Thursday, March 31, 2011

Permohonan Maaf

"terlajak perahu boleh diundur. terlajak kata buruk padahnya"

Saya ingin mohon maaf kepada admin blog MacJay.Net dan kepada semua pembaca berkaitan entri sebelum ni. Tak berniat pon nak buruk-burukkan blog tersebut. Mungkin sebab dah terlalu banyak cerita tentang konspirasi Yahudi, sampai saya tak tau nak percaya yang mana betul dan yang mana tidak. Memang silap saya kerana menulis membuta tuli, tanpa mengkaji baik dan buruk, benar dan tidak.Ternyata masih banyak yang perlu saya pelajari, kerana ceteknya ilmu saya. Ini merupakan satu pengajaran besar kepada saya, agar saya lebih berhati-hati dalam memilih bahan untuk dicerap. Banyak yang perlu saya pelajari. Dan saya berharap agar perkara ini tidak akan berulang lagi.

Friday, March 25, 2011

Budak-budak Comot




Kalau aku boleh terbang

Bukan sini tempat aku
Dah lama aku berambus
Datang dekat kau
Peluk cium sampai lebam

Lantak apa si Bedah nak kata
Pergi jahanam dengan umpat keji Tijah
Persetan jeling tajam Kiah

Kamu dua tetap kesayangan aku



Bedah. Tijah. Kiah
Cantik. Manis. Ayu
Semua sempurna untuk aku
Kamu dua tak

Kamu dua tetap kesayangan aku
Kawan sampai mati




ini sayang saya

Rindu.
Serius.


Wednesday, March 23, 2011

10 Kasut Termahal

10. Diamond-encrusted Custom Nike ($50,000)



9. Nizam Sikandar Jah Slippers ($160,000)




8. Stuart Weitzman's "Diamond Dream" Stilettos ($500,000)



7. Ruby Slippers from Wizard of Oz ($666,000)



6. Stuart Weitzman Shoes "Retro Rose" Pumps ($1,000,000)




5. Stuart Weitzman "Platinum Guild' Stilettos ($1,090,000)



4. Stuart Weitzman "Ruby Slippers" (1,600,000)




4. Stuart Weitzman Shoes Tanzanite Heels ($2,000,000)



2. Rita Hayworth Heels ($3,000,000)




1. Ruby Slippers from House of Harry Winston ($3,000,000)




*******
Ok. Ni adalah 10 kasut termahal di dunia. Dan mesti ramai yang tengah taip perkataan stuart weitzman kat kotak google search. Sebab perkataan tu bersepah-sepah dalam entri ni

laporan asal: sini

Sunday, March 20, 2011

Pelajar dan Mata Pelajaran Sains

tahun 2000
Ok. Memang seronok bila dapat kuasa autonomi untuk tak payah belajar darjah 4. Bila mana budak-budak sebaya aku kena bertatih-tatih belajar Sains dengan Kajian Tempatan, aku dah boleh berlagak konon-konon power.

tahun 2001
Memang agak jahanam sebenarnya bila tak belajar Sains darjah 4. Impian konon-konon nak belagak power bertukar jadi mimpi ngeri. Bayangkan, seumur hidup aku (10 tahun waktu tu) tak pernah dengar perkataan hipotesis, tiba-tiba dapat kerja sekolah kena cari hipotesis. Analogi dia macam suruh orang pedalaman kat negara Somalia buat karangan Bahasa Melayu. Memang bayang-bayang jawapan tu tak nampak langsung. Nak tanya kawan sekelas, tak kenal sapa. Sebab semua lagi tua. Jalan penyelesaian paling simple, menangis tiap-tiap kali buat homework Sains sebab tak reti buat.

pertengahan tahun 2001
hari amek penyata @ report card. Untuk budak-budak spesis otak komputer 4G, memang hari ni tak ada masalah. Tapi tak bagi aku. Hari ni hari pembongkaran rahsia paling besar. Akhirnya mak aku kantoikan dengan cikgu Sains yang sebenarnya subjek tu tak serasi dengan aku. Akibatnya, tiap kali kelas Sains aku kena duduk depan. Kayuh pelan-pelan

tahun 2002
Keputusan UPSR memang seperti yang dijangka. Barai dengan jayanya. Paper Sains kelaut

tahun 2011
Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal macam celaka dia punya suka. Sejak lepas UPSR, memang Sains jadi subjek peveret selain PJK dengan rehat. SPM amik sains tulen, pastu masuk matrik amik sains hayat. Sampai la sekarang. Masih bergelumang dengan dunia sains. Jodoh agaknya.


