Saturday, November 20, 2010

Aidiladha Di Kelantan: Kami Yang Jakun

Peringatan: entri ini mungkin OBESE kerana mengandungi gambar2 yang bertimpa-timpa banyaknya

*******************************
Arakian, tersebut kisah beberapa anak muda yang tidak pulang menyambut Aidiladha. Hatta, berkeliaranlah mereka tersebut untuk mencari makan. Hari2 yang penuh nostalgia bermula seawal jam 9 pagi, 17/11/2010. Berkumpullah mereka untuk menuju ke istana2 yang telah dirancang..Align Center


-muka semangat-


-muka lapar-

*******
Namun, hidup ini tak selalunya indah. Perjalanan mereka penuh dengan onak liku. Mereka terpaksa gadaikan keayuan diri yang sedang memakai baju kurung...



-Muka konon2 drop dead cool -



-Ambik kau. Belum isi perut, tayar dah protes-









arif: nasib baik aku tak pakai baju melayu
hassan: nasib baik aku tak pakai baju kurung





-Hassan: Aku nampak awek hot kat sana-

*****

Setelah berpeluh berminyak bergelak bersungut, perjalanan diteruskan ke istana pertama, istana milik Kak Jo...



-Kak Jo-





-bila perempuan berkumpul...-


-update gosip-


-anak Johor yang jakun jumpa kuih raya di hari raya Aidiladha-




*******
Kerjaya sebagai model DSLR terus dilaksana di istana kedua milik Abang Azam....


-Abang Azam-


-muka2 tak dapat balik raya-


-Ini jejaka. Mereka juga bergosip-


******
Perut yang kenyang terus diusung ke istana ketiga milik Saudari Malihah...




-Ceyt.. Konon tak nak makan. Tapi senyap2 mintak nasi-


-no caption available-


*******
Kesemua anak muda ini masih belum kenal erti penat. Kedai Lalat dicari, istana Abang Din menanti...

-Kedai Lalat??-




-Konvoi kancil-




-Pemilik istana, Abe Din-


*******
Malam yang gelap tak dihirau. Perut perlu terus diisi. Istana Kak Zi diserbu....

-ni pon Abe Din gak-



-puan punya istana, Kak Zi-






-ni paling kenyang. Semua pakat tambah-


-bincang masalah rumah tangga-


********
Malam masih muda. Si anak dara teruskan kehidupan dengan mencari hiburan di Pengkalan Chepa. Melepakkan diri di tepi airport...


-lebih gaya kau nok!!!-




*****************************
Hari kedua menjelma. Misi memenuhkan perut dihidupkan pada jam 12 tengah hari. Istana 'Coach Volleyball' (aku tak tau nama dia) diterjah. Ni istana paling digemari. Kami berulang alik ke meja buffet dengan yakin....


-empat anak dara dengan bapak mertua-




********
Perjalanan di teruskan. Semangat nak makan cheese cake. Istana Saudara Izz.....

-tuan istana buat kek, kami buat macam istana sendiri-




-sodap nak mampuih!!!-




*****
Istana 'Kawan Arif' (pon aku tak tau nama) kami kunjungi. Eksaited tak terhingga tatkala kaki melangkah masuk. Beliau ada anak sedara yang hensem...


-awak, anak sedara awak hot =.=!!-








********
Istana terakhir. Istana Kak Ida, big boss kedai makan D'village. Pergi dengan penuh semangat, dengan harapan dapat diskaun lepas ni...




-ni feveret-


-imej perosak gambar-


-Kamen Rider-






**************************************
Anak-anak yang tak putus asa menjelajah Kelantan..


-hikayat tamat-

4 comments: