Sunday, October 24, 2010

Hari yang berMAKNA

Ok. Semalam adalah hari yang berMAKNA. Bukan sebab Anuar Zain lamar aku. Bukan gak sebab aku dapat anugerah dekan. Tapi sila doakan yang dua benda ni akan jadi kenyataan. Amin.. Se-te-ret to the point. Semalam memang sangat berMAKNA.

Hari yang berMAKNA dimulakan dengan bangun pukul 5.30. Gila!! Selalu kelas pukul 8 pon aku bangun pukul 7.30. Tapi semalam terpaksa bangun awal sebab nak menjayakan hari yang berMAKNA. Sempat lagi bantai tido sementara tunggu Bibi dengan Tipah (manusia yg sentiasa aku dampingi sepanjang hari yang berMAKNA)


-Bibi & Tipah-

Hari yang berMAKNA berjalan lancar. Tugas aku habis dalam pukul 8.30. Tak tau nak buat apa sebab hari yang berMAKNA tak habis lagi. Orang lain dah lari sebab aku dah janji 30 orang yg sampai dulu kat garisan penamat dapat kawin ngan aku. Ok. Penipu besar. 30 orang yg sampai dulu dapat hadiah. Tiba2 aku nampak makhluk kaki empat berbulu halus. Waa... Aku nak buli kau. Keluarkan RM3. Ok. 2 round je. Tak puas.


-kuda ku lari gagah berani-

Masa utk menentukan kehidupan ni adil ke tak . Cabutan bertuah je pon. Tapi hadiah dia, mak aihhh... Besa + banyak. Dan hidup ni memang adil. Dapat hamper besar. Lepas ni kalau nak pilih nombo cabutan bertuah, pilih nombo 220 eh.


-saja fokus kat hamper-

Hari yang berMAKNA jadi lebih berMAKNA bila ada sesi story-mory dari pesakit. Ada la dalam 6 orang patient yang datang. Muka semua rilex je. Siap boleh main lari2 sambil gelak dengan riangnya lagi. Tapi tiba2 aku terkejut beruk lepas masa dengar Mama Ji interview diorang. Ta-cing gak la aku denga story diorang.

Sumpah tak menyesal join Program Larian Amal MAKNA (Majlis Kanser Nasional) kali ni. Walaupun jadi MC bidan terjun je, tapi kata2 Mama Ji and the gang aku ingat sampai mati. Dalam badan kita semua ada sel kanser. Cuma teruk tak teruk je yang tentukan masa depan kita.

Terima kasih pada makhluk2 berbaju kuning yang sudi jemput aku jadi MC. Tabik spring paada Kak Pajil (pengarah yg tak bagi aku buat kerja), Kak Aino (akak yg comel), Kak Yana (manusia yg sama2 rancang protokol ngan aku), Divya (manusia yg marah bila aku tak makan), dan para organizer Program Larian Amal MAKNA 2010 ni. Saya sayang kamu semua. Walaupun ni bukan event saya, tapi kamu2 semua layan saya dengan baik sekali Thanks u ols~~!!!!


-makhluk baju kuning:penganjur MAKNA-

p/s: sapa ada lagu Di Setiap Nafasku?? Aku dengar masa program ni. Sedap...!!!!
p/s/s: jom kelik

No comments:

Post a Comment