Monday, January 31, 2011

Pemain Bola Sepak dan Isteri

Ok. Antara footballer yang dapat jodoh dengan artis


Azman Adnan & Asfarina Muhammad
bekas pemain Selangor & bekas penyanyi kumpulan Feminin



Shahril Arsat & Noraini Morat
bekas pemain Selangor & pelakon



Aidil Zafuan & Rita Rudaini
Pemain NS & pelakon


Zaquan Adha & Ayu Raudhah
sapa tak kenal, g bunuh diri sekarang



David Beckham & Posh
*tetiba terselit gambar mat salleh =.=!


Yang dapat jodoh dengan anak Datuk pon ada


Khalid Jamlus & Zarina Zainal
pemain Perak + Selangor = Kelantan



*sapa kata pemain bola sepak tak ada masa depan??
**Nak kahwin dengan artis, jadi la pemain bola
*** gambar dicilok dari Ncik Google

Sunday, January 30, 2011

Direct Selling

Ok. Ni ada cerita pasal tukang jual dari rumah ke rumah a.k.a direct selling.

1. Isteri Ncik Y sakit dah lama. Dah banyak kali keluar masuk hospital. Keluarga Ncik Y ni tak la kaya sangat. Sederhana je. Satu hari, ada orang datang rumah. Jual stokin yang boleh sembuhkan banyak penyakit. Tapi agak haru bila kena bayar deposit RM300. Nak tak nak, Ncik Y terpaksa keluarkan gak RM300 sebab nampak macam ada harapan nak sembuhkan isteri dia. Tapi sebenarnya haram jadah bila penjual stokin tu tak datang semula rumah Ncik Y. Stokin tak dapat, duit melayang.


Direct selling: we have all your needs

2. Puan M ni janda. Satu hari, ada orang datang rumah dia, mengaku dia pegawai Felda. Pegawai ni cakap, kebun kena sentiasa bersih. Kalau tak, pihak Felda akan kenakan tindakan. Dan pegawai ni sebenarnya menawarkan perkhidmatan uruskan kebun. Tapi macam biasa, kena bayar duit pendahuluan. Puan M dah gelabah. Dia pon setuju nak upah pegawai tu. Tapi dia tengah tak ada duit. Dia cuma boleh bayar RM150 je. Dan macam yang jadi kat Ncik Y tadi, pegawai tu tak datang pon uruskan kebun Puan M.


This is what we need

3. Puan S ni umur dia dah dekat setengah abad. Atau mungkin lebih setengah abad. Lebih kurang umur mak aku. Dan satu hati ada orang datang rumah dia, jual ubat. Ubat tu memang mahal tahap gaban. Saiz dia macam satu papan panadol, tapi harga dia beratus ringgit. Puan S ni ada penyakit, so dia try la beli ubat tu. Mana tau kot-kot sembuh penyakit dia. Dan sebenarnya, ubat tu tak ada tulis apa-apa label pon. Tanda halal pon tak ada, apatah lagi tanda sirim.


*Cerita ni memang betul jadi.

**Agak-agak lepas ni giliran sapa pulak kena kencing dengan jurujual macam ni??
***Memang tak semua jurujual tu penipu. Tapi sebab nila setitik, rosak susu sebelanga la der...

Wednesday, January 26, 2011

Contest Gambar tak Nampak Muka Paling Cool


Ok. Dah lama tak join contest. Dan malam ni tergerak nak join contest ni. Sebab aku memang suka bergambar tak nampak muka. Konon-konon malu. Haish.. So sapa-sapa yang suka pose macam ni, jom join. Klik sini kalau nak tau syarat-syarat dia. By the way, nama tuan punya contest ni sama ngan nama aku, Rafidah.

Dan gambar yang dipertaruhkan adalah.....


Gambar ni fresh lagi. Baru tangkap ari ahad lepas. Ni baru balik daripada DPNC. Gedik nak pakai kasut tinggi-tinggi. Dan akhirnya tewas gak dengan kasut tu. Terpaksa jalan kaki ayam merentas padang =.=!

ShiraSharif The Loceng girl, Adda The Juri Woman & Tikah The Best Bibik adalah manusia bertuah yang ditag. Mereka ini terlibat secara langsung dalam DPNC. Orang-orang kuat DPNC ni. Selamat join wahai sahabatku :)

Monday, January 24, 2011

Lewat Waktu Ini...

