Friday, December 31, 2010

Indahnya Sambutan tahun Baru Saya



1.13am (31.Disember.2010)
Semua diam sebab teruja tengok cerita Step-up 3. Rab memecah kesunyian. Nina dan aku terus mencurahkan idea yang bernas.

"Jom keluar esok. Bla.. Bla.. Bla... Kita sewa kereta. Bla... Bla... Bla... Bunga api. Bla.. Bla.. Bla... Tengok la esok macam mana"



2.30am (31.Disember.2010)
Semua dengan hala tuju masing. Online, 0nline lagi, dan terus online. Online sampai lebam. Ni je la hiburan yang ada. Hujan turun mencurah-curah.


4.45am (31.Disember.2010)
Ucapkan selamat pagi pada dunia. Capai stokin. Capai sweater. Capai selimut. Tidur. Hujan kat luar masih lebat.


xx.xxam (31. Disember.2010)
Buka mata. Buang selimut. Campak sweater. Tanggalkan stokin. Pagi terakhir di tahun 2010. Sepatutnya waktu2 macam ni dah terang benderang. Tapi bumi Kelantan terus dibasahi hujan rahmat. Otak masih ligat pikir nak buat apa malam tahun baru ni.


1.30pm (31.Disember.2010)
Makan tengah hari kali terakhir untuk tahun 2010. Masih dengan agenda yang sama. Nak buat apa malam ni. Aku, Nina dan Rab terus keluarkan hujah masing-masing. "Jom la keluar. Bla... Bla... Bla... Boring duduk bilik. Bla... Bla... Bla... Petang ni 6.30"


6.30pm (31.Desember.2010)
Call Nina & Rab, tanya diorang dah siap ke belum. Jumpa kat tempat biasa. Destinasi yang dituju, pasar malam. Ya. Pasar malam. Kami makan bersama-sama untuk kali terakhir di tahun 2010.


9.00pm (31.Disember.2010)
Masih berusaha untuk cari alternatif nak buat apa malam tahun baru ni. Semua cakap nak keluar. Tapi poket semua tengah kering. Bincang sampai lebam. Akhirnya, semua capai kata sepakat.




12.00am (1.Januari.2011)

Aku duduk mengadap lappy. Aku klik 'publish post'. Oleh sebab loan tak masuk lagi, semua sepakat duduk kat bilik je sambil muhasabah diri. Dan aku rasa macam nak pergi merompak sekarang ni.



Muhasabah diri, ain't that kind of sweet celebration? Lagi-lagi untuk manusia-manusia yang hidup mengharapkan ehsan duit loan. Apa-apa pon, selamat tahun baru.

Wednesday, December 29, 2010

Highlight Final AFF Versi Sendiri

Ok. Happy ending. Tahun 2010 dihabiskan dengan kegemilangan skuad bola sepak negara. Harimau Malaya membenam pasukan Garuda.... Ayat nak ala-ala berita TV3. Pffft!!! Btw, Malaysia dah menang. Sekarang, aku nak highlight apa yang aku nampak malam ni


BAMBANG PAMUNGKAS
**Ingat tak zaman kegemilangan The Red Giant?? Zaman SelangorFC a.k.a Red Giant dapat tiga piala dalam satu musim?? Masa tu Selangor ada ramai player import. Siapa yang buat hatrik masa dalam salah satu final masa tu waktu tu?? Jawapan, Bambang Pamungkas. Dan malam ni aku dapat tengok lagi kelibat beliau setelah sekian lama. Ok. Aku tetap rakyat Malaysia yang sokong 100% team Harimau Malaya. Saja je nak intro pasal Bambang tu.


-SelangorFC. AKu minat kelab ni. Sampai Dolah Salleh tu pon aku minat gak-


TABIAT ORANG KITA
**Haa... Baru sekarang la nak puji. Hari tu masa Malaysia kalah dengan Indon dalam peringkat kumpulan, semua pakat kutuk. Dan sebenarnya, aku terkena sikit tempias dari statement sendiri. Sebab dalam entri ni aku macam terkutuk sikit team Malaysia. Tapi aku puji (team Kalantan) dalam entri ni. Hadoi.. Tu la tabiat orang kita. Kalau kita tetap guna prinsip 'kalah kutuk, menang sanjung', tak ke mana la jawapnya sukan Malaysia ni. Ingat tu semua rakyat Malaysia, terutamanya Rafidah Bakri =.=!


