Monday, August 30, 2010

Kelantan Darul Naim

OK. Tak pernah terlintas kena stay kat Kelantan 4 tahun. Gila gelabah beserta trauma 38 jam bila dapat tau kena jadi pemastautin negeri ni. Sekarang tak lagi. Sebab kami berjaya meneroka tempat2 best nak lepak, lagi2 bila ada fire drill @ latihan kebarakan. Jom ce-ki-dot tempat best nak lepaking kat sini

**********************************************************************************


-KB Mall, Kota Bahru-

Boleh katakan tiap2 minggu turun sini. Buat apa?? Bagi ayam makan!! Huhh.. Mesti la shopping sambil cuci mata. Kat tingkat bawah ada kedai siam. Kalau ada party, ramai orang serbu markas tu. Sebab baju kat situ murah dan cantik. Walaupun takde GSC & outlet Adidas, tapi still boleh layan. Ada bowling ngan snooker. Fast food?? Ada Resepi Rahsia (SecretRecipe), McD, ayamas, etc.

********************************************************************************

-Wakaf Che Yeh-

Nak shopping ala2 BB ngan OldTown?? Kat sini ada WCY. Nama timang-timangan yg glamour utk WakafCheYeh. Sesi shopping tengah malam akan berlangsung kat sini. Semua yg dipakai di badan ada jual kat sini. Head to toe. Dari topi, tudung sampai la ke kasut. Paling best bila ada selendang corak LV dan Gucci. Baru la org kata pencinta jenama. Sangat horror. Haha...

**********************************************************************************


-Ridel Hotel, Kota Bharu-


-tempat kitorang lepak-

Lepas dah penat shopping, masa utk menghapuskan kebuluran. Ridel a.k.a. kedai makan tepi sungai sesuai utk lepak2. Order air 1 je, tapi duduk situ berjam-jam. Menu best ialah shisha. Aku tak hisap, tapi suka bau dia. Sengaja suruh orang lain sedup dan hembus kat muka aku. Tragis tak perangai?? Sambil makan, bershisha pastu main Uno.

*********************************************************************************


-Pantai Cahaya Bulan-


-Pantai yg best kala malan bulan mengambang-

PCB tempat yg sesuai pencinta ketenangan. Disarankan utk datang waktu malam. Sebab kat sini tak boleh mandi. Sangat best. Kadang2 ada team dikir barat. Macam2 pernah kami buat kat sini. Bergitar sambil melalak, berBBQ dan aktiviti paling latest, main mercun. Tapi pandangan mata selalu dikotori dgn couple2 berperangai gampang. Bila kitorang geram ngan aksi filem hollywood yg diorang buat, kami akan amek gamba senyap2 sampai diorang perasan @ sound je terus. Tahniah kepada couple2 tersebut, anda penerima Grammy Award utk kategori Makhluk Paling Layak Untuk Disepak.

*******************************************************************************


-Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa-


-Tepi airport yg best-

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra a.k.a airport adalah antara tempat yg dapat rate atas2 dalam list tempat lepak. Pon kena datang malam. Panas kot datang siang2. Bawak gitar ngan makanan. Sambil bersuka ria, tengok kapal terbang berlepas ngan landing. Sesi lepak akan jadi advanture bila game 'teka kapal apa yg landing' dilakukan. Sambil tu, nyanyi kuat2. Tak payah peduli Ncik2 moto yg datang.

*********************************************************************************


-Kelantan Gate @ SultanIsmailPetraArch, Kota Bharu-


-malam yg terang-

Ada lagi tempat lepak. Kelantan Gate atau Sultan Ismail Petra Arch. Tak pernah kami kaji nama sebenar tempat ni. Yang penting, ada 1 kawasan lapang kat tempat ni. Boleh buat drift kt sini. Tapi belom ada orang buat la. AKu just cadangkan. Kalau korang kena saman sebab drift kat sini jagan salahkan aku. Bahaha.... Amek gamba kat sini best sebab gate tu memang cantik. Pon datang malam. Tempat ni tak ada bumbung utk melindungi kulit dari UV.

Malam ni kami akan serbu tempat2 ini sebab nak sambut merdeka. Happy Independent Day..!!!

Saturday, August 28, 2010

1 2 3 4


Ok. Mahu shopping raya. Mahu beli baju raya. Mahu beli ole2 untuk family. Mahu bersuka ria dengan sahabat handai. Mahu semuanya.

MANUSIA TAK PERNAH RASA PUAS

Mahu balik Johor. Mahu tonton wayang. Mahu buka sama family. Mahu bersenda dengan anak2 kecil di rumah. Mahu bersantai dengan teman2 lama. Mahu segalanya.

