Monday, August 16, 2010

Alkisah Bulan Ramadhan

A few years ago during Ramadhan......


Seorang budak perempuan main bunga api ngan 2 orang abangnya dan seorang jirannya. Beliau rasa beliau hot umpama gulai kawah yg menjadi kegilaan ramai tatkala dikelilingi org 3 org jejaka. Dengan hati yg belum baligh beliau menghalakan bunga api ke selipar jepun jirannya sampai cair selipar tersebut. Sebagai hadiah, beliau menjadi mangsa keHOTan hati jiran tersebut. Ganti rugi sepasang selipar terpaksa dilakukan. Beliau yg dimaksudkan adalah org yg menaip entry ini =.=



Tatkala tengah hari yg panas, seorang remaja lelaki masuk ke bilik air untuk mandi. Setelah 1 jam, beliau masih berada di bilik air. Lalu, beberapa ahli keluarga beliau berjaya meniru aksi Macgyver utk buka pintu bilik air tersebut. Didapati ramaja lelaki tersebut sedang baring dan tidur dgn nyenyaknya dalam bilik air tersebut, seperti tidur di atas tilam Vono. Beliau yg dimaksudkan ialah abang kepada pemilik blog ini *-*



Mercun roket ialah sejenis mercun yg terbang apabila dibakar. Ia biasanya diletak di dalam botol sebelum di bakar. Atas motif utk menunjukkan kegagahan, seorang remaja lelaki telah mengambil keputusan utk meletak mercun tersebut di celah2 jari sebelum membakar mercun tersebut. Mungkin kerana sifat takburnya menyebabkan mercun itu tidak berganjak dari tangan beliau. Namun beliau beruntung kerana mercun itu meletup dgn momentum yg manja sahaja. Remaja riak yg dinyatakan ialah abang kepada penulis entry ini @_@


Pada pagi raya, seorang ibu membebel seorang diri apabila 4 orang anak beliau yg masih bujang dan dara belum bangun walaupun jam dah pukul 6.50. Dua anak perempuan beliau tidur di bilik depan, dan 2 anak bujang tidur di bilik belakang. Akibat kegeraman tahap ketupat direbus dalam air panas, si ibu pon berkata "cepat bangun... Ayah dah tggu kat luar". Sepantas Ipin makan ayam goreng, kesemua sang anak bangun sambil berkata sesama sendiri

anak 1: erkkkk... lawak apa yg mak cuba sampaikan ni
anak 2: a'ah.. Gila extrem lawak beliau
anak 3: haaa... tau takut korang semua. padan muka
anak 4: badanku menggigil

Dialog tersebut terjadi sebelum mereka mandi dan menziarahi pusaya ayahanda yg mereka cintai yg telah meninggal dunia beberapa bulan sebelum hari raya. Ibu yg mempunyai imaginasi yg tinggi di atas ialah bonda kepada pemilik belog ini ^_^

No comments:

Post a Comment