Sunday, June 27, 2010

Cabaran Mematangkan Diri

Dah tiga hari balik dari Kem Bina Negara Ulu Kenas. Best kem tu. Tapi sayang, hari ketiga demam. Tak dapat join masuk hutan. Ahli kumpulan yg sangat sporting. Bay, Adli, Hazim, Din, Wong dan Soon. Jejaka2 kacak dalam group 7. Jeeva, Anne, Mira, Farul, Nusrat & Fifa. Awek2 hot group Bunga Raya. Mereka sangat best.

Sekarang tengah kem Fasa 2 Persediaan PPSL. First time join. Sedang cuba keluar dari comfort zone. Rafidah Bakri yg tak suka bekerja dalam kumpulan berjanji akan bagi kerjasama yg baik kpd semua PPSL USMKK. Akan cuba bercakap di depan. Akan cuba guide orang lain. Akan cuba tolong mereka yg memerlukan.

Tengah hari tadi, daftar di desa Nurani. Dikejutkan dengan berita dapat bilik 4 orang macam last sem. Barang yg disimpan kat bilik pantry dah disita. Macam nak pengsan cari semula barang2 tu. Dapat tingkat 3. Dengan lutut yg goyang & tulang belakang yg bengkok, angkut barang2 naik dari tingkat 1 ke tingkat 3. Masih ada dua kotak yg tak dapat dikesan. Masih mengharapkan yg akan dapat bilik double.

Semua yg jadi tak seperti yg dijangka. Manusia hanya mampu merancang.

Saturday, June 19, 2010

Marathon TV

Ok. Akan balik kelantan malam ini. Ditemani mood yg agak tension. Sebab kena balik sangat awal. Tu la. Sapa suruh gedik2 nak jd PPSL. Serve me right!!! Yg pasti, penyakit homesick akan kembali menyerang. Grrr~~~


Dah 2 bulan duduk rumah sambil bina badan. Dah jumpa hobi baru. MARATHON TENGOK TV. Ye la... Kat kampus jarang dapat tengok tv. Dorang suka tengok cerita korea yg bersubtitle cina. Yg tengok semua melayu. WTH??!!! Paling bengang bila aku tengah sedap2 tengok Sea Patrol, datang insan sengal tukar channel lain.

Marathon tengok tv. Sangat best. Aku peminat setia channel 551, 701, & 702. Discovery Channel, AXN & Hallmark Channel. Dari dulu sampai sekarang dan mungkin selama-lamanya. Gile obses. Sampai iklan pon aku hafal. So dengan bangganya aku listkan cerita yg membuatkan aku tak nak balik kampus

Discovery Channel (551)
:Ghost Lab
:How It's Made
:How Do They Do It?
:Dirty Job
:Mythbuster
:Time Wrap
:Rampage


AXN (701)
:CSI New York
:Video Zonkers
:When Biggest Magic Secret Is Revealed


Hallmark Channel (702)
:The Biggest Loser
:Sea Patrol
:The Nanny
:ER


Kalau disusun mengikut kegemaran, beginilah susunan top 5:
1) Sea Patrol
2) The Biggest Loser
3) The Nanny
4) How It's Made
5) CSI New York



Season 3 dah abis. Sapa ada season 4???


kaji paranormal activity menggunakan sains


Mike is so cool


The best CSI


"Miss Fine!!!" jerit Mr Sheifeld

Mungkin lepas ini lama baru aku akan update blog ini sebab buzy dengan PPSL, Sporty Day dan Convex. But don't worry. I've fall in love with my blog. So, for sure i"ll update. Better late than never

Tuesday, June 15, 2010

...



Lebih baik seri dari kalah.Lebih baik 1 mata dari tak dapat mata

Sunday, June 13, 2010

Jangan Datang Rumah Aku


"ada orang tak"
___________________

"Berani la keluar rumah. biar orang besi buruk tangkap"

Ayat yg mak aku selalu cakap bila aku nak main pondok2 waktu tengah hari buta atau maghrib2. Dengar je mak aku cakap macam tu, terus lari masuk rumah tanpa ragu2. Tutup pintu rapat2. Kecik lagi time tu. Tapi ayat jampi mak aku ini berkesan sampai sekarang.

