Showing posts with label Barang baik. Show all posts
Showing posts with label Barang baik. Show all posts

Friday, November 11, 2011

Sembang Kencang

Ok. Semua orang nak update status, tweet bagai pasal 11.11.11. Tak percaya, cuba la log in mukabulu sekarang. Majoriti tulis; 11.11.11, nice date. Yeah. Nice. Tahun depan, virus 12.12.12 pulak. Tunggu je la.. Tapi jangan la pulak kau pergi tunggu 13.13.13. Memang dungu la jawapnya.

Dan ini bukan entri sembang kencang pasal 11.11.11. Takde pekdahnye buat entri pasal tu. Ini adalah entri yang betul-betul punya sembang kencang. Hari ni adalah hari aku dapat Sembang Kencang


 
 Jeles? Silakan. Nak pinjam? Memang tak dapat la. hahaha...

Bila Enchik Fdaus Ahmad cakap yang blook SK2 ni dah boleh tempah, laju-laju aku bank in duit. Hoi... Azab tau tak terlepas blook SK1. Menyesal dia macam kau fail Bahasa Melayu masa SPM. 
Sembang Kencang 1 yang aku terlepas.

Sebenarnya, aku dah baca entri-entri dalam blook SK2 ni dekat blog Sembang Kencang. Tapi tak puas. Demi nak dapatkan kepuasan tahap dewa, aku beli gak blook ni. Situasi dia sama bila; kau dah tengok cerita tu kat wayang, tapi kau nak jugak beli DVD sebab carita tu best nak mati. Memang berbaloi-baloi kepuasan aku dapat.


Dan kepuasan membaca blook ni sama macam kau dapat CGPA 4.00flat, lepas tu kau dapat Anugerah Pingat Emas Canselor, lepas tu kau dapat sambung phD kat ovesi bawah tajaan JPA, lepas tu kau terus dapat kerja gaji ribu-riban. Fuhhh.....

 
Terima kasih banyak-banyak pada penulis SK. Serius, Sembang Kencang 2 memang best. Dan superb. Dan cool. Dan semoga kamu sentiasa gumbira hidup sama cikgu kuala kubu, Fateem yang comel dan faseeh yang cute. 

Wednesday, October 5, 2011

WW#3 - Kitab Terfaktab






Kau ada? 
Kalau takde, pergi beli cepat.!!
Sebab aku dah ada

Thursday, September 15, 2011

Buku-Buku Rare


Ok.  Hari ni just nak koleksi buku-buku rare yang aku beli masa cuti sem lepas

1. Anarki Di Kuala Lumpur. 
Mohd Jayzuan
Ni limited edition. Kulit keras




2. Sperma Cinta.
Linglung
Buku ni best gila...!!!!



3. 28 Hari Jurnal Rock & Roll
Mohd Jayzuan (penulis ADKL)
Blom habis baca lagi




4.Pecah
Khairulnizam Bakeri
Tak sempat nak naca lagi.

5. Kasino
Saifullizan Tahir
Pon belum sempat nak baca. 
Sekarang aku tengah baca CEKIK (Fixi gak). Cekik aku pinjam dari Aizat


********** 

Semua buku ni aku beli dari UYA! Distro. Beli online ada, beli kat kedai UYA! terus pon ada. Dan aku dah buat pre-order untuk KITAB TERFAKTAB. Mungkin next week dapat la kitab yang semua orang tengah tunggu tu :)


Wajib baca:
1. RANAP
2. CEWAH

Sunday, June 12, 2011

Bahan Bacaan Masa Kini

Ok. Aku dah tak perlu jalan sambil tunduk tersipu-sipu malu dengan jiran sebelah. Sebab aku dah berjaya dapatkan Anarki Di Kuala Lumpur. Dalam erti kata lain, Anarki Di Kuala Lumpur dah ada dalam tangan AnakBakri Di Kota Tinggi.Yeehaaa..!!!! Dan yang ada dalam tangan aku ni adalah edisi terhad. Limited edition kata omputih. Edisi kulit keras. Sekali tengok, macam jurnal pon ada.

This book is well-written by Mohd Jayzuan, penulis buku 28 Hari: Jurnal Rock n Roll dan Nota-Nota Gila.


Aku tak katam lagi la baca buku ni. Tapi masa dapat je buku ni, aku dah terbukak muka surat 80 buku ni, muka surat last. Ceh... Terbukak katanya. Padahal, memang dah tabiat aku. Baca muka surat last dulu, baru baca dari awal. Yang pasti di akhir cerita ni, riwayat Syd Jamal tak panjang. Syd Jamal, aku doakan Anne datang masa majlis pengebumian kau.

Hakikatnya, buku ni superb. Daripada kau baca majalah Mangga yang penuh dengan gambar kolam renang, baik kau baca buku ni. Kompem tak nyesal. 

