Thursday, September 30, 2010

Conflik motivasi

Tak kuat macam dulu. Sekarang, lemah pada segalanya. Tak mampu fikir macam dulu. Sekarang, otak selalu membayang kegagalan. Tak rajin macam dulu. Sekarang, semua jadi tertangguh. Tak bahagia macam dulu. Sekarang, hati selalu pendam rasa. Tak mampu pandang masa yang dulu. Sekarang, masa silam semua tinggal sejarah. Tak gagah melangkah demi memimpin macam dulu. Sekarang, rela jadi suruhan.

Mana jiwa kuat pergi? Mana hati yang memahami pergi? Mana minda cerdik pergi? Mana akal waras pergi? Mana gelak tawa pergi?

Semua dah lain. Semua dah hilang. Senua dah tak ada. Semua dah melangkah jauh. Semuanya. Sekarang dah tak ada apa-apa. Sekarang dah kosong. Sekarang dah jadi susah

*Tuhan yang memiliki semesta alam... Sayangku pada mereka, tak setanding sayang-MU pada mereka*

Wednesday, September 29, 2010

Perkembangan diri

Ok. Tak ngantuk lagi. Ni semua sebab tadi dah bantai tidur tak sedar diri kat bilik tv. Sumpah buruk perangai. Bukak je mata, tengok dah ramai kat situ. Lagi best bila alarm aku bunyi, tapi aku tak sedar. Malu =.='

Tajuk entry gaya macam artis. Koya lebih. Haa... Tubik doh bahaso klate. Ok. Come to your senses and lets se-te-ret to the point. Dan sekarang bahasa omputih plak. Sangat kalut. Ni semua sebab zombie. Kenapa tiba2 zombie?? Sebab sekarang tengah addicted pada game Plant Vs Zombie (PvZ) tahap gaban.

Nazmi adalah orang yg bertanggungjawap dalam hal addicted ni. Sebab beliau yg kenalkan aku ngan game ni. Dan sumpah aku dah jatuh chenta ngan game ni. Mula2 nampak cam horror sebab ada ZOMBIE. Makhluk kelabu yg jalan lambat makan otak. Sila takut..!! Tapi sekarang dah tak takut. Sebab zombie tu sgt drop dead cute. Tak caya?? Akan ku buktikan


-Main menu. Only got silver trophy-


-awas..!! Kacang melambatkan perjalanan-


-Puzzle, kali ni berpihak pada gang2 Zombie-


-super duper cute lagu ni-

Friday, September 24, 2010

Wedding of Fairy Tale

Ok. Sangat tak paham kenapa entry Alhamdulillah tarikh dia 21/9/92010. Aku rasa aku buat entry tu 23/9/2010. Tarikh pon nak jd isu besar. Lagi satu, sangat tak paham kenapa video tu kejap ada, kejap tak ada. Mungkin video tersebut terpengaruh dengan iklan Chipsmore. Hurmmm... Entry ni bukanlah post mortem terhadap entry sebelum ini. Harap maklum.

Sekarang.. Cuba buka fb. Diulang, sekarang..!!! Cuba tengok berapa ramai yg share link pasal Wedding of Fairy Tale. Ble-di-hel gempak wedding tu. Dan sekarang cuba tengok jantina apa yg share link tu. Mostly perempuan, wanita, kaum hawa, gadis pingitan serta anak dara. Part naik tandu paling best. Video ni buat semua jantina yg dinyatakan di atas terus berangan tahap dewa nak kawin macam tu. Siap pasang cita2 nak dapat laki drop dead handsome macam suami Puan Nadia tu. Ok. Beliau dah selamat jadi suami org ye. Harap maklum. Sila jgn rampas (pesanan utk diri sendiri). Video ni gak buat semua anak gadis, anak dara serta anak kpd ketua kampung nak kawin cepat. Nasib baik anak kepada Ncik Bakri tak rasa cam tu. Ok. Ini penipuan terbesar. Anak kpd Ncik Bakri pon rasa apa yg anak2 dara lain rasa. Gatal..!!