PUJIAN

**Sapa yang layak dapat?? K. Rajagopal?? Safee Sali?? Goal keeper Kelantan, Khairul Fahmi?? Dengan yakin aku jawab, puji semua sekali. Dari player simpanan sampai la ke Datuk Shabeery Cheek. Tukang kutip bola dengan waterboy pon patut dipuji gak.


DAH JUMPA SUPERMOKH BARU??

*Ada yang kata Safee Sali. Terpulang. Ni pendapat masing-masing. Pada aku, Supermokh masih tak ada pengganti


-Supermokh-


HARAPAN
**Next year sukan sea. So, harapan setinggi gunung aku letak pada team Harimau Malaya supaya kekalkan pingat emas tahun lepas (Malaysia menang 1-0 lawan Vietnam final Sukan Sea 2009).


LAST BUT NOT LEAST, COLI 'JUPE'

**Malam ni tak nampak pula aku kelibat dia. tah celah bedah mana dia menyorok pon aku tak tau. Dia cirit-birit kot. Stuck kat dalam stadium Bung Karno tu (^_^)


::Sesungguhnya mengekalkan kemenangan itu lebih sukar dari mencapai kemenangan::


Regards,
Rafidah B.

Exersice and Sport Science

Tuesday, December 28, 2010

25 Random Things About Me

Ok. Ni Ncik Amir yang tag. Dah lama sebenarnya dia tag, tapi baru hari ni buat entry ni. Ampunkan patik, Ncik Amir. Sebab dalam hal ni, aku guna prinsip better late than never. Lagi satu, hari tu dah jawap tag dari Cik Indah tentang 20 kelebihan diri. Untuk tag kali ni, nak jawap 5 je la. Kalau campur dengan tag Cik Indah tu, 25 la jadinya. Tak gitu Ncik Amir?? Ok. Gurau je.


1. Anak jati johor. Ayah orang Johor, mak pon orang Johor. Lahir kat Johor, membesar kat Johor. Sama gak la dengan Ncik Amir ni. I'm proud to be Johorean.

2. Lahir 6 Febuari. Motip tayang tarikh lahir, sebab nak mintak hadiah masa birthday nanti. Tak dapat ipod touch, dapat cermin mata Adidas Condes pon jadi la..

3. Lahir dalam keluarga yang besar. Ada 5 kakak dan 2 abang. Aku anak paling bongsu. Sekarang ni dah ada 11 anak sedara.

4. Dulu masa sekolah, cita-cita nak jadi angkasawan. Sebab nanti boleh pergi bulan. Tapi aku selalu cakap kat kawan-kawan, nanti aku nak susun bintang jadi nama aku kalau aku dapat pergi angkasa. Dah besar sikir baru la tau yang tu statement paling tak logik. Cuba cerita sikit macam mana nak susun bintang??!!

5. Selalu menipu masa buat experiment kat sekolah. Pernah sekali tu, orang lain guna air liur tapi aku guna air paip biasa je. Tapi cikgu cakap aku punya experiment jadi.

6. Lepas habis sekolah, masuk matrik Johor. Amik sains hayat. Memang sangat mencabar hidup kat matrik. Ye la... Setahun nak catch up banyak2 subjek. Nasib baik result ok.

7. Masa kat matrik, ada sorang roomates bukan orang Johor. Lepas tu aku tanya la dia, 'kau tau epok-epok tu apa?'. Dia pon jawap 'epok-epok ialah sejenis haiwan laut'. Jawapan konfident beliau buat aku gelak pecah perut sampai keluar air mata.

8. Lepas habis matrik, sambung belajar kat USM Kubang Kerian. Ambik course sains senaman dan sukan. Baru tahun dua. Masih bertatih-tatih lagi sebelum dapat ijazah.

9. Suka kumpul barang pelik-pelik. Plastik gula-gula, plastik tisu, resit bank.

10. Suka makan laksa. Memang feveret. Bila balik cuti je, mesti masak laksa kat rumah. Kalau masa bulan puasa, boleh dikatakan hari-hari buka puasa dengan laksa.

