Saturday, April 9, 2011
Kronologi Krisis Kegawatan Ekonomi
Julai, 1997.
Bermulanya krisis ekonomi paling buruk terhadap negara-negara Aisa Timur, termasuk Malaysia. Kegawatan ini bermula daripada krisis kewangan di Thailand dan kemudiaannya di Indonesia. Malaysia terperangkap dalam krisis kewangan serantau ini. Satu faktor utama krisis ekonomi pada waktu itu ialah serangan ke atas mata wang negara. Hal ini menyebabkan kemerosotan aliran masuk modal, melemahkan daya saing eksport, kejatuhan nilai ringgit dan penurunan pasaran saham. Kegawatan ekonomi ini juga telah memaksa beberapa buah negara di rantau ini membuat pinjaman daripada Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia.
April, 2011.
Krisis ekonomi telah melanda beberapa pihak di terutamanya mereka yang memegang jawatan sebagai pelajar. Skop pelajar tersebut dikecilkan kepada beberapa orang pelajar di sebuah IPT di Pantai Timur Malaysia. Mereka termasuklah insan yang menulis entri ini.
Salah satu faktor utama krisis ekonomi pada waktu tersebut ialah serangan terhadap KB Mall yang bertubi-tubi, terutamanya apabila jualan murah sedang berlangsung pada awal 2011. Dalam hal ini, proses ulang alik ke KB mall berlangsung dengan jayanya. Barangan yang dibawa pulang ke kampus juga mampu untuk memenuhkan boot kereta. Hal ini menyebabkan kemerosotan aset tunai dalam tangan pelajar tersebut termasuk penulis, catuan makanan, berlakunya proses pengosongan tabung syiling, dan kehilangan mood untuk belajar. Kegawatan ekonomi ini juga talah memaksa mereka yang terlibat untuk membuat pinjaman daripada Tabung Kewangan Ibu dan Bapa.
Kesimpulan
Siapa kata krisis ekonomi yang melanda pada tahun 1997 tak mampu berulang. Dan sekarang, cuba bincangkan macam mana aku nak survive dalam masa sebulan dengan duit yang tinggal cuma RM150 =.=!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terbaik. kalau aku byk duit, aku nak jadi ejen peminjam wang lah kat sini. mesti masyukkk jumpa mcm kau,,, haha
ReplyDeleteok wirdah. confirm untung besa kalau ko buat bisnes mcm tu. sbb ramai yg senasib ngan aku sekarang ni. huhu
ReplyDeletekalau ada krisis ekonomi habislah aku..
ReplyDeletemesti mak bapak aku tak nak kasi aku duit belanja...
huuuu~ T_T
blog anda telah di tag sempena lucky draw
terima kasih :D
untuk cek yang anda telah di tag di sini >>>
http://ennurazure.blogspot.com/2011/04/dayana-az-dan-miszydians-buat-lucky.html#axzz1Ivb067ED
thanks for tagging me. tp agak buzy ngan final exam skrng ni. kalau sempat, sy join k. nak gak merasa dapat header free. hehe
ReplyDeleteorg kaya pon boleh gawat ke???
ReplyDeletesapa kaya?? hahahha
ReplyDeleteorg kaya pon kadang2 sesak gak :)