Kaum lelaki, adam, jejaka, bujang serta anak teruna?? Anda harus bersedia utk melayan kerenah awek2 anda yg dah mula cerita pasal nak kawin. Side effect video ni. Btw, I love this video dem much..!!



-Drop dead handsome & drop dead gorgeous-


-pelamin besar-

Tuesday, September 21, 2010

Alhamdullilah


Ok. Loop lagu ni setiap masa dan ketika. Ketagih lagu yg dinyanyikan laju tahap berbelit lidah + semput nafas. Nasihat berbaloi-baloi dlm lagu macam ni. Jiwa kacau bleh jadi riang gumbira.


ALhamdullilah (Too Phat, Dian & Yassin)



Monday, September 20, 2010

Bodoh Vs Pandai

Ok. Aku bodoh dalam memilih~!! Kau bodoh, Pida (sila jangan percaya =.='). Cuba la simpan sikit bodoh kau tu. Dalam hal serius pon kau nak gak tunjuk bodoh kau. Sekarang.. Amek kau. Tertonggeng sebab kebodohan kau. Kalau dari dulu kau buang bodoh kau, kau tak kan jadi bodoh macam ni. Padan muka.. Belajar jauh2, bodoh masih tak hilang. Ingat makin tinggi kau belajar, makin surut kebodohan dalam otak tu. Tapi makin menjadi-jadi bodohnya. Bodoh betul la..!!!

Wei perenggan atas.. Cakap pandai la, buat tengok. Pandai2 je kau nak cakap aku tak pandai. Kalau kau pandai sangat, kenapa kau tak bagi idea pandai kau tu masa kau tengah tak pandai. Ingat senang ke nak jadi pandai. Orang pandai pon kadang2 boleh kena pijak. Bila aku tunjuk pandai, kau cakap aku belagak. Ni aku nak beraksi kurang pandai, kau nak mengata aku. Ingat sikit.. Tuhan bagi pinjam kejap je pandai tu. Kalau Tuhan nak ambil, dia boleh bayar cash. Bila2 masa je pandai tu boleh hilang.

Siapa yg menang, bodoh ke pandai?? Jawapannya: Tepuk dada. Tanya selera. Tanya iman. Tanya diri. Tanya kaki. Sapa bagi. Sampai kita boleh berdiri..

Friday, September 17, 2010

I hate this part

******ini juga entry sedih******

Ok. Macam biasa. Sebelum balik Kelantan, mesti mau ada entry baru. Nak buang homesick punya pasal. Tapi tak balik lagi dah homesick. Sangat horror. Bila aku tulis status Fb "nak pindahkan USMKK ke Johor", kawan2 pakat like. Maknanya ramai yg akan homesick. Ramai gak yg berharap USMKK dapat dighaibkan dan muncul kat kampung halaman masing2... Tiket malam ni pukul 8.35pm. Sangat la pelik bila ada 5 minit kat belakang tu. Nasib baik tak 8.37pm.

Kehilangan Ba masih terasa. Sumpah sangat sedih. Ba, tiap kali aku online, aku akan bukak FB kau. Tiap kali aku buka Fb kau, air mata aku mesti nak mengalir. Memang kita baru kenal. Aku jumpa kau pon awal tahun ni. Tapi kau sangat la best. Moga rohmu dicucuri rahmat, wahai sahabat. Aku dah rindu kau. Aku rasa macam tak nak masuk debat tahun depan. Moga kau bahagia di sana Ba. Aku nangis air mata darah pon tak guna. Kami kat dunia ni hanya mampu sedekahkan Alfatihah untuk kau.