11. Kuat makan. Ni memang masalah besar yang tak pernah selesai. Aku memang ada masalah buruk lantak.

12.
Dalam hidup ni, kadang-kadang aku skema. Terlalu skema. Terlalu mengikut peraturan. Tapi kadang-kadang je la.

13. Lebih suka jadi diri sendiri. Abis, nak jadi sapa lagi kan kalau bukan diri sendiri. LOL.. Maksud aku, aku tak kesah orang nak cakap aku nerd ke, serabai ke, yang penting tak kacau orang lain.

14. Sangat suka pada barang-barang Adidas. Selalu bukak website Adidas, lepas tu kecewa. Motip?? Sebab tak berapa mampu nak beli semua barang-barang tu.

15. Sangat takut pada serangga yang boleh terbang. Belalang memang nombor satu yang paling aku takut. Kalau ada belalang kat ruang tamu, aku sanggup tak tengok tv selagi belalang tu tak hilang. Horror..

16. Suka masuk air. Tak kesah la pantai ke, laut ke, air terjun ke, kolam renang ke. Yang penting air. Tapi aku tak pandai berenang =.=!

17. Suka pada orang yang pandai main gitar. Ada sapa-sapa nak ajar aku main gitar??

18. Ada friendster, tapi dah lama gila tak bukak. Ada facebook, tapi aku akan approve orang yang aku kenal je. Macam kawan-kawan masa sekolah, sedara-mara, dan orang yang aku pernah jumpa face to face. Orang-orang lain aku selalunya ignore. Ada channel sendiri kat youtube, sebab suka komen video orang lain.

19. Tak ada myspace. Tak ada twitter. Tak ada formspring. Masih boleh hidup dengan jayanya tanpa benda-benda tu semua.

20. Mula buat blog masa bulan 4 tahun 2010. Masa tu roomate yang ajak buat. Sekarang ni umur blog ni dah 8 bulan

21. Aku jadikan perkataan congekcakdong sebagai url sebab roomate yang ajar perkataan tu. Jongkang-jongkit dalam bahasa Kelantan. Mula-mula aku gelak bila dengar perkataan tu. Tapi lama-lama macam sedap plak. Cuba sebut perkataan ni laju-laju & banyak-banyak kali, mesti terbelit lidah.

22. Aku guna frasa 'Aku dan Mereka' untuk tajuk blog ni sebab entri dalam blog ni tentang aku dan mereka. Mereka tu merujuk pada beliau-beliau yang ada kat sekeliling aku.

23. Suka baca blog Kak Fynn Jamal, Hanis Zalikha dengan Ncik Sembang Kencang. Banyak lagi blog lain yang aku suka baca. Makan masa 2 hari la kalau nak listkan semuanya.

24. Suka ping entri dekat StoryAnda, GengBlogger dengan Kelab Blogger Tegar. Tapi StoryAnda tempat paling selalu aku ping

25. Suka stalk facebook orang lain :)



Okeh... selesai

Monday, December 27, 2010

10 Rumah Termahal Di Dunia

10. Dracula's Castle, Romania ($135 million)


Dibuat masa abad ke-14. Ada 57 bilik, termasuk 17 bilik tidur yang penuh dengan barang sejarah.


9. Updown Court, Windlesham ($139 million)


Rumah ke tiga termahal du dunia masa 2008. Masa tu, rumah ni harga dia $110 million. Dan sekarang, dah naik $29 million.


8. The Manor, Los Angeles ($150 million)


Ni rumah Ncik Aaron Spelling. Ada 123 bilik, tiga dapur, gelanggang sukan, kebun peribadi, beberapa kolam renang dan tempat main boling.


7. The Pinnacle, Montana ($155 million)


Rumah Ncik Masa dan Puan Edra Blixseth ni akan menjadi hotel termahal dan termegah. Walaupun tergolong dalam species rumah termahal, rumah ni cuma ada 10 bilik tidur je.


6. Franchuk Villa, Kensington ($161 million)


Rumah ni jadi milik dermawan AIDS dari Ukraine, Elena Franchuk.