*******

Tapi lain pulak dengan budak-budak zaman sekarang. Nak kata subjek ni makin advance, aku rasa lebih kurang sama je silibus dengan masa aku zaman sekolah dulu. Mungkin disebabkan budak-budak zaman sekarang terlalu terdedah dengan budaya kuning. Ni la akibat dia...









Aku terlepas subjek 'pemikiran kreatif' masa darjah 4 eh ??


notasains: zaman dulu2 ada exam PTS. Sapa lulus exam tu, dia terus lompat belajar darjah 5.

Saturday, March 19, 2011

Keputusan Raja Lawak 5

Ok. Raja Lawak 5 dah pon habis. Pemenang pon semua dah tau. Sapa tak tau, meh aku bagi tau.



Beliau ini dapat nombor 1. Juara selepas Yus, Nabil, Sepah dan Kecik. Memang terbarai aku gelak masa persembahan dia. Sapa kata dia tak layak menang, memang mereka-mereka itu tak ada life. Atau mereka-mereka itu sebenarnya tak ada Astro kat rumah. Tak pon tak pernah tengok rancangan Oh Yeah! Atau pon tak pernah tau kewujudan rancangan Spontan. Tak tau apa maksud lawak.



Mungkin kalau dorang letak nama R1, dorang dapat jadi juara. Kesian kat dorang sebab tak sempat habiskan persembahan untuk dua-dua task. Dan sesungguhnya lawak orang gila dorang memang mantop. Tapi naib johan juara pon dah kira ok la kan. Kau mampu??!!



Lawak lucah. Tapi lawak lucah itu stylo. Nombor 3 pon, dapat rm30 000 kot. Bleh la buat beli nasi lemak bila lapar, bak kata Zizan. Depa ni semua dah buat orang utagha bangga.



Ini paling terbaik dalam kalangan yang teramat baik. Zizan ngan Johan memang maharaja lawak tadi. Serius terbaik. Bertambah baik bila Ncik Jamal, Ultimate dan Joe Flizzow ada sama atas pentas. Baru tengok opening, dah penat aku ketawa.

Friday, March 18, 2011

Hidup Aku Yang RANAP


Ok. Memang Ranap total. Tidur, study, kelas, makan bagai apa semua Ranap. Sikit hari lagi nak barai. Nasib baik tak jahanam hidup aku.





















Penyesalan paling besar adalah bila aku tak beli buku RANAP ni masa dia fresh. Tapi biar lambat, asal dapat. Kak Fynn memang mantop..!! 5 bintang untuk RANAP

Tuesday, March 15, 2011

Fakta Datuk Nicol Ann David


Nama samaran beliau ialah Duracell Bunny. BUKAN Pidah, MakUsu atau Pidot.


Beliau telah selamat dilahirkan oleh bonda beliau pada 26 Ogos 1983. Bukan 6 Febuari 1991.

Beliau anak kelahiran Penang. Bukan anak kelahiran Johor. Penang maliiii ok.

Seorang pemain skuasy wanita yang merupakan pemain asia pertama menduduki tangga pertama dunia. Bukan seorang pemain badminton wanita yang hanya mewakili desasiswa dan menanggung kekalahan yang bertubi-tubi.

Nicol merupakan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran matematik. Bukan merupakan pelajar yang akan sawan bilamana melihat nombor yang banyak.

Datuk Nicol pernah bercita-cita untuk menjadi jurutera. Bukan seorang yang bercita-cita untuk menjadi angkasawan yang mahu landing di matahari

Datuk Nicol mendapat 7A sewaktu peperiksaan PMR dan 7A juga sewaktu SPM. Bukan mendapat 8A dalam PMR dan 6A dalam SPM. Tapi jumlah A tersebut adalah sama (7+7=14, 8+6=14)

Beliau mula bermain skuasy sewaktu berusia lima tahun. Bukan seorang yang bermain skuasy pada umur 20 tahun apabila secara tak sengata terambil sukan ini sebagai aktiviti kokurikulum.


