Sunday, May 29, 2011

Variasi Video Grenade (cover)


Antara cover lagu Grenade yang aku suka kat youtube

 
ini best

Tiffany ni suara dia sedap. Tp untuk lagu ni macam tak berapa... 

Made in Malaysia, NajwaLatif




dan video yang dapat sambutan di Malaysia
**

**

**

**
 


credit to youtube and all original uploader

Wednesday, May 25, 2011

Andartu & Bujang Terlajak: Jangan Hina Mereka

credit:google

"menjadi single di lewat usia seperti satu kesalahan besar dalam masyarakat kita"

Gulpp... Sentap aku dengar. Terus aku duduk depan tv channel astro Oasis, tengok rancangan 'Selami Jiwa bersama Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah' sampai habis. Topik penuh aku tak tau, tapi yang pasti pasal dapat jodoh lewat. Macam tu la lebih kurang. Agaknya. Sebab tak tengok dari awal. Tetamu jemputan, Azwan Ali. Azwan Ali tau. Jangan main-main. Kau mampu?? Lagi sorang Julia (kot. tak pasti. kalau salah, tolong betulkan..) Kak Julia, a woman who faced the problems related to the topic. 

Pengalaman Kak Julia, 4 kali frust. Salah 1 dari 4 tu, putus beberapa hari sebelum hari bertunang. Dan dia cerita macam mana dia bangun semula. Apa dia buat bila dia masih belum dapat cinta sejati, walaupun umur dah lewat. Putus beberapa hari sebelum bertunang bai. Tak ke haru tu. Kalau orang lain, terus naik KB Mall aku rasa. Tau-tau esok keluar frontpage Harian Mentol Metro. 


gambar asal: google

Tak perlu aku rasa gelaran andartu, andalusia, bujang terlajak bagai tu semua. Bak kata akak tu dan Azwan Ali, diorang dah usaha. Cuma Allah belum tunjukkan siapa jodoh mereka. Mungkin belum tiba masa. Macam gak mereka-mereka yang lain, yang dah agak berusia tapi belum kahwin. Bukan diorang nak pon jadi macam tu. Hei.. Ingat diorang suka ke jadi single. Diorang pon ada perasaan gak. 

Ada manusia yang bercinta bagai nak rak tapi tak sampai pon ke jinjang pelamin. Ada yang esok nak nikah, hari ni putus. Macam-macam boleh jadi. Kita cuma mampu merancang. Banyak unsur-unsur metafora masa zaman bercinta ni. Dan kau yang masih sekolah tapi belom ada boyfriend gurlfriend, tak payah gelabah.


credit: google

Nasihat Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, supaya kita cepat dapat jodoh dan dapat pasangan yang betul.

1.Jangan tutup doa. Maksudnya jangan letak nama tertentu dalam doa. Contohnya, 'jodohkanlah aku dengan Si Polan bin Si Polan'. Mungkin dia bukan jodoh kita. Tu yang bila clash, dok frust menonggeng tak boleh terima hakikat. Akak yg jadi tetamu jemputan tu pon mengaku yang dia pernah tutup doa. Bila putus, susah dia nak lupakan lelaki tu.

2. Maafkan orang lain. Contohnya, kau suka kat Ali bagai nak gila, tapi dalam masa yang sama kau masih ada dendam pada someone. Maafkan la someone tu

3. Buka hati dan minda untuk cinta.

4. Jangan patah semangat

5. Sayang mencari sayang, benci mencari benci. Yang ni aku tak berapa nak pasti maksud sebenar dia.




And for me, being single at the age of 20; not a big deal i think.

Thursday, May 19, 2011

Hujan dan Kenangan Dulu-dulu

Ok. Sekarang, tiap-tiap hari hujan dekat kampung halaman.Siap ada pakej guruh dentam-dentum dengan kilat sambung-menyambung. Misi tidur di petang hari jadi makin seronok.