5. Hearst Mansion, Beverly Hills ($165 million)



Ni plak rumah Ncik William Randolph Hearst. Ada 29 bilik tidur dan 3 kolam renang. Jiran Ncik Willian ni orang-orang femes, termasuk Tom Cruise & David Beckham


4. Fairfield Pond, The Hamptons ($170 million)



Kompleks perumahan paling besar kat Amerika. Ini rumah Ira Rennert. Ada 29 bilik tidur, 5 gelanggang sukan, tempat main boling & paling best, tab mandi air panas yang berharga $150 000. Tab mandi je pon..!!!!


3. One Hyde Park: The Pentahouse, London ($200 million)



Penthouse yang lengkap dengan sistem SAS Guard, tingkap kalis peluru, terowong rahsia untuk pergi ke Hotel Mandarin dan paling penting, ada 'panic room'.


2. Villa Leopolda, Cote d'Azur France ($525 million)


Ramai yang cakap ni rumah Ncik Bill Gates. Tapi sebenarnya ni rumah Ncik Edmond Safira, banker dari Perancis. Ada 19 bilik tidur, gelanggang sukan, tempat main boling, & dapur yang banyak.


1. Antilla, Mumbai ($1 billion)


Rumah moden, mahal & cantik tak hengat ni bukan Ahmad Albab yang punya. Tapi Ncik Mukesh Ambani yang punya. Speechless bila tengok rumah ni. Teka ada berapa bilik?!

Sunday, December 26, 2010

500 Blog..!!



Ok. Ni segmen Ncik BA. Sebelum ni Ncik BA ada buat treasure hunt kat alam maya ni. Dan ia sangat mencabar. Dari 50 blog, naik ke 200 dan sekarang wow.. 500 blog!!! Jom kita ramai-ramai pakat join

Serba sedikit mengenai diri dan tujuan menjadi blogger:

Anak jati Johor yang tengah belajar kat Kubang Kerian. Masih belasan tahun, tapi akan hilang title 'belasan tahun' tu tahun depan. Suka menulis. Memori handphone selalunya penuh dengan draft mesej tentang ayat2 best yang didengar. Perosak gambar, sebab saya bukan fotogenik

Belum sampai setahun lagi jadi blogger. Tujuan utama menjerumuskan diri dalam dunia blogging ni sebab nak share cerita dengan orang lain. This blog is my high-tech diary. Saya baca cerita awak, awak baca cerita saya dan kita akan tau banyak cerita.


Saturday, December 25, 2010

Masa Untuk Belajar Dah Datang

Ok. Dalam masa tak sampai 10 jam, akan meninggalkan bumi johor. Akan pulang ke Kelantan. Sebulan cuti. Keluar dari kepompong kelas, kuiz, assignment, exam bagai. Sekarang, masa untuk mengadap semua-semua tu dah datang semula. Dan yang pasti, akan merindui

1. Line internet kat rumah
Memang berjuta-juta kali lagi laju dari line wifi kat kampus. Macam-macam yang tak kena. facebook boleh buka lepas waktu pejabat je. Youtube jarang-jarang boleh buka. Ini semua untuk kebaikan. Hampeh =.=!! Entri ni menceritakan keadaan wifi kat kampusku.

2. Besties

Mereka buat reunion 29 Disember ni. Tak dapat join =.=!


3. Tv
channel 551, 701 & 702. Aku rasa nak beli satu remote astro. Senang nak tengok tv kat kampus nanti. Tak yah berebut


4. My Soulmate



notakaki: lepas ni dah tak boleh update entri selalu sangat. Maklum la, line wifi cam siput =.=!

Thursday, December 23, 2010

Motivasi Daripada Skrip Filem/Drama


Hidup umpama traffic light.

Ada merah, ada kuning, ada hijau.

Kalau hijau, senang je kita nak jalan.

Kadangkala kita harus berhati-hati bila kuning.

Walau apa pun yang kita mahu, kita tetap kena berhenti kalau merah.

Tapi, traffic light tak selalunya merah.