MANUSIA MEMANG TAMAK


*aKu
mAhu
iTu
semuA*

Wednesday, August 25, 2010

JANGAN

Ok. Jangan....
  • ...study awal2, nanti korang lupa apa yg korang baca.
  • ...study hard, tapi study smart.
  • ...membazir dakwat pen masa jawap test dengan tulis jawapan yang sah salah
  • ...tido siang. Nanti korang akan mimpi best. Dan korang akan tension sebab ia hanyalah mimpi.
  • ...beli tiket raya cepat2, nanti takde mood nak study sebab ingat nak balik je.
  • ...beli kuih raya yg sedap2, nanti cepat abis.
  • ...datang kuliah cepat sangat, kemungkinan utk mengumpat sambil tggu lecture sangat tinggi. Dosa tau..!!!
  • ...admire kat lelaki/pompuan muka hot, nanti kena bersaing ngan ramai org
  • ...tido lepas sahur dan pasang cita2 tinggi nak bangun semula kalau kelas pukul 8pagi. Ke laut la jawapnye.
  • ...tanya apa motip entry ni

Sunday, August 22, 2010

Wajib Beli..!!

Ok. Selamat tahan lapa. Hari ini dah puasa yg ke 10. Baru spoloh hari. Lek luuuuuu...... Lama lagi kot nak raya. Tapi semua dah sibuk shopping. Paling takde motip bila orang jual & beli mop lantai kat bazar Ramadhan. Agak2 boleh buat juadah buka puasa tak mop tu?? Masak gulai sedap tak?? Kalau ye pon nak cari fulus, jual la barang yg digemari tatkala perut berkeroncong dan menjadi idaman hati yg excited nak raya. Kalau diorang jual benda2 yang kat bawah ni, confirm aku beli


-kad raya-
Walaupun sekarang dah cangginh manggih, kad raya still the best. Lagi best yang ada lagu2. Tulisan buruk takpe, yang penting kad cantik. Lepas tu tampal duit syiling 20sen kad dalam kad raya. Konon2 diut raya. So sweeeeetttttt ^_^.



-bunga api-
Nak main mercun tak berani. Ni je la yang mampu aku main. Tak kesah la kena gelak ngan kawan2 ke, yang penting bunga api lagi selamat dari mercun.


-kuih tat-
Tak suka tat gulung. Sebab ia digulung. Tu lah motip aku tak suka tat gulung. Tat tak gulung rasa nanas gak yang akan aku pilih.


-baju kebaya-
Azam tahun ni nak pakai kebaya. Azam bukanlah seorang lelaki..!!! Azam ialah impian. Cuba bayangkan lelaki bernama Azam pakai kebaya pagi raya. Sumpah hina


-duit raya-
Ada ke orang jual duit raya???

Kepada peniaga2 di bazar Ramadhan atau shopping mall, selamat berjual.

Thursday, August 19, 2010

jiwa K.A.C.A.U

AKU menulis kerana hati
tangan pantas menari
menurut rentak kosong
mengisi malam tanpa irama
tiada luah kata
tiada lenggok bahasa
hanya firasat
merenung tanpa arah
pandangan tanpa makna

sekali hati terdetik
pantas tafsirat menerbit
menutup kosongnya jiwa
menidak kacaunya raga
walau diri penuh luka
walau hidup keliling dusta

langkah diatur
longlai tanpa tuju
menggapai secebis tenang
menolak selaut gusar
mengharap pada sinar
menghintung detik waktu
merawat golak rasa

AKU
insan berperasaan
manusia jiwa halus
andai kau mendorong
lantas gerak pantas menyokong
namun tatkala kau menjatuh
hati terus mencemuh

*jiwaKACAUotakBILAU*
congekcakdong.blogspot.com

Monday, August 16, 2010

Alkisah Bulan Ramadhan

A few years ago during Ramadhan......


Seorang budak perempuan main bunga api ngan 2 orang abangnya dan seorang jirannya. Beliau rasa beliau hot umpama gulai kawah yg menjadi kegilaan ramai tatkala dikelilingi org 3 org jejaka. Dengan hati yg belum baligh beliau menghalakan bunga api ke selipar jepun jirannya sampai cair selipar tersebut. Sebagai hadiah, beliau menjadi mangsa keHOTan hati jiran tersebut. Ganti rugi sepasang selipar terpaksa dilakukan. Beliau yg dimaksudkan adalah org yg menaip entry ini =.=



Tatkala tengah hari yg panas, seorang remaja lelaki masuk ke bilik air untuk mandi. Setelah 1 jam, beliau masih berada di bilik air. Lalu, beberapa ahli keluarga beliau berjaya meniru aksi Macgyver utk buka pintu bilik air tersebut. Didapati ramaja lelaki tersebut sedang baring dan tidur dgn nyenyaknya dalam bilik air tersebut, seperti tidur di atas tilam Vono. Beliau yg dimaksudkan ialah abang kepada pemilik blog ini *-*



Mercun roket ialah sejenis mercun yg terbang apabila dibakar. Ia biasanya diletak di dalam botol sebelum di bakar. Atas motif utk menunjukkan kegagahan, seorang remaja lelaki telah mengambil keputusan utk meletak mercun tersebut di celah2 jari sebelum membakar mercun tersebut. Mungkin kerana sifat takburnya menyebabkan mercun itu tidak berganjak dari tangan beliau. Namun beliau beruntung kerana mercun itu meletup dgn momentum yg manja sahaja. Remaja riak yg dinyatakan ialah abang kepada penulis entry ini @_@