Sekarang ini umur dah 19, badan dah besa gajah, still takut dengan jampi mak aku tu. Sumpah tak paham kenapa..!!! Jangan harap aku akan buka pintu bila aku duduk sorang2 kat rumah. Dengar je orang bagi salam @ ketuk pintu, terus pura2 tidur. Buat macam orang pekak tuli. Pejam mata rapat2 dengan harapan aku tak akan nampak sapa yg datang. Apa yg aku bayangkan?? ORANG JAHAT MUKA BURUK BAWAK SABIT. Choi...


"Alamak.. ada org datang!!!"


"Rumah ko tak ada orang eh semalam. Aku datang tak ada orang bukak pintu pon"

Ayat yg selalu aku dengar, side effect dari perangai huduh aku ni. Nak kalis punya pasal, aku jawap je tak ada. Padahal aku ada je kat dalam rumah. Tapi masalah bila orang tanya soalan tu kat mak atau abang atau akak aku.

"semalam ****** datang. Mak usu tak perasan eh" mak @ akak @ abang
"Tah... Tak perasan pon. Ida tengah mandi kot" aku

Kesimpulannya, jangan datang rumah aku time aku sorang2. Lagi satu, jampi ini juga digunakan terhadap anak sedara aku.

Tuesday, June 8, 2010

Hari Ini

  • Masak laksa johor bersama2 bonda tercinta. My favourite. Dalam masa 3 jam, aku dah makan 2 trip. Ini ialah kesan penyakit buruk lantak. Pukul 1 makan ngan abg & kak ngah. Bertambah 3 kali. Pukul 3 makan ngan bonda. Kali ini tak bertambah. Sebab aku ambik banyak terus. Sama je kot dengan bertambah 3 kali
  • Result exam keluar. As usual, result aku sekadar di pinggiran. Naik 0.29 dr sem lepas. Masih tak capai target. Tapi nasib baik JPA aku selamat. Kalau tak, makan pasir la sem depan.
  • Dah buat Yee Yan sedih. Sorry Yan... My bad. Nanti I belanja you ice-cream. Good luck for your SUKMA.

Friday, June 4, 2010

England Julang Piala Dunia...


Itu cerita 44 tahun lepas. Tahun ini?? Mungkin!! Aku dengan England memang tak dapat dipisahkan. Bukan sebab aku kembar kepada England. Bukan juga sebab England jiran aku. Tapi aku memang KipasSusahMati England. Sekarang ini semua orang tengah demam World cup (WC). Paling best En. Hafezi sebab dia dapat pergi South Africa seminggu free of charge. Sumpah jealous!!! Oleh sebab aku jealous, aku nak mengarut pasal England.

Ramai yg cakap team England tahun ini tak sehebat 4 tahun lepas. Tapi sebagai KipasSusahMati, aku letakkan harapan yang tinggi pada team England, setinggi Peter Crouch. Mengharapkan yg mereka akan gegarkan South Africa dengan gol yg banyak, sebanyak bulu kaki Rio Ferdinand. Buktikan pada seluruh alam semesta termasuk pada makhluk planet Pluto yg England bukan team belasahan. Three Lions the best!!!

Three Lions...!!!

Kepada player England, sila ulang sejarah 44 tahun lepas. Abaikan frasa usah dikenang sejarah silam. Kalau frasa itu masih jadi pegangan, baik mansuhkan subjek Sejarah kat semua sekolah. Tahun 1966 ialah first time England dapat peluk kucup cium piala dunia. England kalahkan Jerman 4-2. Lelaki yg ICnya tertulis nama Georff Hurst buat hatrik. Tapi yg peliknya, sampai sekarang orang tak puas hati dengan secong gol dia. Alamak.... dah 44 tahun kot gol tu.


beratur ikut ton warna kulit

Tahun ini, ucapan terima kasih patut diberikan kepada Fabio Capello yg berjaya bawa England masuk WC. Ye la.. Kalau Capello tak ada, sapa nak latih player England. Tak kan nak suruh Misbun Sidek. Tak kan nak upah Santokh Singh. Tak mungkin juga England akan import Akmal Rizal untuk jadi coach. Semoga tahun ini merupakan tahun bertuah Mr Capello.