Ia akan bertukar hijau kerana masih ada peluang bagi kita kerana hidup mesti diteruskan
.
Source: Cerekarama 'Traffic Light'


********************

Orang yang tewas akan menerima
pengajaran yang lebih banyak
berbanding seorang pemenang.
Source: Waterboy 2

********************

Satu nyawa bermula dengan satu nafas.
Satu batu bermula dengan satu langkah.
Satu juta bermula dengan satu sen.
Dan satu kejayaan bermula dengan satu inspirasi.
Source: Drama 'Inspiron'

********************

Inilah kehidupan, seperti batu jed.
Perlu diproses, barulah ianya cantik.
Source: TVB Drama 'Hard Fate'

********************

Kewujudan manusia adalah kod rahsia tuhan.
Kod rahsia ini ada maknanya.
Source: Drama 'Full House'

********************

Tidak ada yang paling pandai atau yang paling bodoh.
Kerana yang pandai akan menjadi bodoh.
Dan yang bodoh akan menjadi pandai.
Source: Sinetron 'Bawang Putih Bawang Merah'

Wednesday, December 22, 2010

Feel Free To Fly: Barangan Body Shop Untuk Dimenangi


Ok. Ini adalah contest yang Mr F anjurkan. Contest gambar lompat-lompat. Jom join. Hadiah yang yang bakal dapat ke tangan pemenang:


1 x 1st Prize: Barangan THE BODY SHOP bernilai RM100.00

1 x 2nd Prize: Barangan THE BODY SHOP bernilai RM60.00

1 x 3rd Prize: Barangan THE BODY SHOP bernilai RM40.00


Ha.. Dah lepas penat lompat sana lompat sini, memang best la kan kalau dapat hadiah tu. Tak dapat nombor 3, dapat nombor 1 pon jadi la kan, kan, kan.. Korang tak nak ke barang-barang tu semua. Kalau nak, jom join. Semua syarat ada kat sini. Dan gambar yang aku pertaruhkan adalah....


:. HIKAYAT BADAN TERAPUNG .:
Credit to Farid, jejaka yang ada dalam gambar ni.
Waktu senja kat pantai di Sarawak.

Shira, Zul dan Pojan.. Korang suka bergambar, sebab tu korang ditag. Mana tau kot-kot nasib korang baik, dapat barang Body Shop tu.

Monday, December 20, 2010

Seharian Gantung Keluar (hang-out)

Ok. Kami telah berjaya keluar dari dunia kebosanan.


:.Ceritera belakang lorong.:

Destinasi pertama yang dituju adalah ATM. Curi duit dari akaun masing-masing sebagai bekalan seharian. Hantu Kak Limah tunggu kat dalam wayang. Sebelum tengok, makan dulu. Adalah normal bagi kaum wanita untuk bergambar semasa makan. Ni saja nak bagi fakta ringkas. Tipu la kamu yang ada BINTI di hujung nama kalau tak pernah buat :)








Menonton hantu Kak Limah dengan perut kenyang. Oleh sebab ni cerita Mamat Khalid, aku bagi 4 bintang. Cerita beliau semua best ok. Cerita beliau adalah cerita Melayu yang akan ku tonton.

Lepas habis, aktiviti window shopping pon berlangsung. Ke butik Padini. Jalan laju-laju ke rak yang tertulis 'Sale 70%'. Banyak baju disepahkan. Lepas puas hati, pergi pula ke kedai-kedai menjual alat make-up. Kemudian ke Levi's, Converse, Summit, Yamaha etc. Motip ke Yamaha?? Semua dikunjungi dengan riangnya. Beg duit sentiasa dibuka dan ditutup. Melihat berapa helaian kertas yang masih ada dalam tu. Hati sangat puas. Kaum wanita memang suka saat-saat macam ni. Haram maklum. Rasanya, mesti penjaga kedai tu bengang dengan kitorang. Lain kali diorang patut letak tag 'lepas lihat, sila lipat/susun semula'.

Sangat penat. Masa untuk kembali ke jalan kebenaran. Keluar dari tempat yang menggoda nafsu kami. Tapi, kami makan lagi sekali. Banyak tenaga yang kitorang dah guna *alasan*


Calon-calon anugerah makhluk pelahap. Pemenangnya....