Mood raya tengah sangat membuak-buak. Tak abis lagi nak beraya sebenarnya. Ni la sebab musabab utama aku tak nak balik USM. Haish... Tak puas lagi lepak2 dengan konco2 5SC. Tu pon tak jumpa semua. Kalau semua ada, mau cramp mulut aku gelak. Mungkin juga aku akan lupa semua ilmu2 aku. Sebab banyak sangat gelak. Susah tau mahu kumpul macam ni. Bak kata Puan Aduni, setahun sekali je. Dah la aku sorang tercampak kat Kelantan. Sangat jeles sama kamu2 yang lain. Haish..

Assignment?? Dem..!! Haram jadah aku tak buat lagi. Cuti adalah masa untuk bercuti. Bukan untuk buat assignment atau report atau penyata kira2 atau karangan 5 muka surat. Bukan juga untuk baca buku physiology chapter respiratory atau baca journal immunology. Semua tu tak harus ada dalam list perkara wajib buat masa cuti.

Banyak kerja yg menanti kat USM. Sekarang ni tengah usha2 bila lg cuti. Pasang azam setinggi Yao Ming utk balik umah masa study week. Insyaallah.

Thursday, September 16, 2010

Dari Dia kita datang..

********ini entry sedih********

Ok. Mood raya tak habis lagi. Dari semalam tak berenti beraya ngan kawan2 segosip. Gelak guling2 sampai terduduk kat lantai masa raya dengan konco2 5SC. Mereka masih macam dulu. masih ada sifat2 kegedikan akal body. Sumpah aku sayang kamu semua sangat2. XOXO... Raya versi 4 budak silat pon kepoh kecoh gak. Even 4 orang je, tapi sangat best. Sayang sama kamu juga Seha, Kima & Aida.

Dalam tengah happy2 beraya sakan, dikejutkan dengan berita kematian Ba @ Mohd Hafizul Azlin bin Rodi. Sangat terkejut. Terkejut sampai tak percaya. Tak percaya sampai rasa semua tu tipu. Sangat tak percaya sampai aku masih pasang impian untuk jumpa Arwah masa pertandingan debat USM bulan 3 nanti. Masa aku tulis entry ni pon, aku masih tak percaya lg. Tapi memang betul, Ba dah tak ada. Akur. Terima. Pejam mata. Terbayang muka Ba. Tak rapat tapi senang berkawan dengan Arwah.

First time jumpa Arwah masa DPNC 2010. Masa tu aku rasa beliau sangat belagak. Masa tu aku sangat tak suka beliau. Motip?? Sebab kami kalah ngan team debat dia, Desasiswa Aman Damai. Motip utk org yg loser. Tak kenal maka tak cinta. Masa TOT jumpa Arwah lagi. Team cheerleader Arwah duduk dekat belakang team aku. Dia tegur "Eh.. PM Nurani". Start borak2 dengan Arwah. Yes. Arwah sangat baik. Sangat peramah. Buang semua ideologi dulu2 pasal Arwah. Senang berkawan dengan dia.

Arwah tak sakit sebelum ini. Semua kawan2 pon terkejut dengar berita ini. Kalau tak silap, Arwah Ba pergi masa tengah tidur semalam. Arwah sangat aktif kat USM induk. Dia banyak join aktiviti yg USM anjurkan. So, selalu jumpa Arwah kalau join aktiviti yg USM.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pergi. Ba, kau akan sentiasa ada dalam ingatan aku. Kalau aku hilang ingatan pon, aku harap memori aku dengan kau tak kan hilang. Yes. Aku akan rindu kau. Aku akan stalk FB yg ownernya bernama Ba Hafizul tiap kali aku rindu kau. Lepas ni aku dah tak boleh jumpa kau. Aku sayang kau. Aku sayang kawan aku sorang ni. Tapi aku tahu, Allah lagi sayang kau. Semoga rohmu dicucuri rahmat. Amin


-kenangan masa DPNC-


-aku curi dari Fb kau, Ba-


Thursday, September 9, 2010

Salam Lebaran

Ramadhan
Hadirmu dinanti
Pergimu ditangisi
12 purnama ketemu lagi

Syawal...
Syukur ku pada-Mu
Panjang usiaku
Alhamdulillah..
Masih mampu bersama
Di bulan penuh makna

Salam Lebaran dari Rafidah Bakri, Kota Tinggi, Johor...

