Sunday, January 30, 2011

Direct Selling

Ok. Ni ada cerita pasal tukang jual dari rumah ke rumah a.k.a direct selling.

1. Isteri Ncik Y sakit dah lama. Dah banyak kali keluar masuk hospital. Keluarga Ncik Y ni tak la kaya sangat. Sederhana je. Satu hari, ada orang datang rumah. Jual stokin yang boleh sembuhkan banyak penyakit. Tapi agak haru bila kena bayar deposit RM300. Nak tak nak, Ncik Y terpaksa keluarkan gak RM300 sebab nampak macam ada harapan nak sembuhkan isteri dia. Tapi sebenarnya haram jadah bila penjual stokin tu tak datang semula rumah Ncik Y. Stokin tak dapat, duit melayang.


Direct selling: we have all your needs

2. Puan M ni janda. Satu hari, ada orang datang rumah dia, mengaku dia pegawai Felda. Pegawai ni cakap, kebun kena sentiasa bersih. Kalau tak, pihak Felda akan kenakan tindakan. Dan pegawai ni sebenarnya menawarkan perkhidmatan uruskan kebun. Tapi macam biasa, kena bayar duit pendahuluan. Puan M dah gelabah. Dia pon setuju nak upah pegawai tu. Tapi dia tengah tak ada duit. Dia cuma boleh bayar RM150 je. Dan macam yang jadi kat Ncik Y tadi, pegawai tu tak datang pon uruskan kebun Puan M.


This is what we need

3. Puan S ni umur dia dah dekat setengah abad. Atau mungkin lebih setengah abad. Lebih kurang umur mak aku. Dan satu hati ada orang datang rumah dia, jual ubat. Ubat tu memang mahal tahap gaban. Saiz dia macam satu papan panadol, tapi harga dia beratus ringgit. Puan S ni ada penyakit, so dia try la beli ubat tu. Mana tau kot-kot sembuh penyakit dia. Dan sebenarnya, ubat tu tak ada tulis apa-apa label pon. Tanda halal pon tak ada, apatah lagi tanda sirim.


*Cerita ni memang betul jadi.

**Agak-agak lepas ni giliran sapa pulak kena kencing dengan jurujual macam ni??
***Memang tak semua jurujual tu penipu. Tapi sebab nila setitik, rosak susu sebelanga la der...

No comments:

Post a Comment