang ada. Tuhan dah jadikan kita dengan muka elok2. Bersyukur dengan apa yang ada.

Aku rasa maca takut plak dengan alam maya ni. Terlalu banyak rahsia yang kita tak tau.... Quit blogging n deactivate fb??!! Belum sampai seru lagi nak buat macam tu.