Raya tahun ni


Ok. Raya tahun ni...


  • ...jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari
  • ...gagal penuhi tuntutan tarawikh tiap2 malam masa puasa
  • ...agak kehilangan mood sebab banyak assgmnt kena hantar lepas abis cuti. Pfffftt...!!!!
  • ... pakai baju raya warna silver. Bagai nak sawan cari tudung warna silver
  • ...semua membe pelik bila aku cakap tema family aku warna silver
  • ...sangat teringin nak beraya ngan budak2 silat n kawan2 SMKAT batch aku
  • ...berjaya habiskan duit sendiri dekat RM300++ utk shopping. Sangat rakus..!!!
  • ...tak buat kuih raya langsung. Semua beli. Pecah rekod
  • ...takde tat tak gulung T_T
  • ...maybe akan balik kampung hari raya ke 3
  • ...nak g kubur ayahanda pagi raya. Selalu pergi time tengah hari
  • ...kena bayar puasa 1 hari je. Kagumkah??!!!
  • ...cari duit raya banyak2, topap semula duit yg dah abis
  • ...nak mintak maaf pada semua. Halalkan makan minum. Maafkan mulut yg bersuara ini

Sunday, September 5, 2010

Warkah Buat Nenda

CongekCakdong
DotBlogspot
DotCom
FirefoxMozila

Kehadapan Nendaku yg berada di alam barakh. Sihatkah?? Cucuanda... Erk.. Cucunda.. Ehh.. Oleh sebab tak reti eja, diri ini akan bahasakan diri ini sebagai Ayang. Romantis tak?? Nenda rasa macam nak sepak Ayang tak?? Atau Nenda rasa macam nak sedut tak otak Ayang?? Hurmm.. Ayang tahu Nenda tak akan lakukan aktiviti haram tersebut

Nendaku,

Kami di sini baik2 sahaja. Kecuali cicitmu yg ke 16. Beliau lupa nak potong kuku. Keluarga yg lain berada dalam keadaan sihat sejahtera. Kami di sini amat merindui Nenda. Namun kepulangan Nenda adaah tidak diperlukan. Ia akan mengundang malapetaka kepada kampung Ayang.

Nendaku yg dikasihi,

Tujuan Ayang menulis warkah berlagu pilu ini bukanlah sekadar untuk bertanya khabar atau bergosip liar. Sebagaimana yg tidak diketahui oleh Nenda, hari raya bakal menjelma tidak lama lagi. Oleh yg demikian Ayang ingin mengucapkan "Selamat Hari Ahad". Semoga hari ini hari yg ceria untukmu wahai Nendaku.


Persiapan raya keluarga Ayang tahun ini hanyalah ala carte. Erkk... Ala kadar sebenarnya. Kami hanya membeli 3 set sofa baru, 4 biji tv plasma dan menukar jubin seluruh rumah. Untuk Justin Alfredo, kucing kesayangan bonda Ayang, kami belikan beliau 3.76kg ikan bilis sebagai stok untuk 3 hari. Bijak tak kami berbelanja?? Kemas tak konsep pengurusan wang kami?? Tentu Nenda bangga dengan cara kami menguruskan wang peninggalan Nenda.



Nenda,
Sampai di sini sahajalah warkah yg dapat Ayang tulis kerana laptop Dell Inspiron `14 Purple Ayang ketandusan bateri. Akhir kalam, janganlah Nenda risau akan wasiat nenda agar dirahsiakan selama-lamanya resepi daging rusa masak merah yg menjadi kegemaran Nenda. Kami akan simpan hingga akhir tahun ini. Sekian, wassalam...



Yang benar,

!@#$%^&*()!@#$%^
(CONGEKCAKDONG.BLOGSPOT)