Habit aku bila hujan. Masuk bilik, tengok luar tingkap sambil memendam rasa. Nak kelua, takut. Tapi kalau tak keluar rugi la plak. Dulu kalau kecik-kecik, tak payah pikir dua tiga kali. Terus je lari g destinasi tu. Dah puas baru masuk rumah. Kalau nasib baik, dapat la maki dari mak ayah. 

time hujan lebat petang semalam

Ni la destinasi yang dimaksudkan. Air terjun buatan manusia. Air yang jatuh dari salur atap (salur atap ke?? ke cucur atap?? tah la...). Syok gila kalau dapat main hujan bawah ni. Laju gila air dia. Yang pasti, lebih laju dari yamaha JBE ayah aku. 

Dulu ada tempayan untuk tadah air tu. Tapi tempayan tu dah pecah. Kalau SAJ gedik-gedik tetiba announce tak ada air, terpaksa la guna air yg ditadah tu. Dapat plak guna time mandi pagi sebelum pergi sekolah. Ambik kau... Beku. 

Damn syok main hujan kat bawah salur ni. Kalau orang lain tanya, ada apa yang special kat rumah awak. Dengan yakin aku jawap, ada air terjun bermusim. Sebab time hujan je air terjun ni ada :)


NotaHujan: Al-fatihah buat admin blog telurdibasuh Semoga rohnya dicucuri rahmat

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru & Pensyarah

Hari ni 16 Mei, bersamaan dengan hari Isnin. So, selamat hari isnin. Nak cakap tu je. Ok. Bye..!!

**

**

**

**

**

**

**

Nampak beno nipunya. Hehe... Hari ni hari guru. Juga hari pensyarah. Senang cakap, hari tenaga pengajar. Terima kasih kepada semua insan yang bergelar cikgu atau pensyarah yang pernah mengajar Rafidah B. Jasamu dikenang

Kat bawah ni, list guru kelas dari darjah 1 sampai tingkatan 5. Nak senaraikan semua cikgu yang pernah mengajar aku, tapi ada yang tak ingat. Ada gak yang aku cuma ingat nama glamour diorang je. Pada cikgu-cikgu yang nama beliau saya tak senaraikan, mohon ampun dan maaf. 

Darjah 1 Yakin: Pn Norrizah Binti Satari
Darjah 2 Yakin: Puan Norrizah Binti Satari
Darjah 3 Yakin: Puan Norrizah Satari
Darjah 5 Rajin: Puan Azmimah Binti Saadon
Darjah 6 Rajin: Puan Zamdialila Binti Saim

Tingkatan 1 Jauhari: Puan Maszairah Binti Buang
Tingkatan 2 Jauhari: Ustazah Massuzah Binti Zakaria
Tingkatan 3 Jauhari: Puan Aduni Binti Md Yunan
Tingkatan 4 Sains: Puan Hajah Khatijah Binti Ahmad
Tingkatan 5 Sains: Puan Junaidah Binti Yahaya

Mentor Kolej Matrikulasi Johor:
Puan Khadijah Binti Ahmad

Penasihat Akademik Universiti Sains Malaysia:
Madame Vina Tan Phei Sean

Thanks for guiding, inspiring & making me as what i'm today. Happy Teachers Day.


Wajib baca:

Saturday, May 14, 2011

Kem Transformasi PPSL 2011

Welcome back to the owner of this lame blog. Memang sangat bermotif greet macam tu kan. Hahaha... Ok. Apa-apa pon, Kem Transformasi PPSL ari tu memang best. Abaikan perenggan terakhir kat entri sebelom ni. Abaikan ok. Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal macam celaka dia punya suka. Hahaha (lagi??)

PPSL dari Kampus Kesihatan. Perjalanan pergi ke Perlis.

Gua Kelam

Kem tahun ni kat Kem Kaki Bukit, Perlis. Dan tahun ni aku tak kecundang macam tahun lepas. Dapat join semua LDK dan aktiviti lain, termasuk kembara malam.Kembara malam?? Aktiviti paling best. Akademi pengantin, tahun ni lagi havoc dari tahun lepas. 

