Friday, April 29, 2011

CEWAH, Cewaaaahhhhhh!!!

Ok. Setelah berjaya dapat RANAP dari kak Fynn dengan hanya bermodalkan RM20, kali ni aku berjaya dapatkan CEWAH pulak. Dengan jumlah modal yang sama, tapi kepuasan yang berganda, cewaaaaaahhhhh!!!

Tak sia-sia aku ulang alik pergi pejabat desasiswa (kolej) nak check, dah sampai ke belum harta aku yang satu ni. Sampai kena perli,

'awak lagi.. penting sangat ke barang awak tu' sambil sengih-sengih..


Aku cuma balas gurauan boring beliau dengan senyuman seikhlas hati. Mungkin beliau tu tak tau yang penantian satu penyiksaan. Akhirnya, sampai gak bungkusan ni semalam, selepas menempuhi perjalanan yang lebih dari 2 marhalah. Dari Subang-Kota Tinggi-Johor Bahru-Kubang Kerian.


  

Dan inilah harta yang aku tunggu lebih dari seminggu tu..
 

Nampak tak saudara yang tak pakai baju kat atas tu. Tu la Pipiyapong. Penulis blook CEWAH ni. Sebelum ni aku dah terlepas buku pertama dia, KACIP. Kali ni awal-awal lagi aku dah tempah online dari UYA Distro. Dan blook ni memang superb. Sapa-sapa yang rasa dia tak pernah rasa nikmat gelak sampai keluar air mata, dia memang patut beli buku ni. Dan pada sapa-sapa yang frust sebab tak ada channel Astro Warna kat rumah untuk tengok Maharaja Lawak, korang pon patut beli buku ni.

 

CEWAH ada 80 muka surat, tapi aku baru baca sampai muka surat 40. Sayang nak baca sampai habis. Sama macam RANAP, aku tak baca habis lagi. Sayang nak habiskan baca. Bengap ke tak?? Dan untuk blook ni, aku bagi 5 bintang. Memang confirm tak menyesal langsung aku beli.

Misi seterusnya, menunggu blook 'Perghh!' dari Ncik Fdaus Ahmad. Oleh sebab dah terlepas blook Sembang Kencang, awal-awal lagi aku dah cakap aku nak beli. Perghhh!!! 



nota Cewaaahh: Nak pinjam?? Boleh. Sehari RM1.20 aku sewa. Sebab kebanyakan punca rezeki, datang dari perniagaan/bisnes. So, aku pon nak merasa gak buat bisnes :)

2 comments:

  1. hehhehe.. firdaus ahmad mmg besh... huhuhuu
    suke bace cerite die zaman kanak2 rebena... huhuhu

    ReplyDelete
  2. tau takpe. sama gak macam pipiyapong. jgn lupa tempah Perghh!! dr fdaus ahmad :)

    ReplyDelete