Thursday, August 12, 2010

Orthopaedic

Ok. Selamat berpuasa. Selamat berterawih. Selamat membuang dosa. Selamat mengurangkan lemak. Selamat bershopping raya. Semoga semua plan anda selamat dilakukan. Amin

Semalam pegi orthopaedic. Apakah?? Klinik untuk check tulang. Kenapakah?? Tunaikan appoiment setahun lepas. As for last sem punya medical check-up, dikesan ada Scoliosis. Apakah?? Korang google la sendiri. Dan sekarang aku rasa annoying dengan cara penulisan entry kali ini. Aku tanya, aku gak yg jawap.

Appoiment pukul 9.00. Terpaksa skip kelas Etnik dan English dgn hati yang tak bersalah. Bukan sengaja skip ok. Sampai kat ortho, rasa macam kat world of zombie. Ramai la orang yg cedera pelik2. Pak cik tepi aku mata dia cam tak betul sikit a.k.a juling. Bro kat belakang patah tangan. Sis kat depan ngah pegang stroller, anak dia ada ketumbuhan kat kepala. OMG.. Seram kot. Ambik langkah bijak, pindah seat belakang sekali. Ada makcik bawak anak, ada masalah kaki. Tak boleh jalan ngan betul. Pity to all of them. Tiba2 rasa bersyukur yang aku masih sihat.



-dua jam kot nak sampai no 3009 ni-


-bukti yg Rafidah pegi ortho-

Bila dah nak sampai turn aku masuk bilik check up, rasa nervous. Doctor check, as usual. Sila buat x-ray. Kat bilik x-ray pulak, ada budak perempuan umur 3 tahun kot, kaki masuk besi. Huhu... Takutya.

Masuk semula bilik check up kat ortho. Kali ini Dr Abd Halim, yg incharge aku dari tahun lepas ada kat bilik tu. Disertai sekumpulan student medic 4th year kot. Sangat ramai. Dan Rafidah Bakri dijadikan subject sekejap. Malu *blushing*..

Part yg aku tunggu selama setahun. Result x-ray. Alhamdullilah. OK. Still macam dulu, tak makin teruk. Untuk kali kedua, Dr Halim ckp nothing to be worried. Tapi tiba2 dia tanya, nak bedah tak. Haa... Of course la tak nak. But he just make a joke. Tp joke tu buat aku rasa cam nak pengsan 5 jam.

OK. Penantian setahun berakhir. "Nothing to be worried". But still need someone that can say to me confidently that 'RAFIDAH, YOU ARE REALLY OK.'

No comments:

Post a Comment