Wednesday, April 13, 2011

Ini Buat Aku Sengsara

Ok. Telah diumumkan oleh junior-junior SMK Air Tawar bahawa pertandingan silat seni peringkat daerah Kota Tinggi akan diadakan pada Ahad ini. Dan peringkat MSSJ akan diaadakan pada 28-30 April. Peringkat MSSM dan Jemputan Antarabangsa kat Sarawak.

What a nice date. Ahad ni junior-junior berentap kat gelanggang, aku berentap kat dewan exam untuk paper pertama final exam semester ni. Dan tarikh untuk MSSJ pon cukup cantik. Berapa hari je sebelum aku habis paper. Korelasi yang menyeksakan. Ini sedih ok. Serius sedih. Saya nak tengok kamu berentap, wahai junior-juniorku. Boleh tak kalau aku doa, tarikh untuk MSSj ditunda. At least, korang ada masa nak berlatih. Tehee.. *alasan*


*********

Beberapa tahun lepas, waktu-waktu nak dekat dengan pertandingan ni memang seram. Dan waktu-waktu tu la banyak kenangan best. Kenangan paling legend, selipar terbang. Bila kami kumpul sama-sama, kenangan tu first sekali yang akan diungkit. Banyak lagi yang best. Tak tersenarai rasanya. Ok. Rindu kamu semua wahai budak-budak silat SMKAT. Termasuk kau, Ika Shika. Beliau antara srikandi Johor yang femes. Sila gerun sama beliau. Tak lupa gak Hunny Azman. Beliau antara manusia yang mendorong aku join silat :)

Oleh sebab sedang berada dalam mood sengsara kerinduan, aku pon nekad buat entri ni. Dengan itu, saya persembahkan beberapa gambar masa pertandingan. Ni tahun 2007. Zaman ni, DSLR belum muncul lagi. kemera yang pakai filem pon masih ada orang guna aku rasa.

Dipersembahkan......



muka yakin boleh menang. guess which one is me? haha



Oh... Muka semua tersangat lah tak bersalah.

Semua dah habis sekolah sekarang.

Ramai yang dah jadi jurulatih. Aku?? Juruletih..




JB vs Kota Tinggi



Tahun 2007, kali pertama jejak kali ke Kelantan. Kali pertama dan terakhir dapat masuk MSSM. Aku tak hebad. Tu pasal sekali je dapat join MSSM Dan sangat tak sangka yang aku akan jejak kaki lagi ke bumi Kelantan ni. Siap pakej 4 tahun lagi.



Team Johor, 2007.



Sejak sekolah rendah aku join silat, tahun 2007 paling best. Sekarang dah 2011. Dah 4 tahun. Tapi kenangan tetap dihati. Go PSSPGM. Hidup silat Johor~!

2 comments:

  1. awak2...kite nak tanye IKA SHIKA tu sape??
    hahhaa..miss every moments wif silat ouhh..
    miss u too..nak wat korang nanges! hahaha =)

    ReplyDelete
  2. eh... ni sapa ni?? kenapa tiba2 awak komen entri sy?? hahahhaa.... miss u too, sis. rindu banget nak nangis sama2. hahaha

    ReplyDelete