Dan lagi satu fakta yang anda perlu tahu



Rasa riak itu tiba-tiba naik menggunung
bila mana seorang coursemate melihat gambar ini dan bertanya,
"Pidah, rambut perang tu adik you eh?"
jawapannya: BUKAN. (angkat-angkat kening)


sesungguhnya, ini adalah natijah bila diri terlalu perasan.

Gambar Kartun Tsunami

Try taip tajuk entry ni kat kotak homepage pakcik Google. Ok. Untuk menjimatkan masa anda yang mahal, tuan tanah kedaung dah taipkan untuk anda. Dan ini yang keluar







Ni baru sikit. Kalau korang tengok betul-betul gambar atas ni semua korang akan nampak perkataan koran, Jepang, dan geram banget. Ni semua bahasa Indonesia. Bukan setakat Indonesia yang kutuk kita, tapi satu dunia.

Dan apa yang kita buat?? Upload gambar tu, tulis caption yang terus memalukan Malaysia. Bilamana orang-orang Jepun menderita sebab tsunami, kita pula sibuk melacurkan nama Malaysia dengan upload gambar tu sambil terus kutuk Malaysia. Ni la yang kita kata semangat 1 Malaysia. Tambah sikit. SEMANGAT 1 MALAYSIA KUTUK NEGARA SENDIRI.

Bukan aku nak back up Berita harian, cuma tak nak burukkan keadaan. Jom kita sama-sama bersihkan nama Malaysia. Kalau bukan kita, sapa lagi. Buang yang keruh, ambik yang jernih. Dan kepada rakyat seluruh dunia, saya selaku rakyat Malaysia ingin meminta maaf di atas gambar tersebut.

Semoga mereka yang ditimpa bencana tsunami, akan terus tabah serta dilindungi oleh Yang maha Pencipta.

Thursday, March 10, 2011

Contest Splashy Moment by FiqKBE



Ok. Sekali lagi telah menjerumuskan diri ke lembah contest. Contest ni memang tak rugi join. Credit to Cik Fiqkbe. Hadiah yang beliau sediakan memang masyuk. Kalau menang dapat underwater LOMO camera. Memang makan tahun gak la kalau aku nak beli sendiri camera ni. Dan gambar yang bertanggungjawap untuk merebut camera LOMO tu adalah....


(klik kasi besar)
Ni team renang berirama.

Si kecil tu capten dan ayah beliau jurulatih team ni =)


Dan kepada Aida dan Ainur, jangan segan-segan nak join contest ni. Nasib badan, mana tau boleh dapat camera LOMO free. Dan wajib klik SINI kalau nak tau detail tentang contest ni. Selamat main air~!

Tuesday, March 8, 2011

Jangan Pandang Kamera


Ok. Kali ni join contest jangan pandang belakang kamera. Banyak sangat gambar dalam lappy yang tak pandang kamera. Sebab saya suka candid. So, try la campak sekeping gambar untuk contest ni. Dan gambar yang konon-konon cantik tu adalah.............




(klik kasi besar)
venue: Taman Tengku Anis

model: Nina & Rab



Lepas selongkar semua folder gambar, akhirnya berkenan dengan gambar ni. Sebab banyak gambar candid lain agak hampeh dari segi gaya. Kaki terkangkang, pose terlalu gedik dan pakaian yang berunsurkan fashion disaster. Dan sesungguhnya gambar ni fresh dari ladang. Baru captured semalam. Hehe.. Sahabat blogger yang lain yang kena join contest ni ialah:


1. Tikah
2. Kak Nana
3. Myzah

Kalau nak tau detail contest ni, wajib klik SINI. Selamat bercandid~! :)

Monday, March 7, 2011

Kemalangan Aneh

Ok. Berharap anda akan lebih berhati-hati semasa memandu.



Tak lulus parking. Pasti terangkat~!



Susah bila kereta besar sangat



Masih boleh gerak. Kau mampu??



Pandai driver ni menyelit. Berpegang pada prinsip
'di mana ada petak, di situ kita parking'




Jimat air nak basuh kereta. Gunakan kemudahan awam sebaik mungkin. Menyahut seruan kerajaan, berjimat-cermat.