Ayat paling popular masa kembara malam
Pantun KF paling bermakna. Memang sangat bermakna, bila betul-betul kena panjat bukit lagi sekali masa nak balik. Kau mampu??!! Penat, tapi manis untuk diingat. Walaupon hakikatnya, peluh yang menitik-nitik kelua dari badan tu tetap masam.  Dan sesi mengumpat dalam bas masa on the way balik pon termasuk dalam list kenangan manis sepanjang kem ni.

Group 14 memang terbaik~! APEX Lestari, bermotokan 'expect the unexpected'. Abul, Hadi, Izwan, FIkri & Lee; korang memang best. Ezzah, Mira, Kak Farah, Nabila, Siti, Ain, Young & Mag; kamu semua memang sporting. Memang pangrok habis~!. Have a great holiday guys.

Kumpulan 14 (APEX Lestari), dengan Abang Syafik dan Kak Baz

Semoga kita semua PPSL USM dapat jalankan tugas sebaik mungkin bulan September nanti. Credit to Fikri and Shera for the picture.



Wajib baca:

Sunday, May 8, 2011

Pantai Melawi

Ok. Semalam telah menghadirkan diri ke Pantai Melawi, Bachok. Free of charge punya picnic. Thank to uncle and auntie :) Macam biasa, buat bbq sikit-sikit. Tapi agak bengong gak sebab aku tak bawak baju lebih. Sudahnya, orang lain mandi, aku dengan Put duduk kat tepi-tepi je. 

Best fruit ever :)


 
Ni pantai Melawi. Pertama kali datang sni. Lagi berkenan dengan pantai ni daripada PCB, Pantai Senok dengan  Pantai Irama.



 
Hasil kerja keras 

 



Ok. Hari ni akan bertolak ke Penang dan esok ke Perlis.Mintak-mintak orang lain tak tau yang aku sebenarnya tak nak pergi camp ni. hahaha..Kidding?? I don't think so. hahahaha (lagi)

Thursday, May 5, 2011

Stalker Facebook


Tak pernah stalk orang lain kat fb? Langsung tak pernah? Serius? Ok. Aku kagum dengan kau. Memang pengguna facebook yang berhemah. Boleh la claim award dari Mark Zuckerberg.

Bagi yang pernah/selalu stalk profile orang lain, perkara pertama yang diterjah mesti gambar. Jarang la melawat profile orang lain, lepas tu tengok info je. Jari tu mesti gatal je nak klik kat perkataan photos. Apa jadi lepas tengok gambar


Dengan pantas dan tangkas mulut berucap, 'eh... dia couple dengan Damak anak Kak Kiah Tempoyak?? Dulu bukan ke couple dengan Mail yang rumah belakang surau tu?

Tak pon, 'mak aih... nyesal tak mengurat dulu. Sekarang kemain hensem kacak segak bergaya lagi. Dah macam ahli M-pop K-pop.' 

Ni pon common gak, 'perghhh... dah berubah budak ni sekarang. Kemain bukak sana bukak sini. Dulu time sekolah baik je'

Orang selalu akan bising dengan benda yang tak elok. Lagi-lagi bila sitausi nombor 3 tu. Dari stalk gambar kat facebook, mula jadi bahan perbincangan meja bulat. Confirm toplist carta gosip harian.

 *********

Tak nak orang lain keji gambar kita kat facebook? Privatekan. 
Tak pon jangan upload. Habis cerita


NotaStalker: Tadi aku melawat profile kawan aku. Makin cantik dia sekarang. Aku agak mesti dia Olay total effect. Tengok profile picture, hampir tak cam. Terpaksa la tengok album dia yang lain.

Tuesday, May 3, 2011

Common Scene During Dinner


Ok. I mean posing. No matter if u don't have an elegent-espensive handbag, but camera is a must. Even with 2.0megapixel handphone camera. This what happen to the writer.

And PPSL Dinner was awesome. These are part of the dinner...

 







A few random picha





 









If only if we can snap these kind of poses while taking passport picha at studio. No more nerd face-fake smile-straight shoulder pasted on top of resume, even IC. Ain't that awesome?!

Sunday, May 1, 2011

24:7 vs GULA-GULA

24:7 (credit: Google)

 
GULA-GULA (credit:google)

Apa benda ni?? 
Datang dari mana??
Lempang nak??