Friday, April 29, 2011

CEWAH, Cewaaaahhhhhh!!!

Ok. Setelah berjaya dapat RANAP dari kak Fynn dengan hanya bermodalkan RM20, kali ni aku berjaya dapatkan CEWAH pulak. Dengan jumlah modal yang sama, tapi kepuasan yang berganda, cewaaaaaahhhhh!!!

Tak sia-sia aku ulang alik pergi pejabat desasiswa (kolej) nak check, dah sampai ke belum harta aku yang satu ni. Sampai kena perli,

'awak lagi.. penting sangat ke barang awak tu' sambil sengih-sengih..


Aku cuma balas gurauan boring beliau dengan senyuman seikhlas hati. Mungkin beliau tu tak tau yang penantian satu penyiksaan. Akhirnya, sampai gak bungkusan ni semalam, selepas menempuhi perjalanan yang lebih dari 2 marhalah. Dari Subang-Kota Tinggi-Johor Bahru-Kubang Kerian.


  

Dan inilah harta yang aku tunggu lebih dari seminggu tu..
 

Nampak tak saudara yang tak pakai baju kat atas tu. Tu la Pipiyapong. Penulis blook CEWAH ni. Sebelum ni aku dah terlepas buku pertama dia, KACIP. Kali ni awal-awal lagi aku dah tempah online dari UYA Distro. Dan blook ni memang superb. Sapa-sapa yang rasa dia tak pernah rasa nikmat gelak sampai keluar air mata, dia memang patut beli buku ni. Dan pada sapa-sapa yang frust sebab tak ada channel Astro Warna kat rumah untuk tengok Maharaja Lawak, korang pon patut beli buku ni.

 

CEWAH ada 80 muka surat, tapi aku baru baca sampai muka surat 40. Sayang nak baca sampai habis. Sama macam RANAP, aku tak baca habis lagi. Sayang nak habiskan baca. Bengap ke tak?? Dan untuk blook ni, aku bagi 5 bintang. Memang confirm tak menyesal langsung aku beli.

Misi seterusnya, menunggu blook 'Perghh!' dari Ncik Fdaus Ahmad. Oleh sebab dah terlepas blook Sembang Kencang, awal-awal lagi aku dah cakap aku nak beli. Perghhh!!! 



nota Cewaaahh: Nak pinjam?? Boleh. Sehari RM1.20 aku sewa. Sebab kebanyakan punca rezeki, datang dari perniagaan/bisnes. So, aku pon nak merasa gak buat bisnes :)

Friday, March 18, 2011

Hidup Aku Yang RANAP


Ok. Memang Ranap total. Tidur, study, kelas, makan bagai apa semua Ranap. Sikit hari lagi nak barai. Nasib baik tak jahanam hidup aku.





















Penyesalan paling besar adalah bila aku tak beli buku RANAP ni masa dia fresh. Tapi biar lambat, asal dapat. Kak Fynn memang mantop..!! 5 bintang untuk RANAP

Friday, February 25, 2011

Ketagih Terhadap Jenama Ini


Ok. Bermula dengan ini



8.Febuari.2010

Seterusnya, dalam masa 2 hari, telah menyambar ini


4.Ogos.2010

Align Center
Dan ini


5.Ogos.2010

Semalam, tangan gatal nak beli ini


24.Febuari.2011


Misi seterusnya, nak yang ini pula


Adidas Condes.

Hari tu dapat ini sempena hadiah besday. Malangnya, hanya available di US. Ceyt..!!!



Sunday, August 15, 2010

rafidAdidas

Ok. Sungguh tak ku sangka yang diri ini dah terbeli DUA beg Adidas masa pegi Convex kat Penang. Makin tak sangka yang beg tu sangat chantek. Super tak sangka bila collection barang Adidas bertambah. Super duper tak sangka yg aku happy bila tengok barang2 tu tersusun rapi kat sudut bilik.

Dengan bangganya mempersembahkan model anda pd hari ini, Miss RafidAdidas~~~


-Miss RafidAdidas ngan beg barunya-

Hati girang bila tengok barang2 ini. Even tak banyak, tapi still girang sebab beli guna helaian kertas yg dikeluarkan dari beg duet sendiri dan dicucuk dari akaun sendiri yg ditaja kerana kecemerlangan sendiri. OK. Beli pakai duit biasiswa.


-the original Three Lines-


see da brand :)


-love this-


-second bag bought during Convex-


-also bought in Penang, but during SUKAD-


-koleksi lengkap utk travel @ holiday-


-mewangikan badan yg tak wangi-


-menyelesakan kaki yang tak selesa-


-pakai kat kaki-


-kasut baru ngan baju + sweater lama-


-sumpah tak paham apsal aku beli sweater pink!!!-

.:*ADIDAS*nothing isimpossible*:. Sangat berbaloi bila beli Adidas yang original dari beli yg tiruan