Pada pagi raya, seorang ibu membebel seorang diri apabila 4 orang anak beliau yg masih bujang dan dara belum bangun walaupun jam dah pukul 6.50. Dua anak perempuan beliau tidur di bilik depan, dan 2 anak bujang tidur di bilik belakang. Akibat kegeraman tahap ketupat direbus dalam air panas, si ibu pon berkata "cepat bangun... Ayah dah tggu kat luar". Sepantas Ipin makan ayam goreng, kesemua sang anak bangun sambil berkata sesama sendiri

anak 1: erkkkk... lawak apa yg mak cuba sampaikan ni
anak 2: a'ah.. Gila extrem lawak beliau
anak 3: haaa... tau takut korang semua. padan muka
anak 4: badanku menggigil

Dialog tersebut terjadi sebelum mereka mandi dan menziarahi pusaya ayahanda yg mereka cintai yg telah meninggal dunia beberapa bulan sebelum hari raya. Ibu yg mempunyai imaginasi yg tinggi di atas ialah bonda kepada pemilik belog ini ^_^

Sunday, August 15, 2010

rafidAdidas

Ok. Sungguh tak ku sangka yang diri ini dah terbeli DUA beg Adidas masa pegi Convex kat Penang. Makin tak sangka yang beg tu sangat chantek. Super tak sangka bila collection barang Adidas bertambah. Super duper tak sangka yg aku happy bila tengok barang2 tu tersusun rapi kat sudut bilik.

Dengan bangganya mempersembahkan model anda pd hari ini, Miss RafidAdidas~~~


-Miss RafidAdidas ngan beg barunya-

Hati girang bila tengok barang2 ini. Even tak banyak, tapi still girang sebab beli guna helaian kertas yg dikeluarkan dari beg duet sendiri dan dicucuk dari akaun sendiri yg ditaja kerana kecemerlangan sendiri. OK. Beli pakai duit biasiswa.


-the original Three Lines-


see da brand :)


-love this-


-second bag bought during Convex-


-also bought in Penang, but during SUKAD-


-koleksi lengkap utk travel @ holiday-


-mewangikan badan yg tak wangi-


-menyelesakan kaki yang tak selesa-


-pakai kat kaki-


-kasut baru ngan baju + sweater lama-


-sumpah tak paham apsal aku beli sweater pink!!!-

.:*ADIDAS*nothing isimpossible*:. Sangat berbaloi bila beli Adidas yang original dari beli yg tiruan

Thursday, August 12, 2010

Orthopaedic

Ok. Selamat berpuasa. Selamat berterawih. Selamat membuang dosa. Selamat mengurangkan lemak. Selamat bershopping raya. Semoga semua plan anda selamat dilakukan. Amin

Semalam pegi orthopaedic. Apakah?? Klinik untuk check tulang. Kenapakah?? Tunaikan appoiment setahun lepas. As for last sem punya medical check-up, dikesan ada Scoliosis. Apakah?? Korang google la sendiri. Dan sekarang aku rasa annoying dengan cara penulisan entry kali ini. Aku tanya, aku gak yg jawap.

Appoiment pukul 9.00. Terpaksa skip kelas Etnik dan English dgn hati yang tak bersalah. Bukan sengaja skip ok. Sampai kat ortho, rasa macam kat world of zombie. Ramai la orang yg cedera pelik2. Pak cik tepi aku mata dia cam tak betul sikit a.k.a juling. Bro kat belakang patah tangan. Sis kat depan ngah pegang stroller, anak dia ada ketumbuhan kat kepala. OMG.. Seram kot. Ambik langkah bijak, pindah seat belakang sekali. Ada makcik bawak anak, ada masalah kaki. Tak boleh jalan ngan betul. Pity to all of them. Tiba2 rasa bersyukur yang aku masih sihat.



-dua jam kot nak sampai no 3009 ni-


-bukti yg Rafidah pegi ortho-

Bila dah nak sampai turn aku masuk bilik check up, rasa nervous. Doctor check, as usual. Sila buat x-ray. Kat bilik x-ray pulak, ada budak perempuan umur 3 tahun kot, kaki masuk besi. Huhu... Takutya.

Masuk semula bilik check up kat ortho. Kali ini Dr Abd Halim, yg incharge aku dari tahun lepas ada kat bilik tu. Disertai sekumpulan student medic 4th year kot. Sangat ramai. Dan Rafidah Bakri dijadikan subject sekejap. Malu *blushing*..

Part yg aku tunggu selama setahun. Result x-ray. Alhamdullilah. OK. Still macam dulu, tak makin teruk. Untuk kali kedua, Dr Halim ckp nothing to be worried. Tapi tiba2 dia tanya, nak bedah tak. Haa... Of course la tak nak. But he just make a joke. Tp joke tu buat aku rasa cam nak pengsan 5 jam.

OK. Penantian setahun berakhir. "Nothing to be worried". But still need someone that can say to me confidently that 'RAFIDAH, YOU ARE REALLY OK.'

Sunday, August 1, 2010

6 years ago

1st August 2006
he left us
at 7.30pm
together with my soul
may Allah bless u,
my dad
BAKRI BIN MOHAMED
amin....


-we love you-