Ok. Blog ni terbiar sebab kekangan masa. Dah berhabuk, berkulat berlumut bagai agaknya. Sibuk dengan DPNC. Dan DPNC dah pon habis dengan jayanya. Tahniah pada penganjur dan semua yang terlibat. Termasuk speaker dewan.
*tepuk dada sendiri*


Ni antara khazanah yang terhasil masa DPNC


pentas akhir DPNC 2010/2011. I was there, in the middle =)


Naib johan DPNC, desasiswa PETAS


Johan DPNC 2010/2011, Desasiswa Aman Damai


Pasukan tuan rumah 1


pasukan tuan rumah 2


Tukang membebel utk bilik sidang 2 (Pida)
Tukang tekan loceng (ShiraSharif)
Tukang panggil hakim (Adda)


So this big big event was successfull. Sangat lega. Boleh bersenang-senang lepas ni. Tapi...

  • hari khamis ni ada quiz Training Methodology. Nota tak pernah bukak lagi.
  • Lepastu kena uruskan pasal Malam Aspirasi Seni Nurani sebelum cuti raya cina. Maknanya ada lagi 3 hari je untuk uruskan semua tu.
  • Assigmnet Test & Measurement tak sentuh lagi dan kena siapkan sebelum raya cina gak kalau nak cuti panjang.
  • Kerja kursus Sport Psychology tak bincang lagi.
  • Persiapan untuk Temasya Olahraga Tahunan pon tak selesai lagi.

Ok. Sebenarnya masih belum boleh tarik nafas lega. Masih banyak kerja yang menanti

Wednesday, January 19, 2011

Debat Piala Naib Canselor 2010/2011





Debat Piala Naib Canselor 2010/2011
Menggabungkan 3 kampus USM:
Kampus Induk
Kampus Kejuruteraan
Kampus Kesihatan



Kelolaan Desasiswa Nurani
dengan tema:
"Transformasi Minda Pemacu Kelestarian Sejagat"




14 Desasiswa (kolej) akan berentap:
Aman Damai
Bakti Permai
Cahaya Gemilang
Fajat Harapan
Indah Kembara
Restu
Saujana
Petas
Tekun
Jaya
Lembaran
Murni
Nurani A
Nurani B

demi mengejar piala berprestij




Final akan diadakan di Pusat Mahasiswa, Kampus Kesihatan
Dirasmikan oleh Naib Canselor USM,
Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak

Debat : Jiwa : Idea : Retorik

Tuesday, January 18, 2011

Selamat Hari Kejadian


Ok. Himpunan birthday kawan-kawan bulan Januari.



CT (1. Januari)
satu dunia sambut har jadi dia


Syafik (10.Januari)


Miera (23.Januari)

Dan yang terakhir.....


Jem (18. Januari)
hari ni besday dia. tuo doh saing ambo ni


Pantun untuk kamu-kamu semua:
Happy birthday to you
You are born in the zoo
you are like monkey and kangaroo
happy birthday to you
pheewittt~~!!!

*kawan sampai mati*



semua gambar dicuri dari fb mereka-mereka itu

Sunday, January 16, 2011

Ini Sungguh Smart









Ini lucah ok. Jangan tengok lama-lama







Aku suka. Ini se-mat ok
lagi banyak gambar kat SINI

Thursday, January 13, 2011

Bila Otak Terpaksa Bekerja 24 Jam


Life is unpredictable
it is good to be a child


Life full with liar
where your imagination beyond truth


Life is sucks
but sometime your yourself who make it sucks


But this is life
obstacles is its' colour
spirit is its' soul
give up is never

no regret~!

When i'm mumbling without points
thats mean i'm in JiwaKacau zone






*serabut*
*button new post hilang untuk beberapa hari, jangan cari entri baru*

Monday, January 10, 2011

Misteri AJL 25

Ok. Terkejut dengan juara AJL?? Aku tak. Aku cool. Dah agak dah dia menang. Ha... Nampak tak yang aku tipu?? Ok. Mengaku. Aku pon terkejut gak. Ni yang aku nak cerita sikit. Aku pesan awal-awal. Cerita aku cerita misteri dan semuanya tentang misteri. MISTERI ok~!!

********************


1. Ana Raffali menang. Misterikah??? Serius cakap, aku terkejut sikit. Sikit je ok. Not bad la dia. Lagu Tolong Ingatkan Aku tu pon agak sedap. Ok. Korang tengah kutuk aku kan?? Aku tak kesah..



2. Hafiz kena tembak. Kalau aku tengok sorang-sorang AJL tadi, confirm aku ingat dia pengsan betul-betul. Serius bengap aku. Kira misteri la tu. Tetiba jatuh gedebuk camtu. Lagi satu, cuba bagi jawapan paling bernas, berapa laju Hafiz tu lari tukar baju? Misteri ni aku tak boleh selesaikan sorang-sorang.