*
*

*
*

*
*

*
*


Faktor kemenangan: menyuap kentang dengan kedua-dua belah tangan, sambil menggigit burger yang dihulurkan oleh Seha



Akhirnya, kami pulang ke rumah tanpa membeli apa-apa. Nama pon window shopping kan =.=!! Ni semua sebab loan untuk next semester tak masuk lagi

Sunday, December 19, 2010

10 Jam Tangan Termahal Di Dunia

10. Breguet pocket watch 1907BA/12 ($734,000)


Jam kecik comel tapi mahal ni dibuat daripada emas 18 karat.


9. Blancpain 1735, Grande Complication ($800,000)


Dibuat daripada platinum dan kulit buaya. Salah satu jam tangan yang paling complex a.k.a rumit kat dunia. Sebabnya, jam tangan ni terdiri daripada 740 bahagian dan komponen, supaya dia berfungsi dengan jayanya.


8. Louis Moinet Magistralis ($860,000)


Ni unik. Dibuat daripada emas 18 karat. Uniknya bila dibuat dari batu meteorite bulan. Ini tak tipu. Memang kena la dengan harga. Agaknya kat bumi ni dah tak cukup bahan kot. Sebab tu pakai meteorite.


7. Hublot Black Caviar Bang ($ 1 million)


Bahagian luar dibuat dari emas putih 18 karat. Tapi digabung dengan 322 biji berlian hitam. Jumlah keseluruhan, 25 karat. Batu berkarat-karat ni jadikan jam tangan ni lagi mahal daripada jumlah harga kasut bola yang S.Kunalan dan kawan-kawan beliau pakai masa lawan Vietnam tadi


6. The Chopard Super Ice Cube ($1.1 million)


Jam tangan ni tergolong dalam jam tangan paling mahal kat dunia sebab dibuat dari berlian 66 karat. Kaum lelaki, cuba elakkan dari bertembung dengan jam tangan ni masa bawa awek keluar jalan-jalan. Sebab ia mungkin terpaksa jadi salah satu barang hantaran kahwin kalau si awek nampak.


5. Patek Philippe Sky Moon Tourbillon ($1.3 million)


Kalau jam tangan nombor 9 ada 740 komponen, jam tangan ni kalah tipis je. Terdiri dari 688 komponen dan bahagian, termasuk yang super duper kecil. Dikeluarkan 2 unit je setiap tahun. Satu dibuat dari platinum, satu lagi emas.


4. Vacheron ConstantinTour de L'lle ($1.5 million)


Jam ni memang sah paling complex kat dunia. Sebab terdiri dari 834 komponen dan bahagian. Satu jam tangan ni ambil masa lebih setahun nak siap. Oleh sebab tu, cuma 7 unit je dicipta seluruh dunia ni. Sapa cepat kaya, dia dapat.


3. Patek Philippe's Platinum World Time ($4 million)


Jam tangan ni memang best. Kalau kita pakai, tak payah la kita bersusah payah google atau tanya orang lain 'kat Paris sekarang pukul berapa ek?'. Sebab jam ni boleh tunjukkan waktu untuk negara yang berbeza-beza dalam satu masa.Lagi best, kita boleh tau negara sedang bermatahari atau berbulan (siang atau malam)


2. Patek Philippes Supercomplication ($11 Million)


Jam ni dibuat tahun 1932, guna emas 18 karat. Walaupon cuma pocket watch, jam ni makan masa 4 tahun baru siap.


1. 201-carat Chopard ($25 million)


Tengok je pon dah tau mahal. Jam tangan ni memang penuh dengan batu berkarat-karat. Ada permata pink 15 karat, permata biru 12 karat dan permata putih 11 karat. Ditambah dengan permata kecik-kecik 163 karat. Peringatan, dilarang pakai jam tangan ni tatkala matahari sedang terik. Orang yang berjalan sebelah anda boleh rabun silau



Amacam?? Berkenan dengan yang mana satu??

Friday, December 17, 2010

Segmen: Dulu Aku Nakal



Ok. Entri ke 100. Segmen Ncik BA kali pasal ceritera masa zaman sekolah. Entri malam pon pasal sekolah gak. Kira ni kesinambungan entry semalam la. Segmen ni paling semangat nak join. Sebab memang suka bagi tau orang lain pasal zaman jadi budak sekolah. Amanah Ncik BA kali ni...

Nama sekolah rendah dan menengah

1.Sekolah Kebangsaan Dato' Ismail Saadon (1998- 2002)

2.Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar (2003-2007)


Aktiviti ko-kurikulum yang diceburi
Memang tak minat nak join kawad-kawad ni. Dari darjah 6 lagi dah start masuk persatuan Silat Gayong. Sampai la tingkatan 5. Masa tingkatan 5, dapat jadi wakil negeri Johor pergi peringkat kebangsaan

Jawatan yang pernah disandang
Part ni yang malu nak bagi tau ni. Dulu masa sekolah menengah dapat jadi penolong ketua pengawas. Tak tau la macam mana boleh dapat jawatan tu. Kalau bagi tau kat kawan2 matrik ngan kampus yang dulu pernah jadi penolong ketua pengawas, suma tak nak caya =.=!

Nama guru kesayangan
Cikgu Zamdilaila. Sampai sekarang rapat dengan dia

Subjek paling disukai dan dibenci
1.Paling suka, pendidikan jasmani. Time ni la kan nak keluar kelas. Kalau la PJK ni ada dalam SPM, confirm A1 masa tu.
2.Subjek paling tak suka. Jap2.. Pembetulan. Bukan tak suka, cuma tak pandai sangat kalau bab nombor-nombor ni. Bila dah tak pandai, jadinya tension la belajar matematik dengan add math

Kawan baik masa sekolah
Elynn ngan Ecah. Sampai sekarang kami selalu dating sama2. Tapi diorang tak berapa nak baik sangat. Diorang pon nakal :)

Cita-cita masa sekolah
Nak jadi angkasawan. Nak jadi perempuan pertama sampai bulan. Tapi cita-cita tu tinggal harapan je

Artis feveret masa sekolah
VE dengan Ahli FIkir. Sampai sekarang minat

Perkara paling tak lupa masa sekolah
Dapat naik podium. Best kot tiap kali dapat naik podium. Lagi-lagi kalau ada kejohanan olahraga sekolah. Memang riak la time tu. Walaupun dapat naik tak sampai pon 5 kali sepanjang jadi budak sekolah..

Jika dapat kembali ke zaman sekolah, apa yang nak dilakukan
1. Nak jadi murid pertama yang tak akan pernah langgar peraturan sekolah. Ada ke murid macam ni???
2. Nak makan kat kantin sekolah menengah tu puas-puas. Makanan dia sedap

Ceritera kenakalan masa sekolah
1. Masa kat sekolah, pernah makan durian. Durian je. Ada kawan bawak, masuk dalam bekas. Lagi best, makan dalam kelas, time ustazah tengah mengajar. Kena marah gak la. tapi nak buat macam mana. kami dah makan. bau pon dah merebak. Tak kan nak tangkap semula bau durian tu masuk bekas :)

2. Dulu tak suka datang sekolah awal-awal. Sejak hari first tingkatan 3, memang hari-hari datang lambat. Sengaja. Selagi loceng tak bunyi, selagi tu la takkan nampak batang hidung Rafidah Bakri kat sekolah. Sebab kalau datang awal-awal, kemungkinan nak mengumpat dengan kawan-kawan tu tinggi. Lagi baik dengar info ringkas Era. Dapat gak ilmu. Tapi misi ni terbantut masa hari pertama tingkatan 5. Seorang penolong ketua pengawas jadi murid paling lambat datang sekolah. Ala.. baru hari first. Bukannya dah start belajar, monolog dalam hati. Sampai je tapak perhimpunan, terus kena panggil dengan cikgu disiplin. Saya tak suka beliau. Harap maklum. Lagi best, dapat habuan dari pengetua. Memang kaw2 punya habuan. Terima kasih cikgu. Sejak tu, memang dah tak boleh datang lambat. Esoknya, cikgu disiplin tu tunggu kat pintu pagar, nak tengok aku datang pukul berapa. Saya datang pukul 7 pagi, wahai cikgu. Hari masih gelap lagi masa tu. Ya . 7 pagi...




pengganas pengawas dan cikgu-cikgu disiplin