Saturday, July 24, 2010

Tips Siapkan Assignment

Ok. Normal la kena buat banyak assignment. Tak student la kalau tak dapat assignment. Lagi best bila dapat banyak sekali gus. Dateline semua dekat2 je. Terbaek la...!!! Best sgt sampai stress. Tapi kalau dah sampai tahap nak telan paracetamol 3 papan + nak main lompat2 dari tingkat 5, baik korang amalkan tips ni.

1. Drop subject yg banyak assignment. Sumpah korang mesti tak payah susah2 buat assignment utk subject tu macam kawan2 yg lain. Tapi sedia la utk stay lama kt universiti sebab banyak subject tang tertunggak. Takpe.. nampak sikit yg kita sayang nak tinggalkan U.

2. Stay up sampai tengah malam sebab nak curi2 tengok roomates punya assignment. Make sure roomates dah tido dengan nyenyaknya masa operasi dijalankan. Kalau tak, mungkin korang tak dapat tido dalam bilik untuk jangka masa yg lama.

3. Buat team study group. Buat jadual bertugas siapa yg kena fotostat best student punya assignment. Idea ni terbukti sangat berkesan.

4. Mendalami ilmu komputer dan internet. Boleh godam lecturer punya computer dan website utk cari jawapan. Kalau rezeki baik, korang boleh dapat anugerah dekan setiap sem. Tapi kalau kantoi, mungkin tu hari terakhir korang jumpa lecturer.

5. Jangan rasa malu utk mendampingi pensyarah. Bodek2 sikit. Tolong2 apa yg patut. (Sumpah.. cara kolot habis...!!!)

6. Berani utk cuba sesuatu yg extrem. Tak payah buat assignment tu. Bila org lain hantar, bertenang dan jgn gelabah. At least kena tolak 10% je. Masih ada masa utk study dan score kat final exam.

Ok. Selamat buat assignment


No comments:

Post a Comment