"mana air aku!!!", Fabio Capello

Pesanan terakhir buat kesebelasan utama England,sila belasah team lain dalam group C. Algeria, Slovenia dan USA. Lepas itu, pastikan korang main di padang stadium Soccer City, Johannesburg pada 11.7.2010 untuk final World Cup 2010.


player baru, pengganti Beckham :)

Wednesday, June 2, 2010

Air Mata Lelaki...

Bersantai lepas makan. Memang best. Pegang remote, tekan 702. Hallmark Channel. Rancangan TheBiggestLoser, my most favourite tv show. Episod paling tak masuk akal. Minggu yg susah untuk semua termasuk trainers. Idola aku, Bob Harper menangis!!!! Lelaki2 gagah lain pon nangis. Sione, Filipe, Dane, etc. menangis demi masa depan. Berpisah dengan partner dan trainer. Kalau aku kat tempat diorang, mesti sawan 34 jam. Tak rugi tengok episod kali nie walaupun terpaksa tadah telinga dengar mak aku membebel. "Mak usu... Alih la cerita lain. Dari siang sampai malam tengok cerita orang gemuk je". Maaf mak!! Episod kali ini sangat best.



TheBiggestLoser Couple

Bob Harper, salah seorang trainer TBL. Salah seorang manusia yg berjaya mempengaruhi paras kesedaran aku tentang hidup. Bob Harper ada dalam list kenapa aku pilih sains sukan. Cayalah..!!! Dia sedarkan aku betapa pentingnya kesihatan. Apa yg penting??!! Bukan kerjasama, tp kesihatan. kalau badan tak sihat macam mana nk kerjasama. Maybe WonderPet patut ubah slogan.


pendorong anda, Bob Harper

Orang sekeliling sangat berpengaruh dalam hidup. Sione & Filipe nangis sebab hilang Bob. See... Betapa pentingnya Bob dan Jillian dalam TBL. Kenapakah?? Sebab Bob & Jillian adalah orang yang bertanggungjawap untuk sedarkan peserta yang masa untuk berubah sudah tiba. Kita tak kan boleh buat sesuatu yg tak tercapai dek akal dan tangan yg pendek kalau tak ada orang yg dorong kita. Kita tak kan sedar kekurangan diri kalau tak ada orangbagi tahu. Kita tak kan percaya yg harapan masih ada pd hari esok kalau tak ada orang bagi sokongan untuk hidup. Aku tak kan percaya yg aku akan gunakan laras bahasa yg tinggi selagi aku tak post entri ini. ok. Tak ada kaitan!!!



Jillian & BoB, sumber inspirasi semua makhluk

Cabaran episod kali ini patut dijadikan kayu ukur dalam hidup. Bukan pembaris atau pita pengukur ok!!! Kata2 Sione, salah seotang peserta TBL yg ringkas tapi padat. `habiskan apa yg kita dah mulakan'. Lagi sekali, lelaki gagah telah dah berjaya ubah fikiran orang lain ke arah lebih baik. Dia sedarkan aku dan mungkin penonton2 kat Indonesia dan Singapura yg matlamat hidup sangat penting. Matlamat!! Sesuatu yg akan merubah hidup kita. Hidup tanpa matlamat umpama rumah yg elektriknya kena potong. Gelap gelita. Tak ada arah tujuan.


Filipe & Sione

Kesimpulannya, jangan gelak bila lelaki menangis. Air mata lelaki2 gagah ini sangat bermakna. Air mata diorang sedarkan aku yg nothing is impossible...