Friday, November 12, 2010

Alkisah Pagi Yang Marah


Ok. Marah tahap pertama. Telah lambat membangunkan diri untuk kali yang ke berapa tah. Tak berapa nak pasti. Selamat hari ni cuti + paper LSP402 start pukul 3PM. Tapi sebab cuti la, nak bangun awal. Nak pulun study nota yang bertimpa-timpa atas meja. Hadoi... Ketuk kepala sendiri. Teruskan langkah penuh gaya pergi toilet. Buat apa yang patut. Melangkah lagi pergi cari air panas. Nak buat nestum. Bajet macam budak kecik, breakfast nestum.

Semua dah settle. Ucap selamat pagi kat lappy tercinta dengan cara yang agak ghairah. "Wahai lappy, apsal battery tahan 33minit je. Nak singgah 3 blog pon tak lepas. Tu belum kira nak stalk fb orang lain"... Bilik ni dah la berpuaka bertuah. Kena online kat luar bilik. Sangat tragis. Tak kan la nak tarik power supply sampai 50meter. Marah tahap ke dua.


-buah hati pengarang jantung-


Nasib baik hari ni line ok. Tak semput-semput. Fasa online pertama, layan fb. Balas apa2 komen yang patut. Gelakkan status couple2 lain yang tengah berjiwang sambil ucapkan kata2 semangat "tak perlu berdrama di fb, wahai sahabat. Penuh wall aku". Ni tak marah, cuma gigit bibir je. Nak remove, member sendiri.


-pemenang award skrip terbaik-


-kalah Fasha Sandha-


Tangan terus menari2 atas keyboard. Next station, blog. Nak baca cerita kreatif yang Ncik Ben Ashaari anjurkan. Semangat buka blog beliau, tapi menatang haram ni plak kelua. wadafak!! Nampaknya U aku jeles ngan Ncik BA. Wahai admin, kenapa block?? Blog Ncik BA cuma boleh bukak time ofis hour je. Hari ahad la baru boleh buka nampaknya. Kuchewa! Marah tahap ke tiga.


-motip diblock??-


Teruskan misi untuk menyemak kat blog orang lain. Niat nak tinggalkan kesan kat chatbox sambil ucap selamat pagi. Tapi ada lagi sekor menatang haram kelua.. Hadoi. Ni dah marah tahap tak boleh tahan dah ni.


-misi gagal-

Hati dah panas. Misi jelajah alam maya gagal. Tutup lappy, sambung study. Memang weekend yang bermakna. Demm!!


notakaki:
Agak2 kesan apa yang boleh aku tinggalkan kalau tak boleh bersuara kat chatbox...
Agak2 kalau router depan bilik ni pecah, kantoi tak sapa dajalnya...

8 comments:

  1. lappy yana 15min jew padam...kena cucuk caj jew...kahkahkah...;d

    ReplyDelete
  2. dah tak bleh sabau..!! Kena 'puasa blog' 2 hari. Sigh =.=!

    ReplyDelete
  3. heh aku kalau org drama2 ni xde tolerate dah. member x member aku remove je. sumpah annoying. wtf kalau bf/gf demam, dok post "die demam...isau la.. ayunk jgn lupe mkn ubt taw". ato "rindu die. die buat ape skunk ni ek". atau "aq xpaham knapa die buat camni kat aq!! aq separuh mati sayang kat dia!" tapi esoknye "aq sayang die, rindu die..uhuhuhuuhhhh" WTF WTF WTF WTF WTF. xperlu berdrama okeh. rindu? sila kol. risau? sila kol. xperlu nk buat status tayang serata dunia. bukan kau sorg je ade partner. huh. -okeh teremo sebentar-

    -ahmadnazmi-

    ReplyDelete
  4. nazmi!!!!!!
    tiba2 aku nampak WTF banyak sgt. aku ingatkan makhluk mana la yg dok ngamok kat post aku. haaa..... berdebar sebentar.
    back to drama2.. kadang2 sronok tengok drama tak berbaya ni. hahahhaha

    ReplyDelete