Beli lah tayar yang berkualiti. Jangan kedekut sangat



Kereta 5 pintu. Kau ada??!!



Ni baru betul kereta kena bom



Terbukti kuasa troli tak seperti yg kita sangka.
Sapa-sapa yang guna Toyota, lepas ni dah boleh tukar.


notakemalangan: malang tak berbau. Pandu cermat jiwa selamat
lagi banyak gambar kat SINI

Thursday, March 3, 2011

Jom Serbu

Ok. Anda tak tahu nak buat apa sepanjang bulan Mac ini?? Atau anda bosan study, sedangkan kebodohan masih melebihi tahap kepandaian?? Kami pelajar USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian ada ubatnya. Jom sertai aktiviti kami...



:.Malam Citra Nurani.:
Nak tarian borneo?? Dikir Barat?? Tarian india?? Semua ada. Perut yang lapar akan diisi dengan mi goreng, lontong, nasi lemak, tose dan tau fu fa. RM3 je, apa ada hal kan. Pakat datang ramai-ramai



:.Aerobik.:
Yuran yang murah, trainer yang best. Rumah flat cap lemak tepu kat perut boleh dihilangkan. Tak lupa juga selulit yang menghantui diri anda.
p/s: tarikh dia 2 Mac. Tapi available tiap-tiap hari rabu



:.Karnival Sukan Tradisional.:
Ada galah panjang, boling kelapa, baling selipar, tarik upih & lawan pemadam. Dan yang pasti semua mesti tengah teringat time korang kecik-kecik main semua permainan ni kan. Apa lagi. Jom serbu!!!



:.Acoustic Groove Night.:
Ni khas untuk pelajar IPT yang mahir menggoreng gitar, menyumbangkan suara di khalayak ramai dan mempunyai koordinasi tangan yang baik untuk bermain alat muzik. Mereka-mereka yang tak lepas ujibakat Akademi Fantasia & Mentor pon dialu-alukan datang join. Dengan syarat anda pelajar IPT. 13 group yang terawal daftar je layak bertanding. Sapa cepat, dia dapat


notaposter: semua aktiviti ini hanya available di kampus kami sahaja. Tiada road tour atau pon siri jelajah seluruh Malaysia. harap maklum :)

Wednesday, March 2, 2011

Aksi-aksi Sepanjang TOT 2011

Ok. Temasya Olahraga Tahuan USM 2011 dah labuhkan tirai ahad lepas. Kali ni kemenangan tak memihak pada kampus kesihatan. Kami tergugat. Tunggu TOT next year. Akan kami atur strategi baru. Mungkin ala-ala teknik serang hendap. Dan seperti tahun lepas, team cheer Nurani dan Murni telah MENANGgung kekalahan. Tapi kali ni cheer sangat meriah bila semua team cheer USM bergabung, dan diserikan lagi dengan persembahan Nobody dari student Cahaya Gemilang.

Ni adalah antara aksi terlampau, gambar tangkap muat, picisan, candid terhebat serta pose paling hangat sepanjang TOT 2011. Bersedia utk mencarut bilamana line internet yang lambat merencatkan niat anda untuk tengok semua gambar.


TEAM CHEER NURANI




sempat lagi kembangkan pompom



sampai je Penang, terus cheer. *gagah*


second day






TEAM CHEER MURNI





TEAM CHEER USM

Restu, Indah kembara, Murni & Nurani


'tengok tu...'


OPENING

atlet Nurani




Indah Kembara


ATLET, AKSI, PINGAT & PODIUM



penyumbang emas Nurani, Yan


quartet 4x400m wanita Murni & Nurani


quartet 4x400m lelaki Murni & Nurani


Mugi


emas terakhir TOT 2011


pingat terakhir Nurani

CLOSING










Acap: awat nombo 1661 tak dak??
Yan: mana aku tau..!!!
*dan sesungguhnya mereka ini org kuat team Nurani*



maskot terbaik. Bukan yang hijau tu oke..!!




ini adalah abang2 yg berjaya merosakkan lagu cheer team Restu, merangkap team lelaki terbaik TOT 2011


Nurani kencang, confirm menang


Nurani & Murni, juara style gempak



Nantikan kebangkitan warga kampus kesihatan dalam TOT 2012.