Tuesday, April 26, 2011

Panggilan Misteri

Ok. Sepanjang study week dan exam week ni, aku selalu join kawan-kawan lepak kat Pusat Mahasiswa (PUMA). Konon-konon study kat sana. Tapi selalunya diakhiri dengan sesi bukak cerita hantu. Tak kira melalui teknik verbal (cerita pakai mulut) atau visual (tengok kat laptop).

Jumaat lepas, aku tak join. Pukul 12, roomate masuk bilik. Dia kata, dia tidur kat bilik kawan dia. Mulut laju je balas ok, tapi hati dah mula berdegup kencang. Mesej sahabat handai, mereka semua masih kat PUMA. Tidur sorang la jawapnya malam ni....

Silent handhone. Dengar mp3 sambil tido. Pukul 4,handphone vibrate. Ada orang call. Nombor yang tak kenal. Kacau betol. Aku misscall semula. Empunya nombor tu call semula. Aku angkat dalam keadaan mamai gila + tak ikhlas.

'Korang kat mana?'
Aku balas 'erm... nak cakap ngan sapa'
'korang tengah buat apa?'
Aku balas 'erm.. aa... tak buat apa-apa. Nak cakap ngan sapa?'
'korang tak buat apa-apa eh? Tolong urutkan pakcik. Pakcik semput bla.. bla... bla...'
Aku terus letak. Sangat demm.. Apahal ada orang nak bergurau dengan aku time-time macam ni

Kawan-kawan lain semua masih kat PUMA. Kalau ikotkan hati, time tu gak aku lari sambil pakai baju tido + boxer gambar monyet ke PUMA. Tapi selepas berfikir sambil menggigil, aku sambung tido semula. Tapi sumpah tak nyenyak.


*********


Esoknya, cerita konon-konon seram ni disampaikan ke telinga Put, Nina & Rab.
Put balas 'nasib baik dia suruh urutkan. Kalau dia suruh bukakkan ikatan kat kepala, tak ke haru'
Mulut kau memang choii, Put =.=!


************


Sampai ke hari ni, aku tak tau sapa pakcik yang call tu. Selepas dibincangkan beberapa kali, aku anggap je pakcik tu salah nombor. Maybe dia nak call mak bidan, tercall aku. Assumption yang logik, aku rasa.

6 comments:

  1. tukang bace n3 pown seram same... hadoi..

    sabar yew...

    ReplyDelete
  2. Kira no. kau same ngn no. mak bidan. Camtu? Hahahaha

    ReplyDelete
  3. Nantikan panggilan drpd akak tu pulak ya Pidah? Hehehe.

    ReplyDelete
  4. aque- penulis lg seram. huhu

    paan- siot ko.. mungkin nombor kitorg lebih kurang sama agaknya. hahaha

    aizat- ko memang choii..!!!! jgn sampai aku lari g blok putera mlm ni. hahaha.

    ReplyDelete
  5. RB | Hahahaha. Padan muka kau. Bising lagi kat D'Klasik. :P

    ReplyDelete
  6. as i said, tak ada tanda 'tolong senyap' pon kat D'klasik tu. Plus, sana bukan library. hahahaha

    ReplyDelete