3. Faizal Tahir hanyut dalam air. Penat gak gaduh dengan member aku. Betul ke dia masuk dalam air. Jawapan aku tak, jawapan member aku ye. Malas cakap banyak. Korang tunggu je la Melodi ahad ni. Ni misteri tahap tadika je




4. Black punya vokal memang aku puji tahap dewa dewi. Tapi nak buat macam mana. Kalau aku ada kuasa, mungkin sekarang jugak aku tanya juri, kenapa dia tak dapat vokal terbaik. Aku rasa ni misteri tahap dewa dewi bila Black tak dapat anugerah tu. Mungkinkah nama artis mempengaruhi mentaliti pihak juri?? Misteri



5. Siti Nurhaliza punya tudung terbang pergi mana?? Ke memang fesyen sekarang, rambut palsu jadikan penutup kepala a.k.a tudung?? Ni misteri tahap kelas atasan. Aku tak boleh jawab.




6. Dato' Sharifah Aini bukan banyak tahi lalat ke kat muka dia?? Ke aku salah orang dan silap pandang?? Entah. Tapi Kak Pah maintain nyanyi atas pentas malam ni. Kelas la you Kak Pah..


7. Penghuni asrama aku jerit lepas Cheryl, Ally & Faizal Ismail cakap Ana Raffali juara AJL. Lepas tu siap tarik muka tak puas hati. AJL tak habis lagi, diorang dah tinggalkan bilik tv. Lepas tu mencarut-carut. Apsal ha?? Kenapa ek?? Aku harap ada penjelasan untuk misteri yang last ni


NotaAJL:Malam ni rezeki Ana Raffali. Aku ulang lagi sekali, rezeki Ana Raffali. Aku suka je dia menang. Congrat pada yang menag. Yang menanggung kekalahan, next year cuba lagi. Gambar ni semua aku mintak dari pak cik Google

Friday, January 7, 2011

Menipu Itu Kadang-kadang Perlu Bila...

Ok. Ni cuma borak kosong. Dan mengikut pengalaman sendiri, kadang-kadang menipu tu boleh guna dalam beberapa situasi. Dalam hal ni, aku tak guna istilah menipu. Tapi aku guna istilah 'penyelesaian masalah secara kreatif'.


1. Dalam kelas

guest what they are doing. discussing or gosipping??

Lecturer: Lari 3 jam. Bla... Bla... Bla... Dehydration. Bla.. Bla... Bla... Tekanan darah naik.
Student: *angguk kepala dua kali*
Lecturer: Recovery period. Bla... Bla... Bla... Atlet lagi cepat. Bla... Bla... Bla... Paham??
Student: *angguk dua tiga kali*

**Angguk kepala konon-konon paham. Tapi dalam hati mencarut-carut, apa benda tah ni. Haram jadah tak paham. Dah la perut lapa. Mengantuk pulak tu...



2. Masa interview


masa untuk menjaja kelebihan diri

Panel interview: Kenapa saya kena ambik awak kerja sini??
Kita: Saya rajin. Bla... Bla... Bla... Boleh kerja lebih masa. Bla... Bla... Bla... Tahan maki.
Panel interview: Apa kelebihan awak yang orang lain tak ada??
Kita: Saya kreatif. Bla... Bla... Bla... Imaginasi tinggi. Bla... Bla... Bla... Senang bergaul

** Kita kena jual diri kita sehabis mungkin waktu interview



3. Masa shopping



(situas 1)
Salesman: Ni barang baik kak. Bla... Bla... Bla... Beli 3 percuma 4. Bla... Bla... Bla... Senang guna.
Kita: Takpe. Tak nak beli.
Salesman: Yang ni lain kak. Bla... Bla... Bla... Mutu terbaik. Bla... Bla... Bla... Pak Lah pon guna ni
Kita: Terima kasih je la. Saya dah ada banyak kat rumah. Sampai tak tau nak letak mana



(situasi 2)
Kita: Ni berapa harga??
Salesman:RM31.67
Kita: Mahalnya. hari tu saya beli kat kedai Si Polan RM31 je.
Salesman: Saya tak ambik untung kak. memang tak boleh turun harga dah ni
Kita: Ye ke?? Tak jadi la beli. Saya beli kat kedai Si Polan je la
Salesman: Ok la. Boleh la RM31 #$%^&*

*Costumer is always rite. Try buat kat PDI ke, MNG ke. Confirm dapat maki.



4. Masa exam

Contoh soalan: Berikan tiga pandangan anda tentang gagasab 1 Malaysia
Jawapan: Bagus untuk Malaysia. Bla... Bla... Bla... Mewujudkan perpaduan. Bla... Bla... Bla... Mengelakkan perpecahan. Bla... Bla... Bla...

**Padahal tak tau apa2 tentang 1 Malaysia. Tapi gebang sampai dua muka surat. Kalau mood penanda kertas baik, dapat full mark.


gambar amik dari google dan simpanan peribadi

Award Dari Kawan-kawan

Ok. Kawan-kawan merujuk terdapat dua orang kawan. Award pula ialah sejenis penghargaan dari kawan kepada kawan yang lain. Manakala ayat yang berputar belit merupakan dua ayat sebelum ayat ini LOL. Ok. Dapat award. Satu dari Eiysya, satu lagi dari Cik Mulat


1. Award dari Eiysya

Ini dari Eiysya. Setiap elemen yg ada dalam award ni ada maksud. Macam lencana sekolah. Kalau tak ingat lencana sekolah, cuba bayangkan jata negara. Baca sini kalau nak tau makna dia. Thanks Eiysya =)


2. Cik Mulat- thanks for being my freind


Ini award dari Cik Mulat sempena new year. Amanah Cik Mulat, kena tag award ni pada 5 orang lain. Atas dasar mengeratkan hubungan sesama blogger, aku langgar amanah Cik Mulat. Sebab aku nak bagi award ni pada semua follower, termasuk kat Cik Mulat gak. Jom semua tepuk tangan tanda terima kasih pada Cik Mulat. Sori, kite tak ikut arahan kamu. Jangan marah tau =.=!



NotaAward: If people ask me 'why you wanna be a blogger?', i'll reply 'because there is love among us (bloggers)'. Sometimes we don't know who is our follower, but still we love them. Read their stories, leave a comment and give them awards. Ain't that awesome? Yes it is!!!

Wednesday, January 5, 2011

10 Pembedahan Plastik Paling Hodoh

10. Michaela Romanini


Banyak kali buat pembedahan plastik, tapi semua hancur. Transformasi yang buat dia femes, tang bibir.


9. Amanda Lepore


Dia lelaki. Betul. Tak tipu. Haa... Tergoda eh. Masa umur cik abang ni 15 tahun, dia buat pembedahan tukar jantina.


8. Jackie Stallone


Semua dia pernah cuba. Implant pipi, naikkan kening, mancungkan hidung dan seksikan bibir. Info tambahan, mak cik ni mengaku yang dia boleh bercakap dengan anjing tentang masa depan.


7. Donatella Versace


Bibir besar, maknanya tambah kolagen. Muka tak kedut, maknanya botox. Hidung yang cantik tapi pelik, maknanya banyak kali buat plastic surgery. Banyak lagi dia tambah, cucuk, bedah bagai kat untuk jadi cantik. Dan sesungguhnya aku geli dengan makcik ni.


6. Eric Sprague


Aset penting dia ialah lidah terbelah. Aset penting aku, boleh gulung lidah tanpa perlu buat plastic surgery.


5. Dennis Avner

Ncik 'Catman' ni buat pembedahan plastik supaya muka dia nampak macam harimau. Dia letak tato, ubah sikit bentuk muka lepas tu tambah taring sikit kat gigi. Hasilnya....... Jadilah beliau seekor anjing. Eh.. Bukan anjing, tapi harimau.


4. Pete Burns.


Vokalis kumpulan Dead or Alive. Bibir, pipi, hidung. Semua tukar. Tapi paling sadis, dia terpaksa habiskan duit simpanan dia untuk betulkan bibir dia yang makin buruk.


3. Michael Jackson


Tak payah terangkan. Semua dah tau. Sapa tak tau, pergi nyanyi lagu Gelimat sekarang jugak!!!


2. Jocelyn wildenstein


Mula-mula dia cantik. Lepas tu dia kantoi dengan suami dia yang dia ada scandal dengan lelaki lain. Lepas tu suami dia tinggalkan dia. Lepas tu dia buat plastic surgery supaya dia dapat suami dia semula. Sekian. Begitulah kisah hidup dia.


1. Hang Mioku


Bukan sedara pada Hang Tuah ok. Hang Tuah tak buat pembedahan plastik. Tapi Hang Miaku ni terlalu obses dengan minyak masak. Dia inject minyak masak kat muka dia.